16 Februari 2010

Blogger – Penuntut Ilmu


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. (Surah Yasin ayat 65)

Kita bicara lagi berkenaan web blog. Ini kerana peranannya yang cukup memberahikan bagi kalangan penggemar penulisan; ahli perniagaan, ahli politik, pendakwah, pelajar, pendidik, pelawak, artis dan pelbagai lagi lapisan masyarakat. Tidak ketinggalan bagi mereka yang menjadikan web blog sebagai kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan dan menulis untuk ‘suka-suka’.

Namun demikian, dengan lambakan web blog sehingga kian sukar mendapatkan nama untuk url-nya, apa peranan kita sebagai penuntut ilmu Islam dalam mengharungi dan menyaingi laman-laman blog thaghut dan lagho? Adakahkah wajar kita berperanan seperti lapisan masyarakat lain? Jika bukan kita yang beperanan untuk menjelaskan keindahan Islam ini, kepada siapa lagi yang ingin kita harapkan?


Seharusnya kita sebagai penuntut ilmu Islam merasa terpanggil untuk melebarkan sayap dakwah. Apatah lagi dengan kemudahan yang ada kini; mudah, pelbagai, cepat, walau belum pasti tepat. Tidaklah hanya bercerita hal peribadi semata-mata, kisah-kisah lagho sahaja, perniagaan, pengiklanan semata, jiwang, ulasan-ulasan/sinopsis movie dan artis , bahasa emosi yang tidak menepati syariat dan sebagainya.
Alangkah baik dan besar faedahnya, sebagai penuntut ilmu Islam jika pelbagai isi ilmiah dan pembelajaran dapat kita isikan dalam web blog masing-masing. Antaranya hukum-hakam syariat, Al-Quran, Al-Hadis, teori tarbiyah, saranan & motivasi, pengenalan Islam yang syumul, perbandingan agama dan sebagainya. Apatah lagi Islam amat kaya dengan sumber ilmiah samada duniawi dan ukhrawi. Kejayaan barat pada hari ini adalah sebahagian besarnya diciplak dari ilmu-ilmu Islam di zaman kegemilangannya.
Tidak cukup dengan itu, penyampaian ilmu dan penulisan kita juga boleh dipelbagaikan pada sudut bahasa. Menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu suatu kepastian.. Namun kelebihan yang ada pada diri masing-masing, maka tampilkanlah Bahasa Arab, Inggeris, Mandarin, Tamil, Perancis dan sebagainya dengan kemampuan tersendiri. Dengan itu, web-web blog tersebut dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan muslim atau non-muslim.

Dengan pembaharuan yang semakin kehadapan ini, kita mungkin dapat menghalakan salah satu jalur globalisasi ke arah yang menguntungkan Islam dan menyemarakkan dakwah Islamiah. Pertarungan sekarang ialah bagaimana kita boleh memenuhkan sebanyak mungkin ruang siber dengan bahan-bahan yang berguna, mulia dan memenuhinya dengan kebaikan demi membangun jati diri umat dan memperkasa syahksiah Islamiah bahkan manusia seluruhnya agar mereka tidak tenggelam dan hanyut dalam arus pemodenan negatif serta globalisasi yang tidak menguntungkan diri, umat dan negara.


Walaupun begitu blog itu adalah hak milik peribadi anda. Penulis hanya mengutarakan pandangan dan pendapat supaya kita dapat melebarkan sayap dakwah Islamiah kepada setiap pelayar internet.

1 ulasan:

  1. w'salam ustaz!
    ya,namanya ditulis baru muncul..apa khabar Mesir ustaz?afwan,emansipasi kurang bahan ilmiah..lebih bersifat peribadi & untuk yg dekat2..terima kasih sebab ustaz masih sudi ke sini..

    -pun begitu penting juga tau kata2 si pemuitis sbb...-

    sempurnakanlah bait-bait kata ustaz itu,meninggalkan persoalan yang membuatkan hati sy tertanya-tanya akan kesinambungannya ayat-ayat seterusnya:)

    mohon didoakn ustaz,final exam bakal menjelang..moga-moga berkat bumi anbiya',Tuhan kabulkan:)

    terima kasih,salam...

    BalasPadam

Salam persaudaraan, mencari kebenaran...