13 Disember 2008

" Aqidah & Pengorbanan Pemacu Kebangkitan Ummah"

Kali ini saya cuba untuk mengambil beberapa isi penting daripada isi khutbah Aidil Adha yang telah disampaikan oleh para khatib pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini. Khutbah kali ini mengajak kita untuk memahami aqidah Islamiah yang sebenar dan nilai pengorbanan untuk agama yang merupakan tanda kekuatan aqidah seseorang mukmin. Jom sama-sama kita hayati….
"Aqidah Dan Pengorbanan Pemacu Kebangkitan Ummah"

Aqidah merupakan tunjang utama dalam pembentukan insan muslim yang bertaqwa dan bertamadun. Umat yang mempunyai aqidah kental akan sentiasa menuju ke arah kecemerlangan dengan penuh istiqamah. Muslim yang mempunyai aqidah salimah sentiasa memandang positif dalam mengharung cabaran hidup jahiliyah kini. Mereka tidak bersifat sepertimana sangkaan orang-orang kufur terhadap kehidupan mereka. Allah SWT menjelaskan dalam firmanNya:
أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا وأنكم الينا لا ترجعون

Apakah kamu menyangka bahawa Kami menjadikan kamu hanya sia-sia?dan kamu menyangka pula bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mukminun:115).

Tetapi orang-orang muslim mukmin yang mempunyai aqidah yang benar tahu akan tugas dan tanggungjawab mereka selaku hamba Allah di atas muka bumi ini.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk mereka beribadah kepadaKu" . (Surah Al-Zariyat 56)

يأيها الناس اعبدوا ربكم الذى خلقكم والذين من قبلكم لعلكم تتقون

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah (mengesakan dan taat) kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang –orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa”. ( S. al-Baqarah:21)

Dan tugas mereka juga bukan sahaja sebagai a’bid (hamba abdi kepada Allah) tetapi menanggung amanah mentadbir dan memakmurkan bumi Allah ini mengikut landasan syariatNya.
واذ قال ربك للملائكة اني جاعل فى الأرض خليفة

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (Surah al-Baqarah ayat 30.)

Oleh kerana tugas-tugas dan amanah ini, mereka sentiasa teliti dan waspada dalam setiap gerak geri mereka agar tidak tergelincir dari undang-undang perlembagaan Allah SWT. Dengan itu aqal mereka sentiasa dipandu oleh wahyu Allah SWT : Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Aqidah merujuk kepada keyakinan bahawa sumber nilai norma dan hukum hakam ialah Allah SWT Yang Maha Esa. Segala-galanya dijadikan berkhidmat untuk Allah, sesuai dengan kehendak Allah. Aqidah Islam selaras dengan fitrah manusia sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah SWT :
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

Maksudnya "( Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (dan pengikut-pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan. (Turutilah terus) agama Allah iaitu agama yang Allah ciptakan manusia itu bersedia fitrahnya menerimanya" . (Surah Al-Rum 30)

Mimbar Aidil Adha tahun ini mengharapkan kita bersama-sama dapat membina dan meningkatkan aqidah kita secara istiqamah sebagai aqidah salimah (aqidah yang sejahtera dari ideologi ciptaan makhluk dan aqidah campuran antara haq dan batil). Semoga dengan aqidah salimah tersebut dapat menyatukan hati-hati dan fikiran kita untuk membawa amanah dan tugas selaku hamba Allah SWT di atas muka bumi ini.
……………………………………………..

Hari ini di Arafah, jutaan manusia Muslim yang menjadi tetamu Allah sedang bersesak berduyun menunaikan rukun Haji. Sangat beruntung mereka apabila dapat menyemadikan mabrur haji dalam ibadah mereka .

Aidil Adha dikenali juga hari raya Qurban, yang mengingatkan kita kenangan ribuan tahun bagaimana Nabi Ibrahim Alaihissalam, tentang patuhnya, tentang taatnya, tentang pengorbanannya, tentang kesabarannya apabila menerima perintah Allah. Atas nama sunnah ini, maka seluruh umat Islam di pelusuk dunia, yang berkemampuan telah menyembelih binatang ternakan sebagai tanda mengikut jejak langkah Rasul Alaihissalam.
…………………………………………………

Maksudnya: Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan kami panggil dia: "Hai Ibrahim, Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. ( as-Shaffat : 101 – 110 ).

Seluruh umat Islam menerima kisah sejarah benar ini. Tidak ada yang menafikan walaupun ada sekian ramai orang tidak ambil peduli. Orang yang beriman, bertaqwa, menerima kisah ini menjadikan sebagai sunnah yang dituntut dengan istilah korban. Disunatkan melihat darah yang memancut dari batang leher itu. Semoga bertambahlah ketaqwaan.
Kesimpulannya, melihat darah yang mengalir akan jadi kejap kukuhlah ketaqwaan, akan bertambahlah semangat ingin berkorban, akan bergandalah lapis-lapis iman dan subur rendanglah ketaqwaan kepada Allah, bahawa darah yang mengalir itu adalah penggerak jiwa perjuangan, jiwa pengorbanan bagi mendaulatkan perintah Allah Taala. Menandakan satu kekuatan aqidah yang tulus. Dengan darah itulah juga umat Islam diberitahu, bahawa itulah nilai maruah yang paling tinggi. Dengan cecair pekat merah yang mengalir dari halqum itulah, Islam memberitahu bahawa sesiapa saja yang mengakui Islam sebagai Diin-nya . Jangan sekali-kali memandang remeh.

Tetapi sayang, menjelang abad dua puluh satu ini, darah bagi umat Islam tidak ada ertinya lagi. Mengalirlah di mana-mana pun, kita tidak peduli. Terpancutlah di mana-mana pun, itu bukan urusan kita. Betapa bagaikan sungai, ia hanya dilihat seperti air lumpur dari cerun bencana alam sahaja. Natijah dari apa yang disebut darah ini, pastinya darah umat Islam, satu-satunya umat yang diangkat mertabat tentang kehebatan jihad dan berkorban. Tapi persoalannya, dimanakah kehebatan dan inti maruah itu?
………………………………….

Memahami Islam dan berjuang tanpa pengorbanan , segalanya menjadi sia – sia malah mengundang murka Allah swt . Lantaran itu korbankanlah kepentingan diri dan dunia kalian demi agama Allah swt .

Renungilah maksud firman Allah swt :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”. (Surah At Taubah . Ayat : 24 )

Semangat perjuangan dan roh pengorbanan yang lahir atas dasar aqidah salimah dan sebuah keinsafan seorang muslim adalah dua senjata utama untuk kejayaan mendaulatkan syariat Allah swt . Dua senjata inilah pula , yang mampu menghadapi serangan musuh dan menewaskan perisai mereka . Maka marilah kita membina dan memiliki semangat perjuangan dan roh pengorbanan ini , supaya kita mampu menghadapi pelbagai konspirasi musuh yang semakin meningkat mutakhir ini . Allah swt. mengajar kita untuk mempersiapkan segalanya dan terus beraksi di medan untuk menegakkan agama Allah dalam apa jua keadaan yang dihadapi samada tika kita susah atau senang, miskin atau kaya, berat atau ringan.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. “ ( Surah At Taubah . Ayat : 41 )
…………………………………………..

