24 Disember 2013

Hari Krismas dan umat Islam

Hukum Sambutan Hari Krimas Oleh Umat Islam
    Rata-rata masyarakat di dunia ini hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai penganut berbeza agama. Manakala dalam setiap agama pula mempunyai tarikh-tarikh tertentu yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa. Keadaan yang sama berlaku dalam negara Malaysia dan beberapa buah negara di Timur Tengah.

    “Christmas Day” menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulangtahun kelahiran anak Allah di muka bumi, iaitu Jesus. Walaupun di sana ada perselisihan pendapat pada tarikh kelahirannya, tumpuan utama adalah pada diri Jesus yang telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan sambutan Hari Krismas. Jelas, perayaan ini disambut bersempena dua perkara ; 
Pertama : Jesus sebagai anak Allah dan 
kedua :pengorbanan Jesus yang disalib demi menebus dosa manusia.

Persoalan : Adakah perayaan ini boleh disambut oleh orang Islam dan bagaimana jika kita hanya mengucapkan tahniah/memberikan ucapan kepada masyarakat Kristian?

Jawapan : Hukum sambutan krimas ini boleh dibahagikan kepada dua :

1) Hukum Menyambut Perayaan Krismas Bersama Orang Kafir :

    Ulamak bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Seperti yang telah diterangkan di atas, umat islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha.

    Imam ibnu Qayyim menerangkan didalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” tentang hukum sambutan perayaan orang kafir : (TIDAK HARUS bagi orang mukmin itu menghadiri perayaan orang kafir dengan persetujuan semua para ulama. Perkara ini telah dijelaskan oleh para fuqaha’ mazhab empat dalam kitab mereka, berdasarkan hadis riwayat Imam Baihaqi daripada Umar bin Al-Khattab berkata “Janganlah kamu masuk bersama orang kafir ke dalam gereja mereka pada hari perayaan mereka, maka sesungguhnya kemurkaan diturunkan kepada mereka”).

    Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.

    Antara pendapat ulama dalam mengharamkan sambutan perayaan orang kafir adalah berdasarkan beberapa dalil antaranya :

• Sambutan tersebut menyerupai orang kafir. Pengharaman ini berdasarkan hadith baginda S.A.W. yang berbunyi :

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي مُنِيبٍ الْجُرَشِيِّ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdurrahman bin Tsabit berkata, telah menceritakan kepada kami Hassan bin Athiyah dari Abu Munib Al Jurasyi dari Ibnu Umar ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa bertasyabuh dengan suatu kaum, maka ia bagian dari mereka." “Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka” (Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)


• Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka. Allah S.W.T. berfirman :


Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah ayat 51)


Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.(Surah Al-Mumtahanah ayat 1)

• Perayaan merupakan hal keagamaan dan aqidah kaum tertentu, seperti dalam hadith Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ مِنْ جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ قَالَتْ وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَلِكَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Isma'il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Bapaknya dari 'Aisyah berkata, "Abu Bakar masuk menemui aku saat itu di sisiku ada dua orang budak tetangga Kaum Anshar yang sedang bersenandung, yang mengingatkan kepada peristiwa pembantaian kaum Anshar pada perang Bu'ats." 'Aisyah menlanjutkan kisahnya, "Kedua sahaya tersebut tidaklah begitu pandai dalam bersenandung. Maka Abu Bakar pun berkata, "Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di kediaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam!" Peristiwa itu terjadi pada Hari Raya 'Ied. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan sekarang ini adalah hari raya kita." (Hadith ke-899 riwayat Imam Bukhari)

    Perayaan krismas menunjukkan akan aqidah mereka yang salah serta mensyirikkan  Allah, maka tidak harus kita menyertainya.

2) Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka :

    Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula yang mengharamkan tindakan ini.

    Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi : (dan adapun ucapan tahniah terhadap  syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya).

    Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud :


Maksudnya : dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa’ ayat 86)


Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)

    Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.

Kesimpulan : Agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :

1. Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan aqidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.

2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa redha dengan perayaan ini tetapi  ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti. 

    Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.

Artikel dari Manhal PMRAM

23 Disember 2013

Syiah: Dendangan lama dengan rentak baru

PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang?


Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS. Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS.
Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama’ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab. PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara’. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis.
Saya telah menulis satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin tahu. Kajian itu bertajuk: “Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam” (edisi tulisan jawi ) dan “Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi” (edisi rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini .
Para ulama telah menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya. Mereka membilangkan dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukkan dalam kategori umat Islam.
Para ulama zaman dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran (perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis. Sehingga kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama seluruh umat Islam yang datang daripada seluruh pelosok dunia, walaupun mengikut cara mazhabnya, seperti mencabut bumbung bas dan kereta ketika berihram. Persidangan Kemuncak Negara-negara Umat Islam (OIC) dua tahun yang lalu mengambil kira perkara ini dan menjadikan resolusinya.
Perkara ini sebenarnya sudah difahami oleh umat Islam sejak lebih seribu tahun yang lalu, sehingga tidak menghalang kemaraan perkembangan Islam di seluruh pelosok dunia dan kerajaan Islam Ahli Sunnah menjadi kuasa besar tunggal yang paling hebat. Mazhab Ahli Sunnah terus berkembang tanpa takut kepada mazhab Syiah, Khawarij, Mu’tazilah dan lain-lain yang ada dalam masyarakat Islam sendiri, sehingga mampu juga menghadapi perang salib yang bertalu-talu sehingga beberapa abad.
Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di abad yang lalu berlaku, setelah umat Islam meninggalkan ilmu Islam, dan ilmu Islam juga dilemahkan. Umat Islam dipecahkan dengan fahaman sekularisma yang memisahkan politik dan urusan duniawi daripada agama Islam, menyebabkan mereka menganut berbagai-bagai ideologi yang asing daripada Islam, khususnya Nasionalisma (semangat kebangsaan dijadikan aqidah) yang boleh menganut apa sahaja ideologi yang berikutnya. Aqidah nasionalisma menyebabkan umat Islam dipecahkan dengan semangat kebangsaan masing-masing, sehingga bangsa Arab menganggap kerajaan Uthmaniyah Turki adalah penjajah asing. Iran yang dikuasai oleh majoriti Syiah Imamiyyah dan Yaman yang dikuasai oleh raja syiah Zaidiyyah dan mazhab ‘Ibadhiyyah yang menjadi mazhab majoriti penduduk Oman dipisahkan daripada umat Islam. Dalam masa yang sama perkara berbeza mazhab di dalam Sunni dan di dalam sama-sama Syi’ah dijadikan bahan untuk melagakan umat, sehingga boleh dilagakan oleh penjajah dan mendapat khidmat dan bantuan penjajah untuk menentang di antara satu sama lain. Berakhir dengan jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan seluruh tanah air umat Islam dibahagikan di kalangan negara penjajah Timur (komunis) di Asia Tengah dan penjajah Barat (kapitalis) di Asia dan Afrika.
Dahulunya para ulama yang mendalami ilmu Islam dapat menangani secara budaya ilmu yang tinggi yang disalin dalam kitab-kitab yang dikarang, walaupun pendapat yang paling lemah dan dikira salah dimasukkan juga di dalam kitab dan dihujah secara ilmu, bahkan ada pendapat mazhab lain yang diambil kira sekiranya ada hujah yang kuat.
Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat mengembirakan pendukung Islam dan menakutkan musuhnya yang dengki. Umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.
Perlu difahami betapa kuasa besar timur dan barat mewujudkan negara haram Israel secara sepakat, sebagai strategi pengacau dalam dunia Islam, khususnya rantau Asia Barat. Semua negara kuasa besar juga berlumba menanam pengaruh di rantau yang mempunyai sumber tenaga minyak, gas dan uranium, paling besarnya ialah rantau Asia Barat dan Asia Tengah. Mereka memejam mata terhadap Israel yang telah mempunyai teknologi persenjataan yang diharamkan oleh masyarakat antara bangsa, seperti teknologi nuklear sejak tahun enam puluhan dengan bantuan negara barat dan zionis bekas Soviet, bahkan senjata haram itu telah digunakan secara kecilan dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan. Dalam masa yang sama tindakan diambil terhadap mana-mana negara Arab yang memajukan teknologi sumber nuklear, walaupun bertujuan keamanan seperti sumber tenaga elektrik. Loji di Iraq dan Libya pernah dimusnahkan dengan serangan udara di atas nama keamanan dunia dan keselamatan Israel.
Umat Islam sepatutnya melakukan muhasabah terhadap sikap double standard kuasa besar barat dalam tindakan ke atas menjatuhkan regim Mu’ammar Gaddafi di Libya dengan lebih keras, dibandingkan kedinginan dan tidak konsisten tindakan ke atas regim Basyar Asad di Syria yang sama zalimnya. Tidakkah kerana kedudukan yang berbeza bagi keselamtan Israel dan kepentingan barat? Sebelumnya barat membantu Taliban menjatuhkan Mujahidin di Afghanistan, kemudiannya menyapu Taliban habis-habisan, bagi menempatkan regim yang lebih baik kepada mereka. Adakah drama berdarah ini akan ditayangkan di Asia Barat? Menteri Pertahanan Israel membuat kenyataan terbaru, bahawa Basyar perlu dikekalkan kerana lebih baik daripada kumpulan pengganas yang menentangnya sekarang.
Mengapa perlunya kewujudan pengkalan tentera kuasa besar barat di rantau Teluk? Adakah kerana keselamatan negara yang diwujudkan pengkalan itu, atau kerana menjaga telaga minyak dan keselamatan Israel? Umat Islam pula perlu membaca dan memahami percaturan politik antara bangsa. Mengapa sekarang dicetuskan peperangan terhadap mazhab Syiah yang telah wujud sejak lebih seribu tahun. Adakah kerana mazhab Syiahnya atau kemajuan teknologi Iran yang mencabar barat dan Israel? Maka negara serantau menjadi wakil kepada barat dan Israel untuk menyelamatkan mereka dengan mengulangi strategi pecah dan perintah.
Teruskan membaca di Web TGHH

