Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Isu semasa di tanahair- Malaysia semakin panas apabila pelbagai skandal dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pemerintah timbul satu persatu dari dasar lautan dalam, sebagai tempat khazanah rahsia mereka. Sudah pasti terdapat beberapa individu yang tidak senang dengan kerakusan orang atasan yang mengaut keuntungan untuk kepentingan diri dan kroni sahaja. Dalam masa yang sama menindas rakyat dan orang bawahan secara tersembunyi atau lebih angkuh secara terang-terangan. Oleh kerana tidak tahan dengan korupsi dan kuku besi pihak atasan dan pemerintah maka tampillah individu2 yang berani menzahirkan bukti, dalil, saksi, saman dan sebagainya untuk menuntut hak dan menjatuhkan kezaliman. Harapnya mereka ikhlas untuk rakyat dan menegakkan keadilan.
Inilah politik dunia, di mana2 kebanyakkan negara. Dan lebih malang ianya berlaku di kebanyakan negara2 yang diperintah oleh seorang yang bergelar 'muslim'. Pelbagai isu dan kes berlaku di negara2 terbabit adalah mirip dan hampi2 serupa, contohnya kes royalti minyak dan kemiskinan rakyat di pantai timur- Terengganu dan Kelantan adalah sama apa yang berlaku dengan saudara kita di Ahwaz, Iran.
Dan jenayah yang lebih besar lagi apabila isu aqidah dipermainkan untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Apakah tergamak kita permainkan kalimah 'Allah' dan kafir-mengkafir di kalangan umat Islam untuk pertahankan kuasa? Sudahlah begitu, dipalitkan pula isu-isu tersebut kepada pihak lawan mereka dikalangan pembangkang terutama +Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kononnya untuk menjatuhkan kredibiliti dan kewibawaan pemimpin dan parti itu.
Orang yang jelas bersalah, takkan beradu di gelanggang keadilan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...