16 Februari 2010

Blogger – Penuntut Ilmu


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. (Surah Yasin ayat 65)

Kita bicara lagi berkenaan web blog. Ini kerana peranannya yang cukup memberahikan bagi kalangan penggemar penulisan; ahli perniagaan, ahli politik, pendakwah, pelajar, pendidik, pelawak, artis dan pelbagai lagi lapisan masyarakat. Tidak ketinggalan bagi mereka yang menjadikan web blog sebagai kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan dan menulis untuk ‘suka-suka’.

Namun demikian, dengan lambakan web blog sehingga kian sukar mendapatkan nama untuk url-nya, apa peranan kita sebagai penuntut ilmu Islam dalam mengharungi dan menyaingi laman-laman blog thaghut dan lagho? Adakahkah wajar kita berperanan seperti lapisan masyarakat lain? Jika bukan kita yang beperanan untuk menjelaskan keindahan Islam ini, kepada siapa lagi yang ingin kita harapkan?


Seharusnya kita sebagai penuntut ilmu Islam merasa terpanggil untuk melebarkan sayap dakwah. Apatah lagi dengan kemudahan yang ada kini; mudah, pelbagai, cepat, walau belum pasti tepat. Tidaklah hanya bercerita hal peribadi semata-mata, kisah-kisah lagho sahaja, perniagaan, pengiklanan semata, jiwang, ulasan-ulasan/sinopsis movie dan artis , bahasa emosi yang tidak menepati syariat dan sebagainya.
Alangkah baik dan besar faedahnya, sebagai penuntut ilmu Islam jika pelbagai isi ilmiah dan pembelajaran dapat kita isikan dalam web blog masing-masing. Antaranya hukum-hakam syariat, Al-Quran, Al-Hadis, teori tarbiyah, saranan & motivasi, pengenalan Islam yang syumul, perbandingan agama dan sebagainya. Apatah lagi Islam amat kaya dengan sumber ilmiah samada duniawi dan ukhrawi. Kejayaan barat pada hari ini adalah sebahagian besarnya diciplak dari ilmu-ilmu Islam di zaman kegemilangannya.
Tidak cukup dengan itu, penyampaian ilmu dan penulisan kita juga boleh dipelbagaikan pada sudut bahasa. Menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu suatu kepastian.. Namun kelebihan yang ada pada diri masing-masing, maka tampilkanlah Bahasa Arab, Inggeris, Mandarin, Tamil, Perancis dan sebagainya dengan kemampuan tersendiri. Dengan itu, web-web blog tersebut dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan muslim atau non-muslim.

Dengan pembaharuan yang semakin kehadapan ini, kita mungkin dapat menghalakan salah satu jalur globalisasi ke arah yang menguntungkan Islam dan menyemarakkan dakwah Islamiah. Pertarungan sekarang ialah bagaimana kita boleh memenuhkan sebanyak mungkin ruang siber dengan bahan-bahan yang berguna, mulia dan memenuhinya dengan kebaikan demi membangun jati diri umat dan memperkasa syahksiah Islamiah bahkan manusia seluruhnya agar mereka tidak tenggelam dan hanyut dalam arus pemodenan negatif serta globalisasi yang tidak menguntungkan diri, umat dan negara.


Walaupun begitu blog itu adalah hak milik peribadi anda. Penulis hanya mengutarakan pandangan dan pendapat supaya kita dapat melebarkan sayap dakwah Islamiah kepada setiap pelayar internet.

3 Februari 2010

.: Muhasabah Diri :.

Baik pemimpin, baiklah orang dipimpin
LanH14

Negara dan rakyat kini ditimpa pelbagai masalah menakutkan. Jenayah seperti pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi termasuk kecurian enjin jet pejuang sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita.

Jenayah kejam yang tidak terfikirkan dulu seperti anak membunuh bapa dan anggota keluarga lain seperti tragedi di Gemenceh, perlu dimuhasabah; apa sebenarnya sudah menimpa masyarakat kita? Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda yang kita didik di sekolah-sekolah kita hari ini?

Gejala songsang ini dan masalah sosial lain seperti penagihan dadah tidak ada penamatnya. Semakin kerajaan bertindak membendungnya, jenayah semakin menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat dan teguran tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Tentulah masyarakat tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi. Di sini kita berharap masyarakat dapat membuka hati dan fikiran agar permasalahan ini dapat dilerai bersama. Bagi orang Islam beriman, ketidak barakahan dalam hidup ini adalah kerana undang-undang Islam tidak diguna pakai, sedangkan Allah SWT memberi jaminan bahawa dalam hukum-hakam-Nya ada kehidupan.

Apabila undang-undang Allah tidak terlaksana, porak-perandalah masyarakat.....
sambungan

(Dari Surat Pembaca di Harakahdaily)


Setiap diri kita adalah pemimpin, setiap daripada kita akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya, serendah-rendah tingkatan kepimpinan adalah memimpin diri menjadi hamba Allah yang taat.

ISLAM JALAN PENYELESAIAN, AL-QURAN & AS-SUNNAH JADI PANDUAN.