Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana tahun ini diberi kesempatan untuk ke pameran buku antarabangsa di Kaherah, Mesir semalam. Seingatnya sudah 3 kali ( 3 tahun ) tidak pergi ke pameran tersebut. Manakala, pada tahun lepas, pameran tidak dapat diadakan kerana bertembung dengan thaurah 25 Januari.
Hampir seharian kami bersama kawan-kawan berada di sana tetapi saya masih tidak dapat menghabiskan melawat ke semua tapak pameran. Sedangkan rakan yang lain sempat masuk ke semua ruang pameran.
Alhamdulillah, hanya beberapa buku kecil yang dapat dibeli namun tajuk-tajuknya amat menarik dan penting untuk saya 'santap' bagi minda yang kelaparan. Mudah-mudahan banyak manfaat yang diperolehi dan diberkati.