Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Apa khabar semua pengunjung blog MUJAHID ? Terima kasih kerana masih sudi bertamu ke sini walau rumah ini sering tidak berisi dan bersawang. Kesukaran untuk menggunakan internet di bumi tumpah darah ini menyebabkan penulis susah mendapat peluang menulis di sini. Tiga bulan tanpa coretan di sini seolah-olah sudah nazak untuk berblog. Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk menulis sedikit di blog ini dalam keadaan ruang masa yang singkat ini.
Sejak beberapa hari ini, Mesir, negara kedua ku bergolak lagi dengan isu 'ketidak percayaan' sebahagian kecil rakyat kepada Presidennya- Dr. Muhammad Mursi. Kini Dr. Muhammad Mursi telah dirampas tugas beliau selaku Presiden dan dikawal oleh pihak tentera dengan melantik Presiden sementara yang lain. Kebanyakkan rakyat dari kalangan penyokong Dr. Mursi dan penentang beliau turun ke jalan-jalan dan beberapa lokasi tertentu berdemontrasi. Beratus orang dari kalangan penyokong Dr. Mursi yang cedera dalam beberapa siri pertembungan dengan golongan pemberontak. Demikian kerana pihak pemberontak menggunakan senjata seperti kayu, parang, pistol.
Ramai facebooker yang berpendapat bahawa apa yang berlaku di bumi Mesir ini bukannya pertembungan antara penyokong Mursi dan penentang beliau yang tidak menyukai beliau bahkan lebih dari itu ialah pertembungan di antara Islam dan kuffar (Amerika, Israel, pendokong sekular dsb.). Ini kerana tiada suatu alasan yang munasabah untuk menjatuhkan kerajaan Mesir di bawah pimpinan Dr. Mursi. Apatah lagi beliau baru mentadbir negara itu selama setahun bagi membangunkan bumi Mesir dan rakyatnya. Dan kini semakin jelas apabila polis dan tentera menangkap beberapa pimpinan jamaah Islam seperti dari Ikhwanul Muslimin.
Semoga Allah merahmati dan menolong mereka yang berjuang mempertahankan keadilan dan kebenaran. Semoga Allah Taala mengamankan bumi Mesir dan rakyatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...