Kesimpulan isi khutbah hari ini ialah, di mana-mana pun atas nama Islam, tidak ada penghormatan lagi. Benarlah umat Islam seperti buih. Ajaran korban dengan induknya ialah Jihad diremehkan oleh umat Islam sendiri. Paling malang ada di antara kita yang meremehkan jihad dan korban ini dengan meminjam istilah Amerika dan musuh Islam, iaitu ‘keganasan, pelampau, militan’ dan kemudiannya kita dipujuk dengan bahasa lunak, ‘bersyukur kerana kita tidak seperti mereka’. Satu idelogi yang ditanam dalam otak kita dan masyarakat oleh golongan penjajah. Oleh sebab itu, kita mundur; pengecut dan bersikap negatif dengan ajaran Islam kita sendiri. Memang umat Islam seperti buih. Memang buih pun selepas umat Islam mengabaikan jamaah, mengabaikan peninggalan jihad para sahabat dan tabiin.

Sempena dengan peristiwa Nabi Allah Ibrahim a.s. bersama keluarga baginda itu dapat memasakkan lagi aqidah yang kuat dalam diri kita. Cinta antara seorang ayah, ibu dan anak diketepikan semata-mata menunaikan cinta kepada Allah Taala. Justeru, menaikkan kembali semangat perjuangan dan pengorbanan kita untuk melihat Islam kembali bersinar di muka bumi Allah swt. ini.

Korbankanlah masa kita , tenaga , wang ringgit dan jika perlu darah dan nyawa kita demi agama Allah swt. , agama yang kita cintai. Pengorbanan adalah nilai perjuangan. Tiada istilah perjuangan jika tidak menempuh pengorbanan.

( Petikan dari teks khutbah Aidil Adha 1429 H di DPMM, penyusunan oleh: Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMM sesi 2008/2009 ).

9 Disember 2008

Salam Aidil Adha....salam pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd,

Walaupun sudah hari kedua menyambut Aidil Adha harap tidak ada yang mengatakan saya terlewat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua mukminin/mukminat dan muslimin/muslimat khususnya mereka yang melawati blog ini.

Kenapa? Sepatutnya lagi best kalau mengucapkannya pada malam hari raya atau pada pagi hari raya pertama. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana mengurniakan kepada kita hari raya Aidil Adha selama 4 hari berturut-turut iaitu dari 10 Zulhijjah hingga ke 13 Zulhijjah (Hari Tasyriq 11,12,13 Zulhijjah). Tetapi kebanyakkan kita kurang menyedarinya, bukan tidak tahu tetapi kurang menyedari. Jadi kita rayakanlah selama 4 hari raya kita ini dengan takbir, tasbih dan tahmid; mengagungkan kebesaran Allah Taala. Bukan sekadar di atas gerakan lidah semata tetapi di hati sanubari dan bukti pada gerak anggota tubuh kita (InsyaAllah). Selain itu, merapatkan lagi hubugan silaturrahim dengan ziarah-menziarahi dan bergotong royong membantu perlaksanaan ibadah korban.

Kebanyakkan kita juga sering menyebut hari raya pada bulan Zulhijjah ini sebagai hari raya haji kerana meraikan para tetamu Allah di Tanah Haram yang mengerjakan ibadah haji. Sedang kita lupa hari raya haji juga dikenali sebagai hari raya korban (Aidul Adha). Mungkin tidak lupa cuma kurang menyedari. Oleh sebab itu, kita muslimin dan muslimat yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah yang mulia ini sebahagiannya menganggap hari raya Aidul Adha tiada erti buat kita. Lupakah kita betapa begitu luasnya erti disebalik hari raya haji atau hari raya korban? Rujuk semula sejarah Nabi Allah Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Dan jangan lupa juga merujuk semula sirah Rasulullah s.a.w. sempena peristiwa di bulan Zulhijjah ini.

Baiklah, saya mengundur diri dahulu kerana telah curi-curi waktu meninggalkan beberapa orang sahabat di tempat korban yang diadakan kelmarin (tempat dan peralatan belum dicucikan dengan baik).
Wassalam. Salam perjuangan, salam pengorbanan. ;)

16 November 2008

Usrah...MB....SC....tiada bezanya. Penting mengikutinya.

Assalamualaikum w.b.t. ,

Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT yang mencipta dan mentadbir sekalian alam, langit dan bumi, dunia dan akhirat. Salawat dan salam buat junjungan Rasulullah saw yang mengunjuk kepada umatnya jalan kebenaran; juga buat ahli keluarga dan para sahabat baginda, pengikut setia baginda saw dan orang-orang yang mengikuti pengikut-pengikut setia baginda saw sehingga ke hari akkhirat.
Al-Quran dan As-Sunnah merupakan cahaya petunjuk yang tidak malap diharung zaman,sesuai di setiap tempat. Keduanya juga adalah harta peninggalan Rasulullah saw yang menjamin kebahagiaan untuk umatnya di dunia dan di akhirat.
Sesuatu penyelesaiaan yang kabur di dalam Al-Quran maka As-Sunnah menjadi rujukan. As-Sunnah adalah apa yang diucap,dibuat,sifat baginda saw– rupa tubuh atau akhlak serta apa yang dibenarkan oleh Rasulullah saw pada sesuatu perbuatan dari kalangan sahabat baginda.
Oleh itu, sirah Rasulullah saw juga perlu menjadi sumber rujukan umat baginda dalam melaksanakan kegiatan harian kehidupan seorang muslim.
Dengan itu usrah atau di sini lebih dikenali sebagai Muzakarah Berkelompok di DPMM manakala di PCM dipanggil Smart Circle merupakan aktiviti mingguan seluruh mahasiswa Islam di sini.

Apa itu usrah/MB/SC?

Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping memperkukuh ikatan silaturrahim yang sedia ada.
Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.
Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasi oleh kebatilan yang kemas tersusun.

Apa tujuan usrah/MB/SC ?

01. Menghubungkan diri dengan Allah SWT selaku hambaNya.
02. Merapatkan ukhuwah Islamiah.
03. Meluaskan kefahaman terhadap Islam.
04. Memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam semesta.
05. Mendalami ilmu fardhu ain.
06. Memberi galakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.
07. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap satu-satu masalah sebagai umat Islam.
08. Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jamaah.
09. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkan Islam sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
10. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
11. Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam.

Rukun usrah/MB/SC ?

Rukun ikatan usrah ini tiga perkara. Kita hendaklah mengambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.