21 Disember 2013

Guru juga belajar

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

       Melihat sahabat-sahabat blogger masih menulis di lembaran maya ini (blog) terasa semangat pula untuk terus menulis, walaupun umum tahu bahawa blog sudah kurang dilayari oleh masyarakat kini. Melainkan blog dan web yang sudah terkenal dan sentiasa update and up to date, yang kadangkala dalam sehari dua ke tiga isi dimuatkan dalam laman mereka. Apatah lagi jika isi-isinya panas dan menarik, pasti menjadi tumpuan pelawat.
          Laman-laman sosial lain seperti facebook dan twitter telah mengganti tempat berbanding blog dan website di hati masyarakat kini, terutama di kalangan muda-mudi. Manakan tidak ia lebih ringan, mudah dan ringkas serta punyai pelbagai aktiviti. 
                Namun blog dan website masih menjadi minat bagi kalangan masyarakat yang suka menulis dan membaca!

          Lebih kurang 2 minggu lagi cuti sekolah akan tamat. Bermulalah sesi persekolahan tahun 2014 yang akan membawa matlamat dan harapan baru bagi sesebuah sekolah. Bahagian pentadbiran sekolah, guru-guru, ibubapa dan pelajar-pelajar akan sibuk membuat persiapan untuk meneruskan agenda ilmu bagi sesi baru. Selain ibubapa yang pening kepala menguruskan persekolahan anak-anak, guru-guru dan bahagian pentadbiran sekolah turut merasainya. Terutama bagi sebuah sekolah agama swasta yang hanya bergantung kewangan kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. Lebih-lebih lagi sekolah yang bercita-cita melahirkan generasi pimpinan mukmin.

           Semasa mengikuti sebuah kursus baru-baru ini, banyak ilmu yang penulis perolehi berkaitan cara penyampaian ilmu kepada murid dan cara take care mereka. Penyampaian ilmu kepada murid yang bijak, kurang pandai dan lemah. Cara mendekati dan mendidik murid bermasalah dan hyper active. Alhamdulillah banyak yang kami perolehi hanya tinggal untuk dipraktik melalui peranan masing-masing. 

           Menjadi pendidik untuk membentuk generasi pimpinan mukmin pada masa hadapan para pendidik perlu membina niat ikhlas, minat, azam, kesungguhan, kesabaran.... Peserta turut dimotivasi sebelum kami memotivasikan murud-murid nanti. Kedapatan pendidik yang luntur semangat dalam pendidikan terutama menghadapi karenah pelajar kelas akhir. Penulis orang baru dalam bidang ini mungkin tidak sepengalaman mereka. Mudah-mudahan dengan motivasi yang kami dapat akan menambah semangat juang untuk membina generasi mendatang.

          Antara kateria pendidik yang menarik perhatian penulis adalah minat membaca! Maka teringatlah penulis akan ucapan al-marhum guru penulis dahulu "ustaz juga sekarang sedang belajar macam kamu". Beliau merujuk kepada diri beliau bahawa sedang belajar untuk mengajar! Sedangkan beliau sudah puluhan tahun mengajar di maahad. Dari sini menjelaskan bahawa  seorang pendidik juga sedang belajar. 

         Umumnya, semua manusia perlu sedar bahawa mereka sedang belajar. Dan belajar itu hingga sampai masa kembali kepada Tuhannya.

9 Oktober 2013

Zulhijjah 1434 Hijriah

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Masa berlalu begitu pantas, dari sehari ke sehari. Seminggu seperti baru 2-3 hari sahaja berlalu. Bagaimanakah nanti seminggu seperti sehari? Semoga Allah Taala selamatkan kita dunia dan akhirat.

Kita sudahpun berada di penghujung tahun Hijrah. Pada bulan Zulhijjah. Suatu bulan yang mengandungi pelbagai peristiwa agung dalam lembaran sejarah Islam. Pada bulan ini juga, dua ibadah agung telah diperintahkan kepada umat Islam oleh Allah Taala iaitu ibadah haji dan ibadah qurban. 

Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

18 Ogos 2013

Doa Qunut Nazilah

Buat para pejuang Islam dan keadilan di bumi Palestin, Syria, Mesir, Rohingya dan seluruh bumi umat Islam...




Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rohim, Ya Rabbal Mustadh'afin, Ya Robbal 'alamin...
Ya Allah, limpahkanlah kasih sayang Mu kepada para pejuang agamaMu, pejuang kebenaran dan keadilan di bumi Palestin, Syria, Mesir dan seluruh bumi umat Islam. Limpahkanlah bantuan dan pertolongan Mu kepada mereka, Ya Allah.
Turunkanlah kemenangan, ketabahan dan kekuatan ke atas mereka, Ya Allah.
 Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya 'Aziz, Ya Karim, Ya Zal Jalali wal Ikram..
Bantulah para pejuang Mu Ya Allah.
Runtuhkanlah kezaliman dan kejahatan musuh-musuh mereka,
musuh-musuh Mu Ya Allah.
Jatuhkanlah kekuasaan dan kekuatan mereka, hapuskanlah perancangan dan kerja jahat mereka, Ya Allah.
Ya Qohhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah...

Ya Allah, hanya kepada Mu kami berserah, hanya kepada Mu kami mengadu, hanya kepada Mu kami memohon pertolongan dan bantuan. Bantulah kami dan saudara-saudara kami, Ya Allah. Amin, amin, amin, Ya Rabbal 'alamin.

17 Julai 2013

MESIR TERUS DIGANGGU - TGHH

Dunia terkini telah berubah kepada zaman di mana rakyat mendesak supaya suara mereka didengari dan hak mereka diberikan dengan adil. Manakala zaman kuku besi di mana sesebuah kerajaan berlagak Tuhan, rakyatnya diperhambakan pula hampir dilupa dan diletakkan dalam lipatan sejarah.

Islam yang dibawa para Rasul adalah pendukung menentang kezaliman di sepanjang zaman. Mesir adalah bumi bersejarah berlakunya pertembungan di antara Fir’aun yang zalim berlagak Tuhan. Fir’aun itulah yang berlagak sebagai penentu rezeki rakyat, bermegah dengan pembangunan hebat, bangunannya tersergam menjadi tarikan pelancong sehingga kini. Semua pembangunan dan monumen hebat yang dibina oleh penzalim seperti Fir’aun telah dilupakan bahawa semuanya dibina di atas mayat rakyat yang di hamba-abdikan, banyaknya darah yang mengalir dan air mata yang dicurah.

Nabi Ya’akob dan puteranya Nabi Yusuf A.S. dikumpulkan di Mesir, daripada zuriatnya ramai para anbiya’, maka Mesir dinamakan bumi para anbiya’. Allah juga telah mengutuskan Rasulnya Musa A.S. untuk melakukan Islah di bumi Mesir. Sebagai satu hikmah dari Allah, Rasul itu menjadi anak angkat yang dibesarkan di bawah mahligai Fir’aun, untuk berdepan secara langsung dengan Fir’aun paling zalim dan ganas. Akhirnya Fira’un dan kerajaannya tamat riwayat bersama amal zalimnya dengan khatimah buruk dilaknat mengikut perhitungan Islam, celaka dunia dan neraka di akhirat. Fir’aun inilah yang dijulang oleh golongan nasionalis Mesir sebagai tokoh tamadun yang dibanggakan.
Kedatangan Rasul akhir zaman juga membawa perubahan besar kepada Mesir sehingga menjadi pusat ilmu Islam dan gerakan Islam menentang penjajah. Kedudukannya yang berada di tempat paling penting dalam peta hubungan antarabangsa dan benua, menjadikannya sasaran kezaliman antarabangsa. Bu,I Mesir menjadi rebutan kuasa besar timur dan barat, sejak sebelum Islam, sehinggalah perang salib, zaman penjajahan, dan menjadi medan dua perang dunia dan perang dingin.

Ketika era perang dingin ramai pemimpin gerakan Islam Ikhwan Muslimin gugur syahid di medan perang Palestin. Ketika berlakunya penubuhan negara haram Israel dan seterusnya rampasan kuasa tentera di Mesir, kalangan Ikhwan Muslimin terus menerus diburu dan dihukum. Sejarah hitam berdarah ini sedang diulangi sekali lagi.

Semua negara kuasa besar dan sekutunya tidak memberi perhatian terhadap seluruh negara dunia seperti perhatian khusus mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Perubahan telah berlaku di negara bekas komunis dan sosialis lainnya, tetapi kepentingan kuasa besar terhadap geo-politik Mesir tentunya tersangat penting untuk mereka biarkan berlaku begitu sahaja. Mereka mengkaji dengan serius apabila Mesir menerima perubahan kepada demokrasi yang memberi hak kepada rakyat.

Mereka memandang secara tajam dan ganas, apabila Mesir berubah setelah dicengkam regim diktator kuku besi tentera sejak beberapa dekad. Negara Barat yang kononnya memperjuangkan demokrasi tetap mengiktiraf diktator zalim dan paling tajam kuku besinya di Mesir sejak beberapa dekad. Semuanya kerana kepentingan strategic kuasa besar terhadap sumber tenaga dan kedudukan sekutu rapat mereka negara haram Israel. Akhirnya, perubahan berlaku di Mesir mengikut musim perubahan dunia sehingga tidak mampu dihalang, sehingga Presidennya terpaksa meninggalkan kerusi dan terdedah segala jenayah dan salah laku yang terselindung dilakukan ketika berkuasa.

Apabila Demokrasi dihidupkan, pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan telus. Bermulalah era media menjadi saksi yang adil yang diberi peluang kepada semua parti politik dan rakyat mendapat maklumat daripada semua pihak. Maka rakyat memilih kerajaan dan Presidennya secara langsung, sehingga kumpulan saki bagi penipu besar gagal menyekat pilihan rakyat. Tiba-tiba kumpulan sekular yang didokong oleh negara luar kalangan kuasa besar dan daripada kalangan negara Arab serantau, sebangsa, se agama, menolak pilihan rakyat Mesir kerana kemenangan berpihak kepada kumpulan Islam.

Rakyat Mesir pernah menjadi mangsa penipuan ketua negaranya ketika kalah perang menghadapi negara haram Israel 1967 yang memalukan, apabila ketua cawangan Parti Sosialis dan ketua kampung (JKKK) diperintah supaya mengerah rakyat keluar beramai-ramai berdemonstrasi dan bersedih tidak bersetuju Presidennya meletakkan jawatan kerana malu kalah perang. Kerahan dilakukan sebelum Presiden menyampaikan lagi ucapannya, satu lakonan menipu rakyat dan seluruh dunia.

Akhirnya terkini, diulangi lagi penipuan terbuka yang diketahui umum tanpa maruah dan rasa malu. Kali ini rakyat miskin dan bodoh dikerah lagi dengan duit upah dan kenderaan percuma, dengan sumbangan duit negara minyak Arab yang sanggup menyumbangnya. Rakyat yang begitu sifatnya dihimpunkan di Medan Tahrir menunjuk perasaan kerana Presiden Morsi yang baru setahun dilantik tidak berjaya menyelsaikan masalah yang diadakan oleh kerajaan yang lalu sejak enam puluh tahun. Bantahan disertakan dengan kononnya jutaan tanda tangan kalangan yang sebahagiannya buta huruf dan buta akal.

