29 Disember 2012

Ilmu Kalam

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dua hari lepas- Khamis, saya bersama kawan-kawan selesai berdiskusi sebuah kitab dari Kuliah Usuluddin yang bertajuk al-Ilahiyat. Kitab ini membawa perbincangan berkaitan ilmu kalam. Agak sukar dan pening juga isi-isi yang terkandung dalam kitab tersebut. Dan kadangkala tidak tahu pula apa yang ingin penulis maksudkan. Dengan itu, cuba juga merujuk melalui internet pada tajuk-tajuk berkaitan yang susah difahami. Mana yang tidak jumpa kami tangguhkan dahulu. InsyaAllah jika berkesempatan boleh merujuk kepada yang lebih arif.

Jika zaman mengaji di sekolah rendah dan maahad dahulu, saya hanya tahu nama ilmu aqidah dan ilmu tauhid sahaja apabila pengajian berkitar tentang 20 sifat bagi Allah Taala, perkara-perkara ghaib, sifat-sifat bagi para Rasul dan seumpamanya. Namun apabila menerima ilmu di Universiti Al-Azhar ini, nama-nama bagi ilmu aqidah ini pelbagai, antaranya ilmu kalam, ilmu feqh al-akbar, ilmu asma' wal sifat dsb. Bahkan perbincangan berkenaan ilmu aqidah ini amat luas hingga merangkumi sejarah ilmu itu sendiri dan ilmu menolak hujah-hujah golongan batil ( samada musyrik, kafir, munafiq atau jahil ).

Menurut Ibnu Khaldun, ilmu kalam adalah ilmu yang memuatkan beberapa alasan untuk mempertahankan keimanan agama Islam dengan menggunakan dalil-dalil aqli (pikiran), serta memuatkan pula bantahan terhadap orang yang mengingkarinya dan berbeza pandangan dengan pemahaman salaf dan ahli sunnah.

Ilmu kalam disebut juga ilmu tauhid karena pokok pembahasannya dititikberatkan kepada keesaan Allah, baik Zat-Nya maupun perbuatan-Nya. Selain itu, ilmu kalam disebut juga ilmu ushuluddin karena pokok bahasannya meliputi persoalan-persoalan mendasar di dalam agama. Ada juga yang menyebut ilmu kalam sebagai ilmu aqidah karena banyak membicarakan persoalan-persoalan kepercayaan (aqidah) dan dasar-dasar ajaran agama.

Ahli ilmu kalam disebut mutakallimin.


Moga Allah Taala memberkati ilmu kami dan dapat memanfaatkannya untuk diri serta umat.

7 ulasan:

  1. sy ni bukanlah org yg tinggi ilmu nya...dan juga tak b'peluang nak menjejakkan kaki ke bumi anbia..huhu...tp sy teringin juga tahu..ape kandungan buku itu..

    sy xfaham part yg ni
    Menurut Ibnu Khaldun, ilmu kalam adalah ilmu yang memuatkan beberapa alasan untuk mempertahankan keimanan agama Islam dengan menggunakan dalil-dalil aqli (pikiran), serta memuatkan pula bantahan terhadap orang yang mengingkarinya dan berbeza pandangan dengan pemahaman salaf dan ahli sunnah.

    ilmu kalam ni berkaitan al quran atau pandangan para2 ulama..maaf la..sy agak kurag jelas..atau anda boleh bg sinopsis yg terkandung dlm buku al-ilahiyat tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo.. itu maksud ilmu kalam pada pandangan Ibnu Khaldun. Beliau kata, ilmu ini kita akan dapat ilmu yg lebih yakin terhadap aqidah ISlam, dan dapat mempertahan keimanan kita melalui hujah2 fikiran/logik. Dan juga ilmu ini dapat membalas hujah2 golongan batil yg nak meragukan iman kita.

      Ilmu Kalam ini adalah ilmu tauhid juga, cuma lebih menjurus kepada mantiq (guna hujah akal) dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis untk pertahan aqidah Islam

      Padam
    2. oh...ok..terima kasih...baru sy faham..buku ni ade jual di malaysia atau di luar negara je??

      Padam
    3. buku al-Ilahiyat tu adlh buku kuliah Universiti al-Azhar yg dikarang oleh pensyarah... mcm berminat? tp dalam bahasa arab

      Padam
    4. ohh..ingat kan ade di jual kat sini...dlm bahasa arab?? huhu...sy kalau basic bolehlah...tp kalau dah satu buku tuh rasa nya memang tahap buta huruf jadinya...dlm bahasa lain xde ke?? teringin nak membaca je...huhu

      Padam
    5. Yup, dlm bahasa Arab.kalu dalam bahasa lain x pasti pulak. Biasa nye klu d Malaysia buku2 ilmu tauhid ni yg asas je

      Padam
    6. ok...xpela..nak buat macam mana...tapi terima kasih banyak..nice sharing =)

      Padam

Salam persaudaraan, mencari kebenaran...