Saling mengenali: Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan (taaruf) serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Elakkan perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwah. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung tinggi titah firman Allah SWT dan hadis Rasulullah s.a.w. Jadikan firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai perkara yang wajib diutamakan.: “Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara”. (Al-Hujurat, 26:10) “Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah”. (Ali Imran, 3:103) ‘ Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain’. (Hadis).

Saling memahami:(Tafahum) Periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dalam arena kederhakaan.
Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat. Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat daripada sahabatnya. Pemberi nasihat janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekali pun. Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting dalam agama Islam.

Saling memelihara nasib: Takaful bermaksud memelihara nasib sesama sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesama sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya. Sabda Rasulullah s.a.w.(maksudnya), "Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di masjidku ini. (Hadis).

Daripada edaran pamplet Jabatan Muzakarah Berkelompok DPMM sesi 2008 / 2009

30 Oktober 2008

Figur: Omar Mokhtar, singa padang pasir digeruni musuh

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Said bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy. Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.


Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli. Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-Sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda. Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar. Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.


Menyertai jihad

Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali. Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu.


Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya. Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.


Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:

1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.

2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.

3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.


Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.


Ketokohan Omar terserlah

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.


Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.


Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya. Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya berada di bawah penguasaan mereka.


Dihukum gantung sampai mati

Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.


Beliau meingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini." – lanh


Susunan: Ustaz Zainudin Hashim

Khamis 30 Oktober 2008 | 29 Shawwal 1429 Hijrah

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17569&Itemid=1

1 Oktober 2008

* Salam Aidilfitri 1429 H *




Semoga Ramadhan yang berlalu memberi erti dalam meneruskan kehidupan ini dan dengan penuh harapan dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang bersama azam dan isi yang lebih bermakna. Manakala, kedatangan Syawal ini pula moga menaikkan semangat kita untuk terus bermujahadah mencari mardhotillah.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd.

5 September 2008

Cabaran..Ujian..Kesabaran..

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lima hari kita melalui bulan ibadah - Ramadhan al-Mubarak. Macam mana, ada perubahan yang baik dan hampir nampak kejayaan? Atau diri semakin hanyut dengan hiburan dan kesibukan duniawi? Mungkin kita boleh sama-sama bermuhasabah. InsyaAllah, tinggal 25 hari lagi.

Hari ini nasib kurang baik.Harddisk problem.Meragam. Terpaksa diformat. Setup windows semula. Gambar-gambar kenangan di sini dan hasil penulisan habis hilang. Fail-fail lain tak menjadi masalah sangat. Boleh dicari semula. Adus...kalau lah ada program yang boleh mencari semula bahan-bahan/fail-fail tersebut...bagusnya,Alhamdulillah. Harap adalah.
Susah juga untuk menjaga barang lama melebihi jaga barang baru. Moga ada hikmahnya, ada baiknya.

* Ramadhan Karim.....Kullu 'am wa antum bi khair *

30 Ogos 2008

Ahlan Ya Ramadhan !!!

Assalamualaikum w.b.t.

Jarang-jarang sekali saya tulis santai di sini. Kebanyakkan entri adalah isi-isi ilmiah. Jadi sesekali perlu juga mengomel dan berborak oleh kerana tiada idea untuk menyusun suatu fakta atau perbahasan ilmu. Beberapa tugas juga belum selesai- persatuan, kuliah, urusan peribadi dsb. Dek hambatan aktiviti-aktiviti tersebutlah maka sukar untuk menyusun isi dan menulis.

Masa berlalu begitu laju. Sedikit hari lagi umat Islam akan menyambut puasa Ramadhan. Bulan Rejab dan Syaaban yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri telahpun berlalu. Sebagai muhasabah untuk diri; apakah ketaatan yang telah kita lakukan sebagai seorang hamba Allah yang berlumba-lumba mengejar kebaikkan? sebanyak mana penderhakaan dan kesalahan yang telah kita cuaikan? Alhamdulillah, jika banyak kebajikan yang telah kita laksanakan dengan pertolongan Allah dan rahmatNya. Astaghfirullah, jika sebaliknya dan berusaha memperbaiki segala kesilapan.

Dengan kehadiran Ramadhan, kita sebagai mukmin berasa gembira kerana kedatangan bulan ini diturunkan pelbagai rahmat dan nikmat oleh Allah SWT dan penuh kesedihan kerana takut jika bulan yang mulia ini tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya. Penuh kecuiaan dan kealpaan. Lebih malang lagi dengan berlalunya Ramadhan tidak memberi sebarang perubahan kebaikkan pada diri. Tidak meningkat menuju kejayaan sebagai seorang mukmin. Masih ditakuk lama. Sudah berapa lama kita menemui Ramadhan? Sudah berapa kali kita mentarbiyah diri dalam bulan tersebut? Berjayakah kita sebelum ini melaluinya?

Marilah sama-sama kita menghayati Ramadhan tahun ini samada yang tersurat ataupun tersirat, pada sudut hukum mahupun akhlak dan falsafah Ramadhan itu sendiri. InsyaAllah kita mungkin dapat melalui Ramadhan pada tahun ini. Tetapi untuk tahun depan belum tentu lagi; tidak kita ketahui-Allah SWT Maha Mengetahui. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menanam tekad dan azam untuk menjadikan pengisian Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Dan apabila kita menanam azam sudah pasti kita memasak langkah-langkah dan perancangannya. Samada dari sudut ibadah ( membaca dan mentadabbur Al-Quran, qiyammullail, tarawih, sedekah, menuntut ilmu, kerja kebajikan dsb ), akhlak ( mujahadah menanam sikap mahmudah dan menghakis sifat mazmumah ), memperbaiki segala amal ibadah yang khusus dan umum.

Allahuakbar.....bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan semua itu tetapi keyakinan kepada firman Allah SWT: " Maka sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada disertai kemudahan,dan (ditegaskan lagi) sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada disertai kemudahan...", menjadi satu semangat untuk terus berusaha. Maka peranan kita untuk sama-sama bermujahadah dan saling mengingati serta menasihati.

'Ya Allah bimbinglah kami dan berilah kekuatan kepada kami untuk kami menuju keredhaan Mu'. Amin ya Rabbal A'lamin.

( Sorry.....melalut....)

16 Ogos 2008

.: Antara Peristiwa Di Bulan Sya'ban :.

Setiap bulan dalam bulan-bulan Hijriah terdapat peristiwa-peristiwa yang tersendiri berkait dengan kehidupan umat Islam. Lebih penting peristiwa-peristiwa di zaman kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat. Ini kerana zaman kehidupan Rasulullah SAW sebahagiannya adalah zaman penurunan wahyu. Selain itu, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik bagi umat Islam; seterusnya para sahabat r.a. yang mendapat didikan secara langsung daripada Rasulullah SAW.

Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Sya'ban adalah:

1. Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari 14 Sya'ban. Terdapat keagungan tersendiri pada malam Nisfu Sya'ban sepertimana pada bulan Rejab dengan malam Israk dan Mikraj, bulan Ramadhan dengan malam Laillatul Qadr dsb.

2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

4. Perang Badar yang terakhir:

Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa (sirah) ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan sepanjang hidup kita dan generasi mendatang. Kerana kehidupan adalah bagaikan pusingan roda yang sering berputar. Mungkin peristiwa tesebut tidak sama 100%. Tetapi ada unsur-unsur kehidupan yang boleh diambil untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, di dalam Islam Sirah Nabawiyah adalah antara sumber rujukan syariat Islam. Bahkan sejarah-sejarah para sahabat, tabien dan khulafa' serta salafus soleh juga perlu diketahui supaya tidak terpedaya dengan pelbagai penyelewengan ilmu pada zaman sekarang.

Selain itu, penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan Masihi yang menjadi keagungan umat Islam kini. Marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Disamping itu, dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT untuk kita sampai ke bulan yang seterusnya- Ramadhan al-Mubarak.

الللهم باركلنا فى رجب و شعبان و بلغنا رمضان

13 Ogos 2008

Bulan Sya'ban: Bersedia Menuju Ke Gerbang Ramadhan

Bulan Sya'ban adalah bulan yang kelapan dalam hitungan bulan-bulan Islam (bulan Hijriah). Sya'ban bermaksud bercerai/pecah. Diriwayatkan bahawa masyarakat Arab pada bulan ini berserakan di merata-rata tempat untuk mencari air kesan dari kemarau yang panjang. Sya’ban merupakan bulan agung dalam taqwim Islam selain Rejab dan Ramadhan. Ini di antara bulan-bulan Hijriah yang mempunyai keistimewaan tersendiri samada dari segi peristiwa atau sejarah dan ganjaran beribadah padanya.

Sya’ban dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan kenikmatan kepada hambanya yang bijak mengambil kesempatan untuk beribadah dalam bulan tersebut. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'ban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT akan mengampun semua dosanya dan menyelamatkannya dalam satu tahun dari segala bencana dan penyakit".

Ibadah yang dianjur dalam bulan Sya'ban

1. Keutamaan berpuasa: Sayidatina A'isyah r.a. berkata:" Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak dari bulan Sya'ban (kecuali Ramadhan) kerana sesungguhnya baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh dan besabda:"Lakukanlah apa amalan yang termampu kerana Allah tidak pernah merasa jemu sehingga kamu yang merasa jemu".
2. Nisfu Sya'ban: Sabda Nabi SAW: Berjagalah kamu pada malam Nisfu Sya’ban bersembahyang, beribadah dan puasa kamu pada siangnya. Allah SWT berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya adakah orang yang ditimpa bala maka aku a’fiatkannya adakah orang yang meminta rezeki maka aku rezekikanya. Pada awal Nisfu Sya'ban iaitu pada awal malam 14 Sya'ban kebiasaan sebahagian umat Islam terutama di Malaysia; mereka akan berkumpul di masjid dan surau untuk membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan bacaaan pertama memohon supaya dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada Allah SWT. Bacaan kali kedua memohon supaya dihindar dari segala bahya dan bencana. Manakala, bacaan kali ketiga mengharap supaya menjadi hamba Allah yang tidak berhajat kecuali hanya kepadaNya.
3. Mempertingkatkan amalan ibadah: Bulan yang mulia di sisi Islam ini menjadi kesempatan untuk kita mempergandakan lagi amalan-amalan sunat harian kita sebagai seorang muslim mukmin. Memperbanyakkan istighfar, berzikir, membaca Al-Quran, bersedekah serta memohon taubat kepada Allah SWT.

Sya’ban sebagai bulan persediaan menyambut dan mengagungkan Ramadhan. Individu yang merebut peluang ini akan merasai kehadiran Ramadhan sebagai suatu yang amat dinanti dan dirindui. Oleh itu, doa Rasulullah s.a.w ketika datang bulan Rejab;
اللهم باركلنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan pertemukanlah kami (panjangkan umur kami sehingga dapat berjumpa) dengan Ramadhan.” Dan kita juga dapat teruskan doa ini sehinggalah kita menemui Ramadhan nanti.

Kemuliaan Sya’ban pada Nisfunya dan kemulian Ramadhan pada Lailatul Qadarnya, Rejab bulan menabur benih, Rejab menyucikan badannya. Sya’ban bulan menyiram tanaman, Sya’ban menyucikan hatinya. Ramadhan bulan menuai, Ramadhan menyucikan ruhnya. Rejab bulan maghfirah, Rejab bulan taubah.Sya’ban bulan syafa’ah, Sya’ban bulan mahabbah. Ramadhan bulan mardhatillah, Ramadhan bulan rahmah.

15 Julai 2008

فضل الاستغفار- Keistimewaan Ber Istighfar

بقلم الشيخ: إبراهيم البدري
إمام وخطيب بأوقاف الإسكندرية

يقول الله تبارك وتعالي: "ومن يعمل سوءً أو يظلم نفسه ثم يستغفر الله يجد الله غفوراً رحيماً" 110 النساء

# كثير منا يستغفر الله دون إدراك لمعني الاستغفار. فمن الناس من يستغفر الله بشفتيه. ومنهم من يستغفر الله بلسانه دون قلبه. ومن الناس من يستثقل الاستغفار. ومن الناس من يتكبر علي الله ولا يستغفر الله فنعوذ بالله من هؤلاء جميعاً
فقد ورد في الحديث الصحيح الذي أخرجه أبو داود في سننه من حديث بن عباس. قال - صلي الله عليه وسلم: "من لزم الاستغفار جعل الله له من كل هم فرجاً ومن كل ضيق مخرجاً ورزقه من حيث لا يحتسب
# إذا أردت راحة البال وانشراح الصدر. وسكينة النفس. وطمأنينة القلب. والمتاع الحسن عليك بالاستغفار

( استغفروا ربكم ثم توبوا إليه يمتعكم متاعاً حسنا ) 3 هود ..
# هل تريد قوة الجسم. وصحة البدن. والسلامة من العاهات والآفات والأمراض؟ عليك بالاستغفار.
( استغفروا ربكم ثم توبوا إليه يرسل السماء عليكم مدراراً ويزيدكم قوة إلي قوتكم ) 52 هود.
# هل تريد دفع الكوارث والسلامة من الحوادث والأمن من الفتن والمحن؟ عليك بالاسغفار.
( وما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم وما كان الله معذبهم وهم يستغفرون ) 33 الأنفال.
# هل تريد الغيث المدرار. والذرية الطيبة. والولد الصالح. والمال الحلال. والرزق الواسع؟ عليك بالاستغفار
( استغفروا ربكم إنه كان غفاراً. يرسل السماء عليكم مدراراً. ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنات ويجعل لكم أنهاراً ) 10 - 12 نوح.
# هل تريد تكفير السيئات. وزيادة الحسنات. ورفع الدرجات؟ عليك بالاستغفار.
( وقولوا حطة نغفر لكم خطاياكم وسنزيد المحسنين ) 58 البقرة.