Protes itu berlaku terhadap masalah yang berakar umbi selam enam puluh tahun warisan kerajaan dictator terdahulu. Protes yang dirancangkan dengan rapi dan tersembunyi tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarya hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Morsi, itupun dalam keadaan Presiden dan kerajaannya yang masih baru, tidak dibenarkan bertindak terhadap saki baki penyangak dan penyamun lama yang masih berakar umbi dalam jentera kerajaan dan institusinya.

Seluruh dunia menyaksikan lakonan atau drama terbuka di tengah padang di waktu siang hari yang nyata, kononnya menyokong kehendak rakyat. Malangnya ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini adalah benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Ka’abah. Sedang negara Barat sendiri masih hati-hati membuat kenyataan.
Maka berlakulah pesanan Rasulullah S.A.W. :

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ 
سنن ابن ماجه - (ج 12 / ص 44)
(Akan datang masanya manusia berdepan dengan tahun-tahun yang mengelirukan (musimnya tidak menentu), berlakunya dibenarkan (dipercayai) pembohong, dibohongi orang yang benar. Diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, Orang-orang yang bebal bercakap. Lalu ditanya apakah maksudnya ?. Sabdanya :” Orang-orang yang terlalu jahil bercakap dalam perkara yang besar). 
Berlakunya yang di-sabda Rasulullah S.A.W. menjawab soalan Malaikat Jibril : Apakah tanda-tanda hampirnya Hari Kiamat (Yang membinasakan seluruh alam)”. Sabdanya:
وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ
صحيح مسلم - (ج 1 / ص 87)
(….dan apabila kamu melihat adanya orang-orang yang dahulunya berkaki ayam (tanpa kasut), bertelanjang, yang terlalu miskin, tiba-tiba (kaya raya) berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi).

Banyaklah sejarah latar belakang negara kaya raya hasil minyaknya, bagaimana mereka dahulunya dan bagaimana sekarang ?. 
Segala yang berlaku menandakan fajar kemenangan Islam, mereka yang ditarbiyah oleh penjajah berbangga dengan sejarah Fir’aun dan melupai sejarah Nabi Musa dan para Rasul akan menerima nasib Fir’aun dunia dan akhirat.

Islam mustahil dapat dihapuskan dengan kekalahan pilihanraya dan paksaan kerajaan tentera paling besar dan zalim. 
Firman Allah yang bermaksud:
137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).
138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Malangnya ada kalangan yang berbahasa Al Quran mengucap tahniah bersama pemimpin negara haram Israel kerana kejayaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mesir daripada kumpulan Islam yang dipilih rakyat secara Demokrasi, ada juga yang munafiq, menunggu dan lihat untuk berpihak kepada siapa sahaja yang menang dalam pertarungan yang berlaku.
Demikianlah Allah membahagikan manusia kepada tiga kumpulan sahaja : (1) Beriman dan beramal soleh, (2) Kufur menentang Islam secara nyata dan (3) Munafiq yang berpura-pura. 

11 Julai 2013

5 Julai 2013

MESIR- Menjatuhkan kerajaan yang sah

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar semua pengunjung blog MUJAHID ? Terima kasih kerana masih sudi bertamu ke sini walau rumah ini sering tidak berisi dan bersawang. Kesukaran untuk menggunakan internet di bumi tumpah darah ini menyebabkan penulis susah mendapat peluang menulis di sini. Tiga bulan tanpa coretan di sini seolah-olah sudah nazak untuk berblog. Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk menulis sedikit di blog ini dalam keadaan ruang masa yang singkat ini. 

Sejak beberapa hari ini, Mesir, negara kedua ku bergolak lagi dengan isu 'ketidak percayaan' sebahagian kecil rakyat kepada Presidennya- Dr. Muhammad Mursi. Kini Dr. Muhammad Mursi telah dirampas tugas beliau selaku Presiden dan dikawal oleh pihak tentera dengan melantik Presiden sementara yang lain. Kebanyakkan rakyat dari kalangan penyokong Dr. Mursi dan penentang beliau turun ke jalan-jalan dan beberapa lokasi tertentu berdemontrasi. Beratus orang dari kalangan penyokong Dr. Mursi yang cedera dalam beberapa siri pertembungan dengan golongan pemberontak. Demikian kerana pihak pemberontak menggunakan senjata seperti kayu, parang, pistol.

Ramai facebooker yang berpendapat bahawa apa yang berlaku di bumi Mesir ini bukannya pertembungan antara penyokong Mursi dan penentang beliau yang tidak menyukai beliau bahkan lebih dari itu ialah pertembungan di antara Islam dan kuffar (Amerika, Israel, pendokong sekular dsb.). Ini kerana tiada suatu alasan yang munasabah untuk menjatuhkan kerajaan Mesir di bawah pimpinan Dr. Mursi. Apatah lagi beliau baru mentadbir negara itu selama setahun bagi membangunkan bumi Mesir dan rakyatnya. Dan kini semakin jelas apabila polis dan tentera menangkap beberapa pimpinan jamaah Islam seperti dari Ikhwanul Muslimin.

Semoga Allah merahmati dan menolong mereka yang berjuang mempertahankan keadilan dan kebenaran. Semoga Allah Taala mengamankan bumi Mesir dan rakyatnya.

5 April 2013

20 Mac 2013

Dewan Persada Jazirah Al-Ward

Assalamualaikum wb.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Beberapa minggu yang lalu Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah dikejutkan dengan berita bahawa dewan tempat beraktiviti para pelajar  di sini telah dijual oleh tuan bangunan tersebut. Bahkan satu bangunan itu turut dijual bersama. Sekitar awal tahun 2000 lagi dewan tempat berhimpun para pelajar di Mansurah ini telahpun wujud dan kini terpaksa berpindah. Namun saya masih mencari maklumat tepat bilakah dewan tersebut mula dibuka.

Dewan yang diberi nama Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) telah menjadi tempat untuk siswa dan siswi berkumpul mengadakan pelbagai aktiviti ruhiyyah,  ilmiah dan amaliah termasuk sukan seperti ping-pong, catur dsb. Nama tersebut diambil sempena nama julukan bagi bumi Mansurah, ibu negeri Daqohliyah. Di DPJA jugalah kami para pelajar mengenali dengan lebih mendalam sebuah persatuan besar yang menaungi para pelajar Malaysia di Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Sehinggalah kini, sebahagian kami menyambung mata rantai generasi terdahulu menjadi pembantu menggerakkan persatuan ini. Lebih menarik dewan tersebut pernah menjadi tapak bazaria oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan tapak gerai di luar kawasan yang dimiliki pelajar. 

Alhamdulillah, minggu lepas dewan baru telah dijumpai dan barang-barang telah dipindahkan ke sana. Dewan baru masih dalam proses baikpulih. Semoga PMRAM Cawangan Mansurah terus bergerak walau pelbagai cabaran dihadapi.








3 Mac 2013

3 Mac: Memperingati Kejatuhan Khilafah Uthmaniyah


Khilafah Turki Uthmaniah jatuh pada tanggal 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342 Hijrah. Sejarah yang cukup perit untuk dinukilkan di sini. Bermula tarikh inilah, hilangnya kekuasaan yang mutlak pada Islam. Ia telah dirampas oleh musuh-musuh Islam yang sudah berusaha sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi untuk menjatuhkan Islam.

