Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Agak terkejut juga saya bila ada seorang kawan (mahasiswa di sini juga) mengatakan bahawa "semua politik sama je.." dengan nada sinis, apabila terbaca 'Freedom And Justice Party'. Seolah-olah semua politik kotor dan rosak begitu juga dengan parti-parti berpolitik. Lupakah kita pada Siasah Syar'iyah Islamiyah ?
---------------
Muqaddimah
Perkara siasah syar'iyyah yang
berbangkit daripada kewajipan khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah
Taala kepada manusia di atas muka bumi. Ia merupakan bidang yang sangat
penting dan dilupakan oleh orang Islam di zaman mutakhir ini akibat
malapetaka pemikiran serangan musuh-musuh Islam ke atas umat Islam.
Catatan ini saya bangkitkan sebagai memperkenalkan fiqh As-siasah As-syar'iyyah secara ringkas kerana الحكم على الشىء فرع عن تصوره
Pengertian Fiqh As-Siasah As-Syar'iyyah
Fiqh bermakna الفهم ( memahami ) dan العلم ( mengetahui ) .
Firman Allah Taala :
"لا يكادون يفقهون حديثا - اى لا يفقهون"
"لا يكادون يفقهون حديثا - اى لا يفقهون"
Manakala السياسه berasal dari perkataan: ساس يسوس سياسة bermaksud mentadbir sesuatu urusan dengan perkara yang memberi maslahah.
Di dalam hadis : "كان بنى اسرائيل تسوسهم ابنائهم"
Perkataan siasah menurut pandangan ulama' silam, merujuk kepada dua makna, umum dan khusus.
Maknanya yang umum adalah mentadbir
urusan manusia berhubung hal keduniaan mereka dengan syariat agama.
Justeru mereka menakrifkan khilafah :
نيابه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى حراسة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya: menggalang ganti dari Rasulullah dalam menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengannya (agama).
Adapun makna-makna yang khusus adalah
pandangan-pandangan imam atau hukum-hukum dan peraturan yang dikeluarkan
oleh imam sebagai mencegah dari berlakunya kerosakkan atau untuk
menghindari dari wujudnya suasana yang rosak.
Mafhum siasah syar'iyyah yang dikehendaki adalah siasah yang ditegakkan di atas dasar syarak.
Berkata ulama' Syafie: لا سياسة الا ما وقف الشرع
As-siasah As-syar'iyyah : antara usul dan furu'
Sebahagian dari hukum siasah syar'iyyah
berpindah daripada kitab-kitab furu' ke kitab- kitab usul iaitu
Usuluddin. Kitab-kitab aqidah atau tauhid membahaskan maudu' imamah atau
khalifah. Syiah Imamiah menganggap permasalahan imamah (pemerintahan/kepimpinan) adalah daripada
usuluddin dan sebahagian dari aqidah di sisi mereka sehingga menyebabkan
ulama' Ahli Sunnah membincangkanya dalam kitab-kitab aqidah mereka
walaupun ianya di sisi Ahli Sunnah termasuk dalam perkara furu' kerana
ia bersangkut dengan amal perbuatan bukannya dengan aqidah.
Namun ianya tidak boleh dijadikan hujah
untuk mempermudahkan dalam perkara ini kerana Islam bukan terdiri
daripada aqidah semata-mata tetapi juga melibatkan amal. Solat dan zakat
umpamanya perkara furu' bukan usul tetapi sesiapa yang mengingkari
kewajipannya atau mempermudahkannya boleh menjadikan ia kafir. Begitu
juga dengan imamah atau berhukum dengan hukum Allah daripada perkara
furu' tetapi iktiqad wajib mengimaminya adalah perkara usul dan termasuk
dalam soal keimanan.
(sambungan boleh rujuk pada sumber di bawah)
Sumber: DUPP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...