وقد ورد عن بن عمر رضي الله عنهما أنه قال: كنا نعد لرسول الله -صلي الله عليه وسلم - في المجلس الواحد مائة مرة- "رب اغفر لي وتب علي إنك أنت التواب الرحيم"
تعالوا بنا لحظات نعيش مع الإمام أحمد بن حنبل "إمام أهل السنة والجماعة" وما الذي أصابه فقد ورد أن الإمام أحمد أراد أن يقضي ليلته في المسجد ولكن منع من المبيت في المسجد "بواسطة حارس المسجد" وقد حاول الإمام معه ولكن دون جدوي. فقال الإمام للحارس سأنام موضع قدمي. وبالفعل نام الإمام مكان قدمه "علي باب المسجد" فقام حارس المسجد بجره لابعاده من مكان المسجد وطرحه علي الطريق. وكان الإمام تبدو عليه ملامح الوقار والكبر. فرآه "خباز" فلما رآه يجر بهذه الهيئة عرض عليه المبيت عنده. وذهب الإمام أحمد مع الخباز فأكرمه ونعمه وأراد أن يطعمه فذهب لتحضير عجينة لعمل الخبز. وأثناء عمل الخبز سمعه الإمام يستغفر الله ويستغفر ومضي وقت طويل وهو علي هذا الحال فتعجب الإمام فلما أصبح الصباح سأله الإمام عن سبب استغفاره في الليل. فأجابه الخباز أنه طوال ما يحضر عجينه ويعجن يظل يستغفر الله
.
فسأله الإمام أحمد وهو أعلم هل وجدت للاستغفار ثمرة؟ فأجاب الخباز نعم والله ما دعوت الله دعوة إلا أجيبت. إلا دعوة واحدة. فقال الإمام وما هي؟ قال الخباز - رؤية الإمام أحمد بن حنبل. فقال الإمام له - أنا أحمد بن حنبل

والله إني جررت إليك جراً بسبب استغفارك. فاحرص علي الاستغفار كما تحرص علي الفرائض والأذكار لأنه من أعظم أسباب التوبة والمغفرة.

Sumber : http://www.aqidati.net.eg/

----------------------------------------------------------------------------------

Betapa tinggi nilai perintah beristighfar sehingga pelbagai perkara dan urusan mendapat pertolongan daripada Allah SWT . Bahkan istighfar juga merupakan keperluan seorang hamba kepada Allah SWT karana secara fitrah memang manusia tidak akan boleh mengelak diri dari melakukan dosa dan kesalahan sepanjang hidupnya. Peluang ampunan ini merupakan anugerah rahmat Allah yang terbesar bagi hamba-hamba-Nya yang beriman. Dan fitrah seorang manusia juga yang sentiasa perlu berhubungan dengan Penciptanya pada tiap detik hidup.

Tercatat dalam sebuat riwayat Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW (memberi pelajaran kepada umatnya) sentiasa beristighfar setiap hari tidak kurang dari 70 kali. Bahkan di dalam riwayat Imam Bukhari baginda beristighfar setiap hari lebih dari 100 kali .

Demikian Rasulullah SAW, kekasih Allah yang diampun dosa baginda yang telah lalu dan akan datang masih beristighfar. Apatah lagi kita hanya umatnya yang tidak pernah bertemu dengan baginda dan mempunyai jarak masa yang jauh dari kehidupan baginda SAW- Seribu empat ratus dua puluh lapan tahun berlalu. Dengan keadaan hidup dunia kini yang kian mencabar dan dicabar; fitnah yang berleluasa. Lebih utama untuk kita sentiasa beristighfar. Buahnya tidak timbul sekarang. Bergantung juga pada niat dan kekhusyukkan serta penyesalan dan azam meninggalkan dosa. Beristighfarlah, moga Allah meredhai hidup dan mati kita.

رب اغفر لي وتب علي إنك أنت التواب الرحيم * *

أستغفرالله الذى لا اله الا هو الحي القيوم وأتوب اليه * *

10 Julai 2008


Assalamualaikum W.B.T......

Alhamdulillah.....dapat juga hari ini menulis bagi mengisi kekosongan blog ini yang hampir sebulan tidak terisi. 2 - 3 hari ini dapatlah berehat dengan baik walau ada lagi beberapa tugas yang masih belum selesai. Sememangnya sukar juga untuk mengikis sifat menangguh kerja.
Setelah 2 minggu lebih berehat dari musim peperiksaan, pelbagai aktiviti mula menghambat diri. Bermula dengan perjumpaan- mesyuarat, mesyuarat-perjumpaan, diikuti dengan program persatuan, kelas tafaquh, dua hari lepas lawatan sekitar bumi Mansurah dan sebagainya. Keletihan menyelubungi diri kerana bukan hanya mengikuti program tetapi telah memprogram dan diprogram. Walaupun begitu, terasa kepuasan dan keuntungan pada diri kerana mengikuti program ( bukan saja-saja tetapi ) menambahkan pengetahuan dan pengalaman. InsyaAllah, tiada rugi; cuma peratus keuntungan sahaja- rendah atau tinggi yang diperolehi, bergantung kepada keikhlasan, keseronokan, berlapang dada, baik sangka, kemahuan yang bersungguh dan ilmu/peristiwa yang sering diingat2 atau disebut2.
Lepas-lepas ini ada mesyuarat lagi. Tunggu pengarah program jer untuk maklumkan bila ( aku tak ingat lah bila, ada sebut dalam kertas kerja). Dan hari Ahad ini pula satu lagi program di Jazirah Al-Ward iaitu pengurusan organisasi- KPP '08. Mungkin program last untuk aku bekerja-usahasama.
Bagi entry baru, aku juga sedang mencari-cari idea dan isi. InsyaAllah, moga dipermudah segala urusan. :)

19 Jun 2008

Bacalah


Masih dalam seruan kepada diri penulis dan pengunjung blog ini untuk kita sama-sama menjadi masyarakat membaca. Kita sudah maklumi akan kepentingan membaca; membaca itu jambatan ilmu, membaca itu mengembangkan fikiran, membaca itu membina tamadun dan sebagainya. Namun sukarnya untuk kita melazimi diri agar membaca. Mengisi sebahagian kekosongan ruang waktu dengan membaca.
Tidak dinafikan bahawa minat membaca ini adalah hasil didikan sedari kecil oleh keluarga dan guru-guru. Melalui ransangan yang tinggi daripada mereka dan disiplin yang terjaga. Tetapi tidak semua kejayaan itu dibina semasa kecil lagi; berperingkat-peringkat menuju kejayaan. Berapa ramai di antara insan yang mula membina bibit-bibit kecermerlagan tika usia dewasanya. Mereka berubah di atas kemahuan diri yang kuat dan berusaha terusan-terusan tanpa jemu dan putus asa.
Momentum perubahan itu berlaku apabila mereka memahami benar kepentingan membaca dan akibat yang diterima jika kurang membaca. Dari kefahaman itulah timbulnya kesedaran tinggi yang membawa kepada keazaman yang nekad. Insan-insan ini memestikan diri mereka minat kepada buku-buku dan bahan-bahan bacaan (tulisan,cetakan atau elektronik); membeli, meminjam,copy & paste, mengunjungi kedai-kedai buku, pustaka, perpustakaan (atau mendaftar sebagai ahli), penggunaan IT dan sebagainya.
Sebagai seorang muslim dorongan-dorongan tersebut lebih kuat dan padu lagi dengan seruan dari Al-Quran Al-Karim, seperti yang penulis catatkan sebelum ini. Di sini juga ingin penulis tambahkan lagi saranan dan ransangan tersebut. Moga kita dapat menyuburkan biah membaca dalam hidup, ia juga adalah biah solehah:
  • Gladstone (Perdana Menteri Britain,dalam tahun 1882, sambil mengangkat al-Quran dalam parlimen Britain beliau mengatakan bahawa untuk membolehkan umat Islam dijajah, mereka mesti dijauhkan dari al-Quran atau pemikiran-pemikiran Islam) yang menyatakan dalam pertemuan pemimpin-pemimpin Kristiannya bahawa selagi umat Islam berpegang dengan Al-Quran selagi itulah mereka kuat dan tidak boleh dikalahkan. Lalu dia merancang untuk menjauhkan umat Islam dari Al-Quran dengan pelbagai bentuk aktviti kosong yang mengasyikkan. Kita merasa jejek dan benci kepada orang sepertinya-jahat, pemusnah cahaya Islam, pendengki dan pelbagai label yang kita hujum kepadanya. TETAPI dia kuat membaca untuk membolehkan kebatilannya bangun tegak di atas keruntuhan umat kita. Kita yang membencinya dan orang sepertinya, gigihkah kita membaca? Tekadkah kita mengumpul maklumat dan pengalaman? Dia sanggup membaca ketika menunggu kereta dan menunggu masa pertemuan, sedangkan kita sanggup.....? Ayuh bencilah Gladstone dengan tindakan PEMBACAAN anda mengatasinya!
  • Jika dua't banyak membaca , mereka memimpin ummah. Jika ummah lebih banyak membaca mereka akan menerajui tamadun manusia.Hari ini orang barat lebih banyak membaca, orang Islam kurang membaca. Kita belajar membaca ,tetapi mereka membaca untuk belajar.

5 Jun 2008

Muhasabahlah diri kita sebentar......


Anda setuju atau tak?
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. JOM kita bermuhasabah dan menilai diri kita.
----------------------------------------------------------------
ANDA SETUJU TAK DENGAN 14 SOALAN INI?

Anda setuju tak? Bahawa anda tak boleh lari daripada tujuan hidup di dunia sementara ini adalah untuk mendapat redha Tuhan, iaitu Allah SWT; yang menciptakan sekalian alam ini. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi anda, bila Dia mengasihi anda, insyaAllah di kehidupan kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada anda di Syurga.

Anda setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, anda mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, anda mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk anda; dan anda mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada anda dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.

Anda setuju tak? Bahawa untuk anda redha yang Allah satu-satunya adalah Tuhan anda, anda mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.

Anda setuju tak? Bahawa untuk anda redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk diri anda, mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.

Anda setuju tak? Bahawa untuk anda redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada anda dan makhluk lainNya, anda mestilah berusaha menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk anda dalam setiap amalan seharian kehidupan anda.

Anda setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, anda mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya anda tak dapat kesemuanya dalam waktu anda belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat anda. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

Anda setuju tak? Bahawa anda sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi anda terus juga melakukannya.

Anda setuju tak? Bahawa anda perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.

Anda setuju tak? Bahawa anda perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana anda tak dapat kepastian bahawa hidup anda akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia anda ditarik balik pada usia anda sekarang ini.

Anda setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri anda yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan anda daripada tujuan hidup anda tadi.

Anda setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk anda mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri anda, dan anda juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan utama hidup di dunia ini (iaitu seperti di atas).

Anda setuju tak? Bahawa apabila anda banyak menjawab "setuju" dengan soalan-soalan ini, kaki anda sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup anda di dunia ini.

Anda setuju tak? Bahawa apabila kaki anda telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup anda ini, sepatutnya anda tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki anda, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.

Anda setuju tak? Bahawa apabila anda telah melangkah menyelusuri landasan ini, anda perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

Anda setuju tak? Bahawa apabila anda telah tetap berada di atas landasan ini, anda tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi anda perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat untuk turut menyertai anda menyelusuri landasan ini.

Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk anda translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang anda tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.
Di ambil dari :
Telah diedit kembali oleh:
muasz http://jazirah-alward.blogspot.com/
Monday, April 28, 2008

31 Mei 2008

Antara cara tangani masalah sosial


Assalamualaikum w.b.t

Dalam entri yang lalu saya baru sahaja menimbulkan isu aurat yang sering diabaikan oleh umat Islam dan beberapa langkah untuk kita tangani bersama masalah tersebut. Kini keluar pula satu cadangan yang baik untuk menangani masalah sosial yang antaranya berpunca dari sikap pelajar-pelajar sekolah (putri) berpakaian. Lebih malang sebilangan daripada mereka sengaja mengenakan pakaian putih yang jarang, berkain lembut dan berfesyen.

Baru -baru ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah memberi cadangan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia supaya ditukar pakaian putih pelajar putri kepada pakaian berwarna yang sesuai. Dan sekira pihak kementerian berkenaan ingin mengekalkan uniform putih maka PKPIM menyarankan diwajib untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh. Ini kerana pakaian putih yang biasa dipakai oleh para pelajar putri agak jarang/trasparent hingga menampakkan pakaian dalam dan berkemungkinan warna kulit. Perkara ini jelas berlaku bagi mereka yang tidak memakai tudung atau bertudung singkat. Ini adalah sebahagian punca dari kurangnya penerapan pengetahuan dan didikan agama dalam sesebuah keluarga dan sekolah itu sendiri. Dan dari sini juga kita sama-sama boleh mengukur tahap penghayatan agama Islam bagi masyarakat Malaysia.

Cadangan ini juga menurut Us. Nasruddin Tantawi dalam blog beliau ianya satu tuntutan agama yang mendidik agar kita sentiasa menutup apa jua ruang dan peluang yang boleh membawa ke arah jenayah dan mungkar . (Sadduz Zarai’=dalam istilah Usul feqh). Dan pada saya cadangan ini perlu diambil berat oleh pihak kementerian dan mereka yang bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar berkenaan bagi memelihara lima maqasid syara' yang menyeluruh dan menjadi satu keperluan:- agama, diri, aqal, keturunan dan harta.

19 Mei 2008

AURAT: PERANAN KITA
(Satu cadangan)

عن أبى سعيد الخدرى رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه وسلم قال
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فبلسانه وان لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان
رواية امام بخارى ومسلم
Maksudnya :
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika dia tidak mampu maka hendaklah dia ubahkan dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu juga maka dengan hatinya sahaja . Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”.

Umum mengetahui, bukan semua muslim diasuh dan dididik oleh keluarga yang tahu nilai-nilai agama. Ada yang mengetahui tetapi tidak memahami dan mampu mempraktiknya untuk membentuk sebuah keluarga Islamik. Ada pula kalangan ibubapa yang mula sedar di tika usia anak-anak meningkat remaja; justeru menghantar mereka ke sekolah agama untuk dididik oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah serta alim ulama'; walaupun kedua ibubapa ini masih dengan cara lama hidup mereka. Tidak kurang juga yang kembali ke pangkal jalan dan meniti jambatan kebenaran. Berjinak-jinak semula ke surau dan masjid, mendengar kuliah-kuliah dan pengajian agama melalui alat-alat eletronik dan media massa. Alangkah bahagia sungguh mereka yang telah mendapat hidayah dan rahmat Allah SWT itu.

Oleh demikian, peranan dan tanggungjawab ini bukan sahaja terpundak di atas bahu ibu bapa sahaja, tetapi setiap orang yang menyedari dan mengetahui akan hakikat ini perlu menyampaikan kepada mereka yang tidak tahu atau tahu tetapi perlu dididik dengan beransur-ansur untuk berubah. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk berubah bagi mereka yang sudah sebati dengan kehidupan separuh bogel itu. Di sinilah peranan dakwah fardiyah.
Dari itu, masalah aurat dan etika pakaian muslim ini tidak akan selesai jika hanya berlegar dengan pandangan-pandangan dan ungkapan atas angin; tanpa ada suatu cadangan yang relevan untuk dilaksanakan. Beberapa cadangan yang boleh kita praktik bersama:

1- Berilah nasihat kepada adik beradik, saudara mara dan kekawan kita. Jangan segan untuk beri nasihat. Kuatkan iman dan semangat.

2- Hadiahkan pakaian muslim kepadanya.

3- Hadiahkan buku tentang aurat muslim atau melalui e mail, e-book dsb.

4- Doakan untuk dia agar berubah.

Cadangan-cadangan ini hanyalah sebagai buah fikiran daripada penulis.Kemungkinan para pembaca budiman mempunyai cadangan-cadangan lain dan idea atau cara yang lebih sesuai yang boleh dikongsi bersama.

‘Mudah untuk diungkap, senang difahami, rasa boleh dipraktik, harap jadi kenyataan….

و الله تعالى أعلم

24 April 2008

Pakaian kita sebagai muslim

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh betoleransi oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.Tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita. Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Isu atau masalah pemakaian muslim bukanlah sahaja perlu difokus kepada golongan wanita tetapi begitulah keadaan dan tabiei alam ini. Kerana kesan fitnah itu lebih besar berpunca daripada seseorang wanita berbanding daripada kaum lelaki. Namun tidak mustahil jika sebaliknya yang berlaku. Walau bagaimanapun kedatangan Islam telah mengangkat martabat wanita ke tempat yang adil berbanding agama-agama lain yang menekan golongan ini sehingga meletakkan taraf mereka tidak setanding sebagai seorang insan. Ditanam hidup-hidup, dijadikan korban kepada tuhan, dilacur dan sebagainya. Maka datangnya Islam sebagai rahmat dan satu nikmat yang tidak boleh dijualbeli. Betapa ruginya dan tidak beperikemanusiaan muslim yang mengambil mudah-mudah pada syariat agama dan mempersendakannya.

Masalah aurat dan etika berpakaian ini kita boleh merujuk melalui maksud surah An Nuur ayat 31. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada: suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka,putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba-hamba yang mereka miliki, pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Mengenai menutup aurat dengan ipar telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa ipar itu adalah maut. Maksud maut di sini adalah bahaya yang sangat besar yang akan terjadi jika pergaulan di antara mereka tidak diatur sesuai dengan tuntunan Islam. Di dalam satu riwayat daripada Imam Bukhari & Muslim: Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasululah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu sabda Rasulullah SAW (bermaksud): "Wahai Asma' Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja".

Namun begitu, bukanlah wanita sahaja yang perlu menjaga adab-adab berpakaian dan auratnya, bahkan lelaki juga perlu mengambil berat berkenaan perkara tersebut terutama di hadapan perempuan yang bukan muhram.

Seorang perempuan tua yang telah putus haidh dan tidak berkeinginan untuk berkahwin lagi juga digalakkan menutup auratnya;perkara ini telah disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu, perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Surah.An-Nur:60)

Menutup aurat, berpakaian sopan, berjilbab bukanlah suatu perkara yang sia-sia. Faedahnya diberi oleh Allah SWT sedari di dunia lagi. Apatah pula ganjaran di akhirat kelak kerana mereka orang-orang yang tunduk patuh pada perintah Tuhannya. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 59:"Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar),cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik);maka dengan itu,mereka tidak diganggu.Dan(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Melabuhkan pakaian (jilbab) mempunyai pelbagai tafsiran dari kalangan ulama'dalam bentuk pakian. Cukuplah sebagai contoh yang dapat penulis berikan seperti: baju kurung (yang tidak ketat,tidak berbelah,tidak jarang dsb),jubah,tudung labuh ke pinggang,tudung turki (atau yang boleh menutup kepala dan dadanya), ber stokin, purdah dll. Kaum lelaki jua mendapat faedah jika mereka menuruti adab dalam berpakaian; contoh yang boleh saya bawakan, seorang muslim yang berpakaian sopan, berkopiah atau berserban apatah lagi berjubah selalunya disegani oleh masyarakat.Namun, akhlaknya juga perlu dijaga. Sehinggakan jika muslim ini menghadiri ke tempat yang lagho dia akan disegani oleh orang-orang di situ,tersipu-sipu malu untuk melakukan sesuatu kejahatan.Maka benarlah Islam itu merupakan nikmat dan rahmat untuk sekalian alam. Jangan pula kita cuba mengkufurinya.

24 Mac 2008

Maulidur Rasul.......

Sememangnya terlewat untuk aku mengiklankan hari kebesaran bagi umat Islam tersebut. Tapi tika ini ruang yang ada maka perlu diambil kesempatan tersebut. Kadang-kadang bukan waktu yang tiada tetapi idea yang tidak dapat keluar; apa yang ingin disampaikan kepada pembaca? apa isi yang sesuai? patutkah hanya berceloteh seperti entri pada kali ini?

Sahabat pembaca,

Sudah lebih 1400 tahun Raslulullah SAW pergi meninggalkan kita ( 12 Rabiu'lawal 11 Hijrah). Namun , sunnah kehidupan dan perjuangan baginda masih diteruskan oleh umatnya. Tetapi apa yang malang ialah umat yang tidak mendapat gambaran jelas dan menyeluruh berkenaan sunnah kehidupan baginda Rasulullah SAW. Natijahnya, akan lahirlah umat yang taasub dengan sesuatu kepercayaan atau pegangan. Seharusnya kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW seorang Rasulullah, pendakwah, pemimpin negara, bapa, suami,tentera,guru,sahabat,jiran dan sebagainya. Tidak sepatutnya kita hanya menumpu pada sesuatu perkara sunnah sahaja sedangkan yang lain ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, di bulan yang mulia ini,marilah kita sama-sama mengahayati pengorbanan Rasulullah SAW yang telah mengunjukkan kepada kita jalan hidayah-ISLAM, serta kecintaan baginda SAW terhadap kita, umatnya walau di saat penghujung hayat baginda SAW.

25 Februari 2008

Emmmm.....(kering idea)


"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya, dan tanpa berfikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir(tidak fasih).
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?" Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Dengan keadaan yang masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya.. "Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?" Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar" Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'. Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya "Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?" Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas hati,tapi masih kehairanan.. lalu untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya"Saya keliru.. tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah, dan kalau

yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu. "Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya pelancong lagi.. Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah".

--------------------------------------------------------------------------------------

Kadangkala kita tahu dan memberitahu bahawa itu salah dan ini yang betul, tetapi tanpa disedari kita sendiri yang membuat kesalahan tersebut. Bahkan lagi malang apabila kesalahan itu berlaku dalam masa yang sama tika kita memberitahu/berpesan pada orang lain. Sedarkah atau tidak??? Fikir-fikirkan.

23 Januari 2008

Kerana Iman.....

Suatu hari saya terbaca web blog http://www.zaharuddin.net/ berkenaan rayuan seorang lelaki muslim yang berhajat sangat untuk menjaga imannya. Tahu ketinggian nilai sebuah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Beliau merayu kepada wanita-wanita muslimah khususnya, agar menjaga tubuh badan mereka yang boleh membawa ramai kaum Adam ke lembah neraka. Beliau meluahkan perasaan, membantunya agar tidak terpandang lagi wanita-wanita yang 'berpakaian tidak cukup kain' sedangkan mereka mampu membeli pakaian berfesyen dan berjenama dengan harga yang agak mahal. Lebih merisaukan saya ialah keadaan beliau yang sudah pun berumahtangga; apatah pula keadaan bagi remaja-remaja dan muda-mudi yang masih membujang...
Pernah saya terbaca dalam sebuah forum berkenaan individu yang mengalami masalah sama dengan saudara kita ini sedangkan dia seorang pelajar agama lepasan Timur Tengah (wallahu a'lam samada Syria,Mesir,Jordan,Mekah,Madinah atau selainnya). Mungkin sahabat-sahabat boleh fikirkan, seorang yang telah berumahtangga dan seorang yang mendapat pendidikan agama tidak mampu untuk menahan ujian ini,bagaimana pulalah keadaan muslimin lain yang tidak berstatus seperti mereka berdua..???
Sememangnya benar, kalau sekadar berilmu agama tetapi tidak dihayati dan diamalkan manakan iman dan taqwa akan tersemai. Umpama air dicurah ke daun keladi. Apabila saya menyebut menghayati dan beramal dengan ilmu agama tidak bermakna hanya Solat 5 waktu,Puasa Ramadhan,Zakat dan Haji sahaja tetapi pengamalan agama dengan skop yang lebih luas. Islam agama yang lengkap dan sempurna serta inginkan kemudahan serta keselamatan untuk penganutnya tetapi jangan pula kita mempermudah-mudahkannya. Demikian juga dalam kehidupan muslim yang telahpun berumahtangga, semestinya ada nilai-nilai Islam dalam setiap urusan hidup mereka. Bukan kedua pasangan sahaja yang mendapat untung bahkan zuriat mereka. Manakala, bagi mereka yang bercita-cita melangkah ke alam baru itu semestinya bersedia dari saat ini membentuk peribadi diri agar mereka mampu membina sebuah keluarga muslim contoh.
Namun demikian, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk membentuk a'lim yang beramal dengan ilmunya dan suami isteri serta ibu bapa mithali. Tetapi bukan suatu perkara yang mustahil jika ada keazaman tinggi,kebersamaan dan kesepakatan untuk membuat perubahan. Sukar jika dilaksana sendirian. Takut-takut jatuh di pertengahan jalan tiada yang menghulur tangan memberi bantuan. Dari pembentukan a'lim yang beramal dan suami isteri serta ibu bapa mithali inilah diharap dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan tahan lasak dari godaaan jahiliyah moden kini.
Sebagai maudu' entri pada kali ini mari meneliti sebuah hadis sebagaimana disebutkan oleh Nabi s.a.w :-

المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان وأقرب ما تكون من ربها إذا هي في قعر بيتها

Ertinya : "Wanita itu adalah aurat (seluruh tubuhnya kecuali tangan dan wajah menurut jumhur ulama), dan apabila ia keluar dari rumah, maka Syaitan akan menghiaskannya (sehingga mampu menarik pandangan lelaki), dan paling hampir wanita dengan tuhannya adalah apabila ia berada di rumah" (Riwayat at-tirmidzi, no 1173, 3/476 ; Ibn Hibban, 12/413 ; Imam Tirmizi berkata : Hasan Gharib ; Syuaib Arnout : Sanadnya sohih ; Albani : Sohih )

Imam Al Hafiz Muhammad Al-Mubarakfuri menyebutkan bahawa wanita dihiasi Syaitan adalah apabila ia keluar dengan perhiasan ditayangkan (termasuk auratnya) yang sengaja untuk menarik perhatian lelaki kepadanya. (Tuhfatul ahwazi , 4/283).

Di sini link untuk sahabat-sahabat melihat dan mengamati perbincangan sepertimana yang saya sebutkan di atas:


11 Januari 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Assalamualaikum w.b.t. pembuka tulisan...
Mungkin tidak terlewat untuk saya ucapankan selamat menghayati Maal Hijrah sempena peristiwa bersejarah yang telah berlalu 1429 tahun lalu....
Apa azam diri untuk tahun baru ini??...berhijrah??..ke mana??..
Apapun hayatilah......sambil melangkah dengan semangat untuk pergi berhijrah....
TeRimAlaH...




# Maaf tak letak entry ape pun...EXAM