20 Mac 2013

Dewan Persada Jazirah Al-Ward

Assalamualaikum wb.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Beberapa minggu yang lalu Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah dikejutkan dengan berita bahawa dewan tempat beraktiviti para pelajar  di sini telah dijual oleh tuan bangunan tersebut. Bahkan satu bangunan itu turut dijual bersama. Sekitar awal tahun 2000 lagi dewan tempat berhimpun para pelajar di Mansurah ini telahpun wujud dan kini terpaksa berpindah. Namun saya masih mencari maklumat tepat bilakah dewan tersebut mula dibuka.

Dewan yang diberi nama Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) telah menjadi tempat untuk siswa dan siswi berkumpul mengadakan pelbagai aktiviti ruhiyyah,  ilmiah dan amaliah termasuk sukan seperti ping-pong, catur dsb. Nama tersebut diambil sempena nama julukan bagi bumi Mansurah, ibu negeri Daqohliyah. Di DPJA jugalah kami para pelajar mengenali dengan lebih mendalam sebuah persatuan besar yang menaungi para pelajar Malaysia di Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Sehinggalah kini, sebahagian kami menyambung mata rantai generasi terdahulu menjadi pembantu menggerakkan persatuan ini. Lebih menarik dewan tersebut pernah menjadi tapak bazaria oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan tapak gerai di luar kawasan yang dimiliki pelajar. 

Alhamdulillah, minggu lepas dewan baru telah dijumpai dan barang-barang telah dipindahkan ke sana. Dewan baru masih dalam proses baikpulih. Semoga PMRAM Cawangan Mansurah terus bergerak walau pelbagai cabaran dihadapi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam persaudaraan, mencari kebenaran...