Segala perancangan yang diatur berkurun-kurun lamanya, akhirnya membuahkan hasil. Teringat memori pada 3 Mac lalu, saya mula bertolak dari Mesir ke Syria, bumi yang bakal menjadi pusat pemerintahan akhir zaman, walaupun ada yang mengatakan bumi Palestin.

Ya, kita perlu sedar, Islam jatuh di bumi Turki, dan akan naik kembali di Syria atau Palestin, mengikut perbezaan pandangan ulama. Anda juga jangan lupa, Islam mula berkembang dari Mekah, bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan beberapa orang sahaja pejuang Islam ketika itu.

Kemudian ia beralih ke Madinah dan membentuk lebih banyak pejuang-pejuang Islam. Segalanya bermula dengan “usrah”. Seterusnya berkembang lagi ke negara-negara berhampiran dan negara-negara besar ketika zaman Khulafa ar Rasyidin.

Ia terus berkembang dengan beberapa perjuangan-perjuangan umat terdahulu, sehinggalah mencapai kemuncak pada zaman kegemilangan Baghdad sekitar 700 Hijrah yang banyak melahir para ulama Islam. Perjuangan bertukar bentuk kepada perjuangan memartabatkan ilmu Islam, sehinggakan orang kafir berlumba-lumba mengkaji Islam.

Sedikit demi sedikit kegemilangan Islam mula terhakis disebabkan dengki, sombong, gila kuasa, isu khilafiah, perpecahan, dan sebagainya, sehingga menyebabkan kejatuhan khilafah pada tanggal 3 Mac 1924 di Turki.

Zaman ini menyaksikan perpecahan masih berlaku di beberapa buah tempat, dan di beberapa buah tempat yang lain dalam proses kebangkitan Islam. Dunia yang selama ini diselaputi dengan kejahilan, hari ini semakin menyerlah kebangkitan Islam yang menembusi selaput kejahilan tersebut. Selepas beberapa kurun dinafikan, akhirnya Islam itu bangkit semula dengan perjuangan yang tidak berhenti...

21 Februari 2013

Belajar menulis dengan berblog

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Penyayang

Selepas 2 - 3 tahun saya berjinak2  membina blog sendiri melalui laman blogger.com ramai kawan2 seangkatan yang sebahagiannya menurut jejak dan sebahagian lain mengetahui sendiri dari internet, lalu aktif berblog. Ketika itu juga laman sosial seperti friendster dan chatting melalui yahoo messengger menjadi tumpuan dan minat di kalangan masyarakat terutama muda-mudi. Bagaimanapun, setelah kehadiran Facebook sebagai sebuah laman sosial yang mempunyai tapak yang ringan, jaringan luas, pengunaan yang mudah dan kepelbagaian menyebabkan ia mendapat tempat di kalangan masyarakat yang bukan sahaja muda-mudi tetapi pelbagai peringkat umur. 

Dari itu, minat dan penggunaan blog di kalangan kawan2 sudah mula beransur menurun dan akhirnya ditinggalkan 'usang' dan 'bersawang'. Kini saya sudah kehilangan rakan2 kenalan yang aktif berblog. Bagaimanapun ada seorang dua yang masih berblog walaupun jarang2 sekali menulis. 

Terjumpa suatu tulisan dan pendapat dari seorang blogger tegar ini berkenaan blog dan blogger. Terima kasih.

KEKESALAN BLOGGER MALAYSIA

As-Salam. Kekesalan blogger Malaysia memang berlaku. Ia berlaku hampir sepanjang masa. Cuma mungkin anda dan HH sendiri tak berapa nak sedar, memandangkan kita tak berada di dalam keadaan serta persekitaran tersebut. Sepanjang HH berblog sejak 2008, sudah beberapa orang blogger yang merasa kesal menjadi blogger. Kesal lalu tutup blog.

Kekesalan tidak akan berlaku andai kita sesama blogger saling hormat menghormati dan saling bantu untuk menaikkan blog masing-masing. Tak rugi andai memberikan bakti ni. Cuma mungkin ada yang bernasib baik, blog mereka lebih terlebih dahulu dikenali ramai.

Kesal lalu tutup blog. Sedih. Itu hak masing-masing untuk membuat keputusan.

Memang perit dan sakit apabila terpaksa melalui saat di mana ada yang tak berapa nak menyokong minat anda dalam dunia penulisan blog ini. Namun, dalam setandan pisang tak semuanya akan busuk, dan tak semuanya akan jadi pisang yang boleh dimakan.

Kekesalan blogger Malaysia bukan berlaku tanpa sebab. Ada pemangkin yang membuatkan seseorang blogger itu tetiba merasa kesal tentang apa diceritakan menerusi blog mereka. Bagi yang tak kuat, maka jadilah blog bersawang dan usang - akhirnya semangat tiada dan tutup blog.

Buat rakan blogger semua, jangan sesal akan apa yang telah anda berikan dalam dunia blog. Mungkin ada segelintir yang tak mahu mengerti, mungkin ada sebahagian yang tak pandai nak menghargai, mungkin mereka cemburu dengan apa yang anda capai. Apapun duri yang menusuk, jadikan ia sebagai satu benda positif untuk anda terus memberikan yang terbaik untuk blog anda.

Sumber Asal: hasrulhassan

14 Februari 2013

Ilmu Kalam 2

Baru-baru ini saya berpeluang membaca sebuah lagi  buku  berkaitan ilmu Tauhid. Buku yang bertajuk Pengantar Ilmu Tauhid ini adalah buku terjemahan dari bahasa Arab yang bertajuk al-'Aqidah al-Muyassarah yang dikarang oleh as-Syeikh Dr. Mahmud Abu al-Huda Badru al-Husaini, seorang imam dan khotib masjid al-'Adilah, Halab, Syria. Buku ini     diterbitkan dalam bentuk yang mudah dan ringkas dengan menggunakan uslub soalan dan jawapan bagi menerangkan ilmu tauhid khususnya 20 sifat Allah Taala ( bagaimanapun sifat Allah Taala tidak tertakluk hanya pada 20 sifat sahaja ).

Apa yang menarik buku ini membincangkan ilmu tauhid dengan membawa dua dalil/bukti. Dalil naqli (al-Quran atau Sunnah) dan dalil 'aqli (akal fikiran). Di sini kita akan lebih fokuskan berkaitan dalil aqli kerana perkara itu yang sering dibahaskan di dalam ilmu kalam. Beberapa contoh perbincangan di dalam buku tersebut yang akan saya kongsikan;

Antara sifat Allah Taala adalah al-wujud iaitu ada. Dalil naqli bagi sifat tersebut antaranya di dalam firman Allah Taala yang bermaksud: " Maka (Zat yang demikian itu) adalah Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan, maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran) ?
(Surah Yunus ayat 32).
Bagi dalil aqli pula ialah kewujudan alam ini. Aqal yang waras tidak dapat menerima  adanya lakaran sesuatu tulisan tanpa ada penulis, wujudnya sebuah rumah tanpa ada yang membinanya dsb. Maka bagaimana aqal akan dapat menerima bahawa alam  yang wujud sebegini teliti ciptaannya, dengan rupa bentuk kejadiannya, kehidupan atas bumi dan di luar bumi seperti alam cakerawala tidak ada penciptanya? Maka logiknya sudah tentu alam ini ada pencipta dan pengaturnya.

Di dalam perbahasan ini juga timbul persoalan, adakah alam ini bersifat baharu atau qodim (sedia ada)? Maka ulama' telah mengambil dalil melalui dalil naqli dengan mengemukan Surah al-An'am ayat 76-79 sebagai hujah. Manakala dalil aqal pula ialah berkait dengan  2 ciri iaitu 'arodh (sifat) dan zat/ jauhar ( benda ). Sifat sesuatu benda yang sentiasa berubah akan mempunyai 2 sifat berlawanan yang akan bersilih ganti. Contoh: Apabila ada pergerakan maka perlakuan diam tidak ada, jika diam atau berhenti berlaku maka pergerakan tiada. Terang cahaya muncul maka akan berlakunya gelap, apabila gelap lenyap maka muncul terang cahaya. Oleh itu, setiap sifat yang ada selepas dari tidak ada maka ia adalah baharu.

Itu adalah sifat pada sesuatu benda. Apabila kita sebut tentang sifat sudah pasti ada benda atau zatnya yang mempamerkan sifat tersebut. Mustahil kita lihat sesuatu sifat tetapi tiada zat/benda bagi sifat tersebut, begitu juga sebaliknya. Penulis buku ini menyatakan apabila sifat itu baharu maka zat/benda yang sifat itu menempel padanya juga baharu. Sebabnya adalah zat/benda tidak boleh dipisahkan dengan sifat. Kisah Nabi Allah Ibrahim a.s. seperti pada ayat Al-Quran di atas telah menjelaskan bahawa bintang-bintang cakerawala yang kaumnya sembah adalah makhluk yang bersifat baharu kerana sentiasa berubah. Oleh itu, zat sedemikian tidak layak menjadi tuhan. Maha Suci Allah Taala dari segala perkara yang tidak layak bagiNya.

8 Februari 2013

Surah al-Kahfi ( Gua )

Surah al-Kahf adalah surah yang ke 18 dalam susunan mushaf rasm uthmani. الكهف (al-Kahfu) bermaksud gua. Surah ini mengandungi 110 ayat dan merupakan satu surah dari surah-surah Makkiyah.  Dikenali juga sebagai surah Ashabul Kahf ( Penghuni-penghuni Gua ).

Antara intipati yang terdapat di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah seorang yang kufur memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir a.s., dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam apabila berjanji, hendaklah mengatakan “insyaAllah” (jika Allah Taala menghendaki begitu).

Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahf ialah kerana Nabi SAW ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.

Beberapa kelebihan surah al-Kahf:

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat”.  – HR al-Hakim dan Baihaqi

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”      – Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355.

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” – HR Muslim 809.

4- Daripada riwayat Imam Ahmad, daripada Sahl Bin Mu'adz Bin Anas al-Juhni, daripada bapanya, daripada Rasulullah SAW, bahawa Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):         " Sesiapa yang membaca awal surah al-Kahf dan akhirnya adalah bagi dia satu cahaya dari kakinya hingga ke kepalanya, sesiapa membaca keseluruhan surah tersebut baginya cahaya antara langit dan bumi".

Menurut Syeikh an-Nadawi surah ini dari mula ayatnya hingga akhir sentiasa menyentuh berkaitan antara iman dan kebendaan (maddiyyah). Perkara ini dapat dilihat dalam beberapa kisah, contoh dan peringatan yang terkandung dalam surah al-Kahf ini.

JoM AMALkan membaca surah ini...

2 Februari 2013

Perjuangan dan keikhlasan

Assalamualaikum w.b.t. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

  , وما هذه الحياة الدنيا الا لهو ولعب , وان الدار الآخرة  لهي الحيوان ))
((  لو كانوا يعلمون 
Firman-Nya yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Ketika asyik menyelak halaman2 facebook terjumpalah suatu kisah yang boleh memberi satu semangat ketika hidup sudah lemah dan lelah dari perjuangan. Banyak pengajaran yang boleh diambil sebagai contoh teladan serta ikutan walaupun penceritanya hanya meletakkan satu topik sahaja pada kisah ini. Teruskan membaca...




Pengubat jiwa yang kedekut : pengorbanan simiskin yang ikhlas:

Balik dari solat Jumaat semalam, ketika kereta mengambil ruang parkir dihadapan rumah, terpacak satu kelibat seorang tua ditangga rumah saya. Melihat kelibat saya, wajahnya terkuntum senyuman, dan berhias perasaan lega, mungkin agak lama sikit ia menunggu, kebetulannya semalam saya agak lambat pulang,lebih kurang jam 3.30 petang, kerana seusai solat Jumaat, saya turut terlibat dengan demonstrasi bantah pusat perjudian diTaman Kurnia Jaya, batu 3 dan selepas itu menerima jemputan makan oleh seorang sahabat.

Nafasnya agak tersekat-sekat, lelah, agak lama juga tidak bertemu dengannya, kelihatan sangat kurus, baju Melayu yang dipakainya kelihatan begitu besar, tangan dan tubuhnya bergetaran, dia bangun dari tangga, saya menerpa dan memeluknya, dia mencium saya. "Ustaz apa khabar?" "Alhamdulillah" kata saya "Pok pulak macam mana, sihat ke? Dia kata "Kita (org Terengganu biasanya membahasakan kita sebagai gantinama saya) macam ni lah, sihat orang tua, camana sangat".. "Yeyeye, jom masuk".. Saya memimpinnya masuk dan duduk dikerusi.

"Lama sungguh tak jumpa Pok" kata saya.. Dia bagitau sejak setahun sakitnya bertambah, lelahnya semakin kuat, ditambah pula kencing manis, jantung dan buah pinggang, kulit mukanya yang cengkong menimbulkan tengkorak mukanya, perkataannya sentiasa tersekat kerana menggilirkan patah perkataan dan mengambil nafas. Dia menunjukkan bekas pembedahan di perutnya, sepanjang hampir 10 inci.." Saya banyak duduk di rumah je, tak larat nak gi jauh, sebab tu saya solat Jumaat diMasjid kat rumah, tak larat dah nak gi Masjid AlFatah".

Saya mengenalinya sejak saya balik dari pengajian pada tahun 1997. Waktu mula saya kenal dia, dia sudah pun terlibat didalam PAS, seorang aktivis hebat, walaupun tidak berjawatan, beliau sangat aktiv, terutama waktu pilihanraya, dulu pernah dia bagitau saya " kita ni dah la tak dok ilmu, nak masuk syurga dengan mengajar, tok leh, nak masuk syurga dengan sembahyang, belum tentu, sebab kita jahil, sembahyang betul ke tak pun kita tak tahu, kalau malas jugok nak tolong buat kerja Islam, tak tahu lah, nak bawak pahala apa bila kita mati esok-esok"..Kelibatnya sentiasa berada dimana-mana sahaja yang ada program PAS, usrah, ceramah, kuliah diMasjid Surau, Pilihanraya, dia dan PAS sangat sinonim dan sedondon.

