Baru-baru ini saya berpeluang membaca sebuah lagi buku berkaitan ilmu Tauhid. Buku yang bertajuk Pengantar Ilmu Tauhid ini adalah buku terjemahan dari bahasa Arab yang bertajuk al-'Aqidah al-Muyassarah yang dikarang oleh as-Syeikh Dr. Mahmud Abu al-Huda Badru al-Husaini, seorang imam dan khotib masjid al-'Adilah, Halab, Syria. Buku ini diterbitkan dalam bentuk yang mudah dan ringkas dengan menggunakan uslub soalan dan jawapan bagi menerangkan ilmu tauhid khususnya 20 sifat Allah Taala ( bagaimanapun sifat Allah Taala tidak tertakluk hanya pada 20 sifat sahaja ).
Apa yang menarik buku ini membincangkan ilmu tauhid dengan membawa dua dalil/bukti. Dalil naqli (al-Quran atau Sunnah) dan dalil 'aqli (akal fikiran). Di sini kita akan lebih fokuskan berkaitan dalil aqli kerana perkara itu yang sering dibahaskan di dalam ilmu kalam. Beberapa contoh perbincangan di dalam buku tersebut yang akan saya kongsikan;
Antara sifat Allah Taala adalah al-wujud iaitu ada. Dalil naqli bagi sifat tersebut antaranya di dalam firman Allah Taala yang bermaksud: " Maka (Zat yang demikian itu) adalah Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan, maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran) ?
(Surah Yunus ayat 32).
Bagi dalil aqli pula ialah kewujudan alam ini. Aqal yang waras tidak dapat menerima adanya lakaran sesuatu tulisan tanpa ada penulis, wujudnya sebuah rumah tanpa ada yang membinanya dsb. Maka bagaimana aqal akan dapat menerima bahawa alam yang wujud sebegini teliti ciptaannya, dengan rupa bentuk kejadiannya, kehidupan atas bumi dan di luar bumi seperti alam cakerawala tidak ada penciptanya? Maka logiknya sudah tentu alam ini ada pencipta dan pengaturnya.
Di dalam perbahasan ini juga timbul persoalan, adakah alam ini bersifat baharu atau qodim (sedia ada)? Maka ulama' telah mengambil dalil melalui dalil naqli dengan mengemukan Surah al-An'am ayat 76-79 sebagai hujah. Manakala dalil aqal pula ialah berkait dengan 2 ciri iaitu 'arodh (sifat) dan zat/ jauhar ( benda ). Sifat sesuatu benda yang sentiasa berubah akan mempunyai 2 sifat berlawanan yang akan bersilih ganti. Contoh: Apabila ada pergerakan maka perlakuan diam tidak ada, jika diam atau berhenti berlaku maka pergerakan tiada. Terang cahaya muncul maka akan berlakunya gelap, apabila gelap lenyap maka muncul terang cahaya. Oleh itu, setiap sifat yang ada selepas dari tidak ada maka ia adalah baharu.
Itu adalah sifat pada sesuatu benda. Apabila kita sebut tentang sifat sudah pasti ada benda atau zatnya yang mempamerkan sifat tersebut. Mustahil kita lihat sesuatu sifat tetapi tiada zat/benda bagi sifat tersebut, begitu juga sebaliknya. Penulis buku ini menyatakan apabila sifat itu baharu maka zat/benda yang sifat itu menempel padanya juga baharu. Sebabnya adalah zat/benda tidak boleh dipisahkan dengan sifat. Kisah Nabi Allah Ibrahim a.s. seperti pada ayat Al-Quran di atas telah menjelaskan bahawa bintang-bintang cakerawala yang kaumnya sembah adalah makhluk yang bersifat baharu kerana sentiasa berubah. Oleh itu, zat sedemikian tidak layak menjadi tuhan. Maha Suci Allah Taala dari segala perkara yang tidak layak bagiNya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...