Idris Hj Ahmad
4/1/13
Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO. Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi. Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti telah diambil untuk menjadi benteng pertahanan Umno. Walau pun isu ini sudah berlalu lebih 31 tahun sejak 7 April 1981. Tindakan Jakim dan ulamak pengampu yang tumpang sekaki telah tercalar. Apa tidaknya isu yang sudah berlalu lebih 31 tahun baru disedari tentang bahayanya. Masyarakat melihat betapa lembabnya institusi ini, seolah-olah menjadi talian hayat untuk Umno.
Kesediaan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk bersemuka dengan semua pihak yang dilantik oleh kerajaan menunjukkan kewibawaan beliau seorang ulamak yang bertanggungjawab atas apa yang berliau nyatakan. Sebaliknya penolakan pihak kerajaan untuk membenarkan Presiden Pas untuk menjelaskan selama sejam di dalam televisyen secara langsung menampakkan sikap pengecut pihak kerajaan. Tuan Guru Haji Hadi meminta sejam sahaja, selebihnya pihak kerajaan boleh membalas kembali hingga kiamat.
Pemimpin Umno takut hujah yang dikemukan oleh Presiden Pas akan mempengaruhi orang ramai dan merbahaya, ini diakui sendiri oleh Khairi Jamaludin Ketua Pemuda Umno. Umno bimbang orang akan meninggalkan Umno dan menyertai perjuangan Pas.
Sumber: Ustaz Idris Hj. Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...