Kini usianya 69 tahun, tidak sekuat dulu, tetapi pada PRU 12 yang lalu, beliau masih lagi berselirat diMarkas, walaupun dah banyak duduk dari berdiri, banyak berzikir dari bercakap, banyak menggosok dada dari memegang poster, kerana kesihatannya yang semakin meruncing, kehidupannya agak dhoif, hartanya cuma ada, tidak berada. Kebiasaannya bila kita buat program sumbangan pada warga emas atau miskin dia adalah salah seorang penerimanya, dia sentiasa menolak, tetapi kita paksa dia mengambilnya, dia tidak pernah meminta-minta, pernah disatu PRK(kalau tak silap di permatang pasir) satu mengajaknya minum di kedai, dia kata "Kita tadok duit seseng haram ni ustaz"..Ya Allah, tak dapat dibayangkan, dia sanggup pergi jauh dan berhari-hari utk bantu perjuangan, anaknya 4 orang, dah besar dan semua dah bekerja, Aruah isterinya juga bersemangat sepertinya, riuh rendah suara Aruah isterinya jika berjumpa dengan saya..."ngapa Ust cepat sangat kawin, kalau tak boleh jadi menantu kita, kita ingin sangat nak dapat menantu ustaz" .. Kata Aruah isterinya kepada saya.." Saya kan boleh kawin empat, kalau mek setuju, boleh je" kata saya, dia ketawa je. Itulah diatara gurauan dengan isterinya yang masih saya ingat 10 tahun dulu ketika saya kerumahnya,Allah swt membahagiakan mereka dengan kedua-duanya sangat bersemangat dalam perjuangan.

"Pok datang dari mana ni?, tanya saya.."dari rumah, suruh anak saya hantar tadi, dia balik dah, kejap lagi dia datang ambil" rupanya dah setengah jam dia tunggu saya.."Pok ada hajat apa nih" tanya saya.." Pilihanraya bila ustaz" dia pulak yang tanya saya.."tak tau lah Pok, mungkin bulan 3 ni kot, bunyi-bunyi kabar begitulah".."ustaz bertanding lagi ke?..tanya dia.."tak tau lah Pok, terserahlah pada pimpinan, bertanding pun tak pe, tak bertanding pun takpe"..kata saya " kalau bertanding, ustaz kat Tg Lumpur lagi ke?"..tanya dia lagi, saya diam je, tak tahu apa nak jawap, sebab dalam PAS ni, semua keputusan adalah keputusan kepimpinan. Dia faham.."saya dah tak daya dah nak kerja macam dulu, nak berjalan pun tak berapa boleh, sembahyang pun duduk atas kerusi je, harap ustaz kerja lah sungguh2, saya nak sangat tengok Islam menang, nak tengok PAS menang, tapi tak tahulah, rasanya macam dah dekat nak mati dah ni"..kata dia..air mata jernih keluar dari matanya yang telahpun kekuningan, cermin matanya dibuka dan ia mengesat air mata dengan jarinya, agak lama tersekat perkataannya, saya melihatnya dengan kesayuan, "takpe lah Pok , sabar je, semuanya ketentuan Allah swt, kita cuma wajib berjuang dan berusaha, Allah swt lah yang menentukan kemenangan atau kekalahan, tetapi kalau kita ikhlas berjuang, InsyaAllah kita akan menang juga diakhirat nanti walaupun kita tersembam didunia" ..dia angguk sambil tangannya memeluk poket sehingga terlepas tongkatnya jatuh kelantai.

Tangannya dikeluarkan dari poket bersama dua gulong duit yang diikat dengan getah, " yang ni untuk ustaz, dan yang satu lagi untuk fisabilillah, untuk pilihanraya"..dia sedekahkan kepada saya RM 500 dan untuk fisabilillah sebanyak RM 1800. Kali ini giliran air mata saya pula menitis, tidak dapat digambarkan seorang manusia dhoif, miskin, sakit, tua menghulurkan sumbangan untuk perjuangan yang pasti tiada balasan dunia untuknya. Saya kata "Pok simpanlah duit ni, Pok kan sakit, nak pakai duit"..tangannya menolak tangan saya ketika saya menghulurkan padanya semula.." Ust ambillah duit ni, kita dah tua, tak pakai duit dah, dah nak mati dah, nanti kalau simpan, bila kita mati, duit tu jadi tak guna, saya simpan sikit-sikit untuk pilihanraya, duit anak-anak bagi, orang sedekah masa masuk wad, kita kumpul sikit-sikit, memang dah niat nak bagi kat ustaz"..

Terharu sangat rasanya,kerana bila difikirkan, ada orang yang lebih berkemampuan, kaya, sihat tapi tak nak sumbang kepada perjuangan, simpan dan terus simpan. "Tu je lah hajat saya , mari rumah ustaz ni" ..sekejap lepas itu bunyi motorsikal anaknya berhenti dihadapan rumah.."anak kita mari Doh, kita nak balik dulu".. Saya memimpinnya keluar, terlalu uzur orang tua ni.."satu lagi jangan lupa, kalau ustaz dengar kita mati, ustaz mari sembahyang mayat kita ye"..kata dia..saya tak boleh berkata..hanya menjawab dengan anggukan dan air mata, terlalu sukar untuk dia melangkah naik motorsikal hingga saya terpaksa menolong mengangkat sebelah kakinya untuk duduk di kusyen motorsikal.

Sehingga pagi ini, minda masih menerawang bayangan wajahnya, hati masih lagi tersendu dengan peristiwa semalam, Allah swt mendatangkan kepada saya seorang manusia yang tulus didalam perjuangan, diawal berkenalan dengannya di medan perjuangan sehingga hampir mati pun dia masih tetap berkorban untuk perjuangan. Tiada apa yang boleh saya katakan, hanya berdoa moga Allah swt akhiri hidupnya dengan Husnul Khatimah dan jika ia mati, moga Allah swt tempatkan rohnya bersama para Siddiqin dan Syuhada. Saya dapat merasakan harapannya, agar Islam menang. "InsyaAllah Pok, saya akan gunakan sumbangan ini sebaik mungkin, saya akan belikan logistik untuk memenangkan Islam"..duit RM 500 yang diberikan kepada saya, saya sumbangkan kembali untuk fisabilillah sebagai menurut jejak perjuangannya, "moga kita dapat sama-sama bertemu diSyurga Allah swt diAkhirat nanti, InsyaAllah".

Dinukilkan oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar
YDP PAS Kawasan Kuantan.

26 Januari 2013

Tiga Keadaan Orang yang Beriman

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

يَـأَيُّهَاالَّذِيْنَ ءَامَنُوا إِذَاقِيْـلَ لَكُمْ تَفَـسَّحُوْافِيْ الْمَجَلِسِ فَافْـسَحُوا يَفْـسَحِ اللهُ لَكُمْۖ 
وَإِذَا قِيْـلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ
 وَالَّذِيْنَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَتٍۗ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبْيْرٌ ۝


Artinya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepada kalian, ‘Berlapang-lapanglah dalam majlis’, maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untuk kalian. Dan apabila dikatakan, ‘Berdirilah kamu', maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui atas apa yang kalian kerjakan".  ( Surah Al-Mujadilah :ayat 11)


Rasulullah SAW pernah bersabda,

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ .
“Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim”.

