23 Januari 2013

Majalah Al-Azhar

Assaalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Majalah al-Azhar adalah sebuah majalah yang telah dikeluarkan oleh Universiti Al-Azhar As-Syarif, Mesir. Majalah yang dikeluarkan secara bulanan mengikut bulan-bulan Islam. Majalah ini juga telah diterbitkan sejak bulan Muharram 1349 Hijrah bersamaan tahun 1931 Masihi dengan namanya ketika itu 'Nur Islam'.

Majalah tersebut berisi pelbagai ilmu pengetahuan antaranya berkaitan Tafsir Al-Quran Al-Karim, Sunnah Nabawiyah, Sains, berita-berita dunia Islam, dakwah dsb. Beberapa topik berkaitan ummat Islam dan isu semasa juga disentuh menurut pandangan kacamata Islam. 

Penulis-penulis di dalam majalah ini terdiri daripada profesar-profesar dari Universiti Al-Azhar dan beberapa universiti dari seluruh Mesir.

Apa yang paling istimewa ialah harganya yang hanya RM 1.00 dengan kulit yang agak keras dan ilmiah yang penuh terisi di dalamnya. Lagi pula setahun kebelakangan ini design nya juga sudah berwajah baru bertepatan dengan suasana Mesir yang baru.

Semoga majalah Al-Azhar terus berkembang dan berkualiti untuk memimpin ummat.