8 April 2009

Manisnya IMAN


Manis iman bukan seperti gula-gula atau manisan. Manis iman bukan seperti ais kacang atau air tebu. Kerana manis iman bukan dirasai oleh anggota zahir tetapi roh. Kerana manis makanan dan minuman kita suka, gembira dan ketawa. Tetapi manis iman......

Apa perasaan kita apabila berdiri tegak menghadap Allah Taala?
Apa rasa kita apabila rukuk, sujud di hadapan Allah Yang Maha Agung?
Apa respon kita apabila mengungkap di bibir dan meneliti di aqal satu persatu surah Al-Fatihah?

Bagaimana kita membaca al-Quran?
Tahukah kita makna dan maksud apa yang sedang kita bacakan?

Apa perasaan kita apabila membaca atau diceritakan sirah Rasulullah s.a.w. kepada kita?
Tika baginda ditimpa penghinaan, kesusahan, fitnah, celaan ?
Tika senda gurau baginda s.a.w. dengan keluarga dan para sahabat ?

Hanya mereka yang benar-benar memahami dan menghayati sahaja dapat membayangi apa yang mereka sedang lakukan (baca, dengar, tadabbur, fikir, yakini, amal, sampaikan).
Dari situlah akan timbul rasa manisnya iman. Walau kadangkala rasanya sering bertukar-tukar - pahit, masin, kelat, masam, tawar. Tatkala hilang manis itu sukar sungguh mencarinya semula. Terpaksa berperang. Terpaksa berdiam. Terpaksa menyendiri seketika. Kerana rasa manisnya iman itu lazat.

Macam mana rasa manis iman ??? Rasailah sendiri.....

2 ulasan:

  1. Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
    (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

    salam ziarah :)

    BalasPadam
  2. salam akhir dr bumi sh alam..
    terima kasih=)

    BalasPadam

Salam persaudaraan, mencari kebenaran...