Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Melihat sahabat-sahabat blogger masih menulis di lembaran maya ini (blog) terasa semangat pula untuk terus menulis, walaupun umum tahu bahawa blog sudah kurang dilayari oleh masyarakat kini. Melainkan blog dan web yang sudah terkenal dan sentiasa update and up to date, yang kadangkala dalam sehari dua ke tiga isi dimuatkan dalam laman mereka. Apatah lagi jika isi-isinya panas dan menarik, pasti menjadi tumpuan pelawat.
Laman-laman sosial lain seperti facebook dan twitter telah mengganti tempat berbanding blog dan website di hati masyarakat kini, terutama di kalangan muda-mudi. Manakan tidak ia lebih ringan, mudah dan ringkas serta punyai pelbagai aktiviti.
Namun blog dan website masih menjadi minat bagi kalangan masyarakat yang suka menulis dan membaca!
Lebih kurang 2 minggu lagi cuti sekolah akan tamat. Bermulalah sesi persekolahan tahun 2014 yang akan membawa matlamat dan harapan baru bagi sesebuah sekolah. Bahagian pentadbiran sekolah, guru-guru, ibubapa dan pelajar-pelajar akan sibuk membuat persiapan untuk meneruskan agenda ilmu bagi sesi baru. Selain ibubapa yang pening kepala menguruskan persekolahan anak-anak, guru-guru dan bahagian pentadbiran sekolah turut merasainya. Terutama bagi sebuah sekolah agama swasta yang hanya bergantung kewangan kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. Lebih-lebih lagi sekolah yang bercita-cita melahirkan generasi pimpinan mukmin.
Semasa mengikuti sebuah kursus baru-baru ini, banyak ilmu yang penulis perolehi berkaitan cara penyampaian ilmu kepada murid dan cara take care mereka. Penyampaian ilmu kepada murid yang bijak, kurang pandai dan lemah. Cara mendekati dan mendidik murid bermasalah dan hyper active. Alhamdulillah banyak yang kami perolehi hanya tinggal untuk dipraktik melalui peranan masing-masing.
Menjadi pendidik untuk membentuk generasi pimpinan mukmin pada masa hadapan para pendidik perlu membina niat ikhlas, minat, azam, kesungguhan, kesabaran.... Peserta turut dimotivasi sebelum kami memotivasikan murud-murid nanti. Kedapatan pendidik yang luntur semangat dalam pendidikan terutama menghadapi karenah pelajar kelas akhir. Penulis orang baru dalam bidang ini mungkin tidak sepengalaman mereka. Mudah-mudahan dengan motivasi yang kami dapat akan menambah semangat juang untuk membina generasi mendatang.
Antara kateria pendidik yang menarik perhatian penulis adalah minat membaca! Maka teringatlah penulis akan ucapan al-marhum guru penulis dahulu "ustaz juga sekarang sedang belajar macam kamu". Beliau merujuk kepada diri beliau bahawa sedang belajar untuk mengajar! Sedangkan beliau sudah puluhan tahun mengajar di maahad. Dari sini menjelaskan bahawa seorang pendidik juga sedang belajar.
Umumnya, semua manusia perlu sedar bahawa mereka sedang belajar. Dan belajar itu hingga sampai masa kembali kepada Tuhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...