Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Beberapa hari sebelum kemasukkan bulan Rabi'ul Awwal saya bersama seorang sahabat bercita-cita untuk menterjemah sebuah buku dan boleh dikongsikan dengan masyarakat Malaysia hasil terjemahan itu. Lalu beliau mengunjukkan saya sebuah buku berbahasa Arab bertajuk 10 Karektor Guru Pada Diri Nabi S.A.W. Sebuah buku yang bermuka surat 100 muka lebih agak sukar juga untuk menterjemahnya. Apatah lagi bila dilanda angin kemalasan. Acuh tak acuh langsung saya bersetuju dan menerima buku tersebut.
Saya membiarkan 2-3 hari tanpa menyentuh buku itu dan hanya sekadar melihat tajuk-tajuk utamanya. Amat bermanfaat tapi masih belum ada minat yang tinggi untuk menterjemahnya. Kemudian, apabila rasa boring dan tiada apa2 aktiviti saya mula membelek buku tersebut dan mula berazam untuk mula menterjemah. Saya membaca dahulu sepintas lalu walau kedapatan ayat-ayat yang tiak difahami. Cuma mengharap dapat mengetahui secara kasar apa intipati yang ingin diketengahkan dalam buku itu. Maka saya dapatlah gambarkan bahawa buku itu ingin mejelaskan ciri-ciri seorang guru dan pendidik melalui qudwah dan uswah Rasulullah SAW yang amat perlu dipraktikkan oleh para guru muslim khususnya dan umat Islam umum. Apatah lagi bagi seorang pendakwah Islam.
Melihat kepada buku ini, betapa halus dan mulianya sifat Rasulullah SAW walau hanya pandangan melalui sifat beliau sebagai seorang guru yang mendidik para sahabat hingga ke akhir hayat Baginda SAW. Bagaimana pula sifat dan akhlak Baginda SAW sebagai seorang suami, bapa, kawan, pemimpin dan sebagainya. Padanlah kesan pengajaran Baginda SAW melekat kuat pada diri para sahabat r.a. dan kehidupan mereka sehingga berat untuk mereka menerima kewafatan Rasulullah SAW.
Berkebetulan pula kami berusaha menterjemahkan buku yang amat bermanfaat ini pada bulan yang mulia- Rabi'ul Awwal. Mudah-mudahan Allah Taala ikhlaskan niat kami dan redhai usaha kami ini. Doakan amal ini bermanfaat untuk umat khususnya di tanahair- Malaysia.
Assalamuàlaikum.
BalasPadamwa 'alaikumussasalam
BalasPadam