21 Februari 2013

Belajar menulis dengan berblog

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Penyayang

Selepas 2 - 3 tahun saya berjinak2  membina blog sendiri melalui laman blogger.com ramai kawan2 seangkatan yang sebahagiannya menurut jejak dan sebahagian lain mengetahui sendiri dari internet, lalu aktif berblog. Ketika itu juga laman sosial seperti friendster dan chatting melalui yahoo messengger menjadi tumpuan dan minat di kalangan masyarakat terutama muda-mudi. Bagaimanapun, setelah kehadiran Facebook sebagai sebuah laman sosial yang mempunyai tapak yang ringan, jaringan luas, pengunaan yang mudah dan kepelbagaian menyebabkan ia mendapat tempat di kalangan masyarakat yang bukan sahaja muda-mudi tetapi pelbagai peringkat umur. 

Dari itu, minat dan penggunaan blog di kalangan kawan2 sudah mula beransur menurun dan akhirnya ditinggalkan 'usang' dan 'bersawang'. Kini saya sudah kehilangan rakan2 kenalan yang aktif berblog. Bagaimanapun ada seorang dua yang masih berblog walaupun jarang2 sekali menulis. 

Terjumpa suatu tulisan dan pendapat dari seorang blogger tegar ini berkenaan blog dan blogger. Terima kasih.

KEKESALAN BLOGGER MALAYSIA

As-Salam. Kekesalan blogger Malaysia memang berlaku. Ia berlaku hampir sepanjang masa. Cuma mungkin anda dan HH sendiri tak berapa nak sedar, memandangkan kita tak berada di dalam keadaan serta persekitaran tersebut. Sepanjang HH berblog sejak 2008, sudah beberapa orang blogger yang merasa kesal menjadi blogger. Kesal lalu tutup blog.

Kekesalan tidak akan berlaku andai kita sesama blogger saling hormat menghormati dan saling bantu untuk menaikkan blog masing-masing. Tak rugi andai memberikan bakti ni. Cuma mungkin ada yang bernasib baik, blog mereka lebih terlebih dahulu dikenali ramai.

Kesal lalu tutup blog. Sedih. Itu hak masing-masing untuk membuat keputusan.

Memang perit dan sakit apabila terpaksa melalui saat di mana ada yang tak berapa nak menyokong minat anda dalam dunia penulisan blog ini. Namun, dalam setandan pisang tak semuanya akan busuk, dan tak semuanya akan jadi pisang yang boleh dimakan.

Kekesalan blogger Malaysia bukan berlaku tanpa sebab. Ada pemangkin yang membuatkan seseorang blogger itu tetiba merasa kesal tentang apa diceritakan menerusi blog mereka. Bagi yang tak kuat, maka jadilah blog bersawang dan usang - akhirnya semangat tiada dan tutup blog.

Buat rakan blogger semua, jangan sesal akan apa yang telah anda berikan dalam dunia blog. Mungkin ada segelintir yang tak mahu mengerti, mungkin ada sebahagian yang tak pandai nak menghargai, mungkin mereka cemburu dengan apa yang anda capai. Apapun duri yang menusuk, jadikan ia sebagai satu benda positif untuk anda terus memberikan yang terbaik untuk blog anda.

Sumber Asal: hasrulhassan

2 ulasan:

  1. betul tu..jgn hiraukan sgt orang yg memberikan impak negatif kat kita..teruskan berblog dgn positif..selagi kita dpt memberi ilmu yg baik dan bermanfaat kat orang...

    BalasPadam

Salam persaudaraan, mencari kebenaran...