Inilah tuntutan iman. Kerana tuntutan iman inilah umat Islam
berkesinambungan selama 13 kurun tanpa mengenal satu peraturan (syariat) selain
peraturan Tuhannya. Al-Quran adalah perlembagaannya. Syariat Islam adalah
undang-undang yang dia berhukum dan mengguna pakainya. Dan dengan undang-undang
itu juga umat Islam berlindung di dalam keadilan berfatwa dan penghakiman serta
pada semua urusan. Walaupun di sana ada pengurangan mahupun penyelewengan. Di
sana juga ada kesalahfahaman pada syariat Islam dan kecacatan dalam
melaksanakan hukum-hukumnya. Tetapi tidak berlaku penentangan terhadap syariat
itu ataupun menolaknya. Tiada seorang pun yang berkuasa atas perkara ini.
Manusia yang jahat dan angkuh sekalipun tidak memiliki kuasa apabila dihadapkan
padanya hukum Allah dan RasulNya, dia akan dengar dan patