Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tahun ini alhamdulillah, masih dapat berpuasa Ramadhan di negara Mesir. Sebuah negara yang sudah tentu berbeza cara menyambut Ramadan berbanding negara kita Malaysia; bacaan al-Quran bergema melalui corong2 pembesar suara masjid2 yang berdekatan, alunan bacaan al-Quran oleh para imam yang menyentuh hati dan menenangkan fikiran serta kedapatan beberapa buah masjid yang mengadakan qiyammullail.
Walaupun keadaan ekonomi yang masih meruncing namun masih ada jemputan2 daripada penduduk tempatan untuk menjamu juadah berbuka puasa kepada kami. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang disediakan untuk menjamu orang ramai berbuka puasa. Maka, boleh dikatakan hampir setiap hari dalam sebulan Ramadhan kami hanya menyediakan juadah sahur.
Kita sebagai mukmin selayaknya di dalam bulan yang mulia ini bukanlah berbuka, sahur atau moreh jika di Malaysia yang menjadi perbincangan dalam hidup harian kita. Tetapi amal ibadah untuk dianugerahkan sifat TAQWA yang menjadi tujuan kewajipan puasa ke atas setiap muslim mukallaf. Perlu kita memahami bahawa amal ibadah itu bukan sahaja membuat kebaikan dan kebajikan tetapi jua menentang kejahatan, kemaksiatan dan kezaliman.
Selain dari itu, bulan yang berkat ini juga mempunyai hubungan yang amat erat dengan penurunan al-Quran al-Karim yang merupakan panduan dan petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa. Sewajarnya muslim yang ingin mendapat sifat TAQWA menjadikan al-Quran al-Karim sebagai bahan bacaan utama dalam kehidupan terutama dalam bulan Ramadhan. Dan perlulah kita menafsirkan 'bacaan' itu dengan penafsiran yang luas, bukan tafsiran sempit.
"Ya Allah, selamatkanlah kami dan amal kami di bulan Ramadhan ini, bantulah kami untuk mengingatiMu, tahu bersyukur padaMU dan perbaikilah ibadah kami kepadaMu"-amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...