Alhamdulillah, selepas berlakunya thaurah ( revolusi ) 25 Januari 2011 yang lalu, kami di sini sekarang banyak  berpeluang mengikuti beberapa pengajian. Samada pengajian di masjid atau di tempat-tempat khusus seperti yang dianjurkan oleh alumni Universiti Al-Azhar.

Jika pengajian di masjid, kami dapat mengikuti satu pengajian di Masjid Nasr yang merupakan masjid negeri di wilayah Daqahliyah. Pengajian tersebut dua minggu sekali, dengan pelajaran Feqah dan Tafsir manhaj dakwah.

Perkongsian ilmu dari antara kelas tersebut yang disampaikan oleh Dr. Yusri Muhammad Hani.

Seorang hamba Allah Taala yang beriman berada dalam 3 keadaan:
1- Apabila mendapat sesuatu nikmat maka dia akan bersyukur.
    - Syukur perlu direalisasikan bukan sahaja melalui ucapan tetapi amalan

2- Apabila dia ditimpa ujian atau musibah maka dia bersabar.
    - Redha dan sabar serta mengharap kebaikkan daripada Allah Taala apabila ditimpa ujian.

3- Apabila melakukan dosa dan kesalahan maka dia memohon ampun (kepada Allah Taala)
    - Allah Taala Maha Luas Pengampunan Nya
    - Mohon ampun tanpa berniat untuk mengulangi semula perbuatan dosa2 serta menjauhi tempat atau orang yang boleh memudahkan kita mengulangi semula dosa lama.
    - Kisah pembunuh yang membunuh 99 orang dengan 'abid (ahli ibadah) dan 'alim (ahli ilmu).

23 Januari 2013

Majalah Al-Azhar

Assaalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Majalah al-Azhar adalah sebuah majalah yang telah dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar As-Syarif, Mesir. Majalah yang dikeluarkan secara bulanan mengikut bulan-bulan Islam. Majalah ini juga telah diterbitkan sejak bulan Muharram 1349 Hijrah bersamaan tahun 1931 Masihi dengan namanya ketika itu 'Nur Islam'.

Majalah tersebut berisi pelbagai ilmu pengetahuan antaranya berkaitan Tafsir Al-Quran Al-Karim, Sunnah Nabawiyah, Sains, berita-berita dunia Islam, dakwah dsb. Beberapa topik berkaitan ummat Islam dan isu semasa juga disentuh menurut pandangan kacamata Islam. 

Penulis-penulis di dalam majalah ini terdiri daripada profesar-profesar dari Universiti Al-Azhar dan beberapa universiti dari seluruh Mesir.

Apa yang paling istimewa ialah harganya yang hanya RM 1.00 dengan kulit yang agak keras dan ilmiah yang penuh terisi di dalamnya. Lagi pula setahun kebelakangan ini design nya juga sudah berwajah baru bertepatan dengan suasana Mesir yang baru.

Semoga majalah Al-Azhar terus berkembang dan berkualiti untuk memimpin ummat.

21 Januari 2013

Di Doakan Oleh Para Malaikat


Orang-orang Yang Di Doakan Oleh Para Malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yg tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat
Dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang–orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat
Dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang–orang) yang berada pada shaf -shaf terdepan” . (HR. Abi Dawud )

4. Orang–orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf)
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang–orang yang menyambung shaf–shaf” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah
Dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”
(Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia berada di dalam tempat shalat di mana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’ .
(HR. Imam Ahmad.,Al Musnad no. 8106 )

7. Orang–orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah
Dari Abu Hurairah ra., bhw Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat (yg menyertai hamba) pada malam hari (yg sdh bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), & malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar & malaikat yg ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sdgkan malaikat yg bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sdg melakukan shalat & kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (HR. Imam Ahmad )

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan
Dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (HR. Muslim no. 2733)

9. Orang–orang yang berinfak
Dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (HR. Bukhari - Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang–orang yang makan sahur”. (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh” (HR. Imam Ahmad .,Al Musnad no. 754 )

18 Januari 2013

Bulan Rabi'ul Awwal 1434H

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini sudah 6 Rabi'ul Awwal 1434. Masa yang cukup pantas berlalu. Mudah-mudahan masa yang berlalu itu terisi dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Manfaat untuk diri, keluarga dan ummat. Beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan yang mulia ini. Antara sejarah yang paling utama adalah kelahiran junjungan besar Baginda Rasulullah SAW dan pada bulan ini juga baginda SAW diwafatkan. Berikut beberapa peristiwa penting di dalam bulan Rabi'ul Awwal:

1- Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

16 Januari 2013

Rabi'ul Awwal- Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari sebelum kemasukkan bulan Rabi'ul Awwal saya bersama seorang sahabat bercita-cita untuk menterjemah sebuah buku dan boleh dikongsikan dengan masyarakat Malaysia hasil terjemahan itu. Lalu beliau mengunjukkan saya sebuah buku berbahasa Arab bertajuk 10 Karektor Guru Pada Diri Nabi S.A.W. Sebuah buku yang bermuka surat 100 muka lebih agak sukar juga untuk menterjemahnya. Apatah lagi bila dilanda angin kemalasan. Acuh tak acuh langsung saya bersetuju dan menerima buku tersebut.

Saya membiarkan 2-3 hari tanpa menyentuh buku itu dan hanya sekadar melihat tajuk-tajuk utamanya. Amat bermanfaat tapi masih belum ada minat yang tinggi untuk menterjemahnya. Kemudian, apabila rasa boring dan tiada apa2 aktiviti saya mula membelek buku tersebut dan mula berazam untuk mula menterjemah. Saya membaca dahulu sepintas lalu walau kedapatan ayat-ayat yang tiak difahami. Cuma mengharap dapat mengetahui secara kasar apa intipati yang ingin diketengahkan dalam buku itu. Maka saya dapatlah gambarkan bahawa buku itu ingin mejelaskan ciri-ciri seorang guru dan pendidik melalui qudwah dan uswah  Rasulullah SAW yang amat perlu dipraktikkan oleh para guru muslim khususnya dan umat Islam umum. Apatah lagi bagi seorang pendakwah Islam.

Melihat kepada buku ini, betapa halus dan mulianya sifat Rasulullah SAW walau hanya pandangan melalui sifat beliau sebagai seorang guru yang mendidik para sahabat hingga ke akhir hayat Baginda SAW. Bagaimana pula sifat dan akhlak Baginda SAW sebagai seorang suami, bapa, kawan, pemimpin dan sebagainya. Padanlah kesan pengajaran Baginda SAW melekat kuat pada diri para sahabat r.a. dan kehidupan mereka sehingga berat untuk mereka menerima kewafatan Rasulullah SAW.

Berkebetulan pula kami berusaha menterjemahkan buku yang amat bermanfaat ini pada bulan yang mulia- Rabi'ul Awwal. Mudah-mudahan Allah Taala ikhlaskan niat kami dan redhai usaha kami ini. Doakan amal ini bermanfaat untuk umat khususnya di tanahair- Malaysia.