22 Januari 2011

Blogger, Facebook dsb: Peringatan Tok Guru

Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.

Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)

Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”

Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).

Firman Allah (al-Quran surah al-Mulk ayat 2)

Bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.

Namun berapa ramai kalangan kita mengingati, bahawa kehidupan ini dan kematian kelak sebagai ujian yang perlu kita lulus sebelum kita berdepan dengan Allah di akhirat? Persoalan ini adalah asas kehidupan manusia. Ia perlu dijadikan prinsip kita sepanjang hidup di dunia ini. Walaupun kita sekarang berdepan dengan segala macam perkembangan baru, termasuk bidang kemajuan maklumat seperti yang kita alami sekarang. Hakikat inilah, dunia blog dan facebook atau apa-apa nama lagi yang menjadi landasan penyebaran maklumat alam siber, kita harus serasikan dengan prinsip hidup berteraskan kehendak Allah.

Oleh kerana itu, tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt.

Suatu peringatan

Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”

Justeru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7)

Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”

Ini suatu tuntutan untuk kita semua, atas tujuan kita dijadikan Allah sebagai penyampai dakwah Islamiah, maka harapan saya berpeganglah kepada amanah Allah agar kita semua ini, blogger dan facebooker dapat berkerjasama menyebar Islam demi kebaikan ummah.

Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
10 Safar 1432 H | 15 Januari 2011 .

Rujukan: Blog Tok Guru Nik Aziz

19 Januari 2011

Ekonomi: Kembali kepada Islam


"And if only the people of the cities had believed and feared Allah , We would have opened upon them blessings from the heaven and the earth; but they denied [the messengers], so We seized them for what they were earning."

" Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." ( Surah Al-A'raf: 96 )

Kemiskinan, kesusahan dan penderitaan yang dialami umat dunia terutama di negara-negara umat Islam kian membarah. Isu panas, seorang pemuda mahasiswa yang membakar diri di Tunisia lantaran dihalang keras oleh polis kerana menjual tanpa kebenaran telah mencetus kesedaran di kalangan rakyat. Mereka bangkit menumbangkan kezaliman kerajaan yang telah memerintah selama 23 tahun. Bahkan menurut laporan beberapa akhbar perkara yang hampir sama turut berlaku di Mesir, Algeria dan Mauritania.

Di negara kita Malaysia, kenaikan harga petrol, dan terbaru harga bawang dan minyak masak kian meningkat. Menambah beban penderitaan rakyat yang sudah sedia ada dalam kesusahan.

Bagaimanapun, sejauh mana kefahaman dan kesedaran tentang masalah ekonomi negara dan politik di kalangan kita mahasiswa? Masih ada yang ingin melancong? Ingin pulang ke Malaysia dua ke tiga kali setahun?

Bacaan tambahan:

18 Januari 2011

Bila posting... Ke mana sasaran anda?


BLOGGERS - ELAK 'POSTING' YANG MERUGIKAN
12 Safar 1432 H | 17 Januari 2011

“Kita kena ingat bahawa kita menentang dasar bukannya peribadi. Jadi adalah lebih baik dalam tulisan masing-msing kita fokuskan kepada dasar dan tawaran PR daripada lebih menumpukan serangan kepada individu. Umpamanya kita perluaskan la gi tawaran ‘100 hari’ Pakatan supaya lebih menyeluruh perbincangan rakyat.

“Serangan peribadi kepada individu tertentu tanpa usul periksa kebenarannya boleh menjerumuskan kepada fitnah, tuduhan qazaf dan kekeliruan sehingga berpanjangan walaupun akhirnya cuba diperbetulkan,” tegasnya.

Sebagai contoh pertemuan Mursyidul Am PAS dengan Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri di Istana Negara baru-baru ini. Seorang blogger telah menulis seorang pemimpin PAS yang lain turut bersama walhal pemimpin berkenaan tidak pergi. Setelah terbukti blogger tersebut bersalah, beliau memohon maaf dalam blognya namun tulisannya yang tidak benar dipetik oleh blogger-blogger lain sebelum itu telah pun tersebar.

“Berhati-hati dalam menyampai dan memanjangkan maklumat supaya berita yang tersebar tidak menjadi fitnah berpanjangan. Jangan hanya mahu menjadi kita orang pertama tahu, kita lupa bahawa tulisan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dan begitulah sebaliknya.”

[Sinopsis ucapan perasmian di Himpunan Dunia Media Baru, Temerloh - 15/01/2011]


Tambahan: Muslim Blogger

4 Januari 2011

Berjiwa besar

Biar berjiwa besar dalam perjuangan, jangan berjiwang lebih, kata seorang sahabat.
Mungkin contoh ini dapat kita nilaikan.

KJ : Sertai saya dan DPP untuk terus berjuang

1. Saya terbaca kenyataan Yb. Sdr Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang menyatakan hasrat untuk berehat dan berundur dari pentas politik negara serta tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang. Sebelumnya saya terbaca dari laman twitter beliau yang menyatakan hasrat serupa.

2. Saya terlebih dahulu menghormati hasrat peribadi beliau yang saya kira sebagai satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau .

3. UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Yb Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO sebaliknya mengambil Yb Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO ke jawatan Timbalan Menteri. Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Yb Khairy Jamaludin .

4. Yb. Khairy Jamaludin mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Yb Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun .

5. Apa yang boleh saya katakan kepada beliau ialah , " Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam dan mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita ".

6. Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh.

7. Jika Yb Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman UMNO yang beliau hadapi . Sedang jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya. Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Yb Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar , pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

8. Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Yb Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar.

Sumber: Us Din
-------------------------------------------------
Sahabat2, terjadikah kita bertemu mata dengan mereka untuk bekerjasama menyelesaikan masalah di sini yang kian disunyikan?
Aku pegang cadangan antum di malam itu. Kita laksanakan selepas exam ini...

1 Januari 2011

Bersatu @ Berpecah

PMRAM Kecewa Dengan Isu Yang Menimpa BKAN Melaka

KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan anya sekadar berlegar dikalangan maasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.
Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.

"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.
Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.

Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.
Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.

------------------
-Sikap memecah-belah adalah sikap penjajah. Lupakah kita kepada rentetan kejatuhan khilafah Islamiyah dan sejarah penjajahan British-Belanda ke atas rantau Nusantara Melayu?
-Islam datang menyatukan kabilah-kabilah Arab sehinggalah kepada seluruh bangsa di dunia ketika 2/3 dunia di bawah pentadbiran Islam.
-Islam mengajak kepada kesatuan, perpecahan dianjur selainnya.