20 Jun 2011

Karikatur Utusan Malaysia Persenda Islam

Krew Komik Al-Fityan PMRAM mengecam sekeras-kerasnya tindakan kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia dengan penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.

Penyiaran karikatur tersebut mencemarkan dunia lukisan karikatur tanah air sekaligus membuatkan masyarakat akan memandang rendah terhadap bidang lukisan itu sendiri.

Dalam karikatur tersebut, memberi gambaran dengan mempersendakan hukum jenayah dalam Islam.

Krew Komik Al-Fityan PMRAM berharap agar isu ini tidak dipandang enteng bahkan perlu dipertimbangkan tindakan sewajarnya.

Sesungguhnya penghinaan kepada Islam melalui penulisan atau lukisan dan seumpamanya memberikan fahaman yang salah kepada masyarakat apatah lagi melalui akhbar harian tempatan .

Hakikatnya tingkah laku biadab  ini akan mencemarkan lapangan arena dunia lukisan tempatan yang kini semakin diterima masyarakat umum.

---------------------------------------------
 
Adakah Malaysia ingin melahirkan karikatur-karikatur menghina Islam dan memecah kesatuan umat Islam serta merosak fahaman mereka kepada agama itu? Adakah negara umat Islam ini menuju contoh akhbar negara Eropah dan Denmark?

Ulasan PUM ,lagi ulasan seorang blogger - Ammar, lagi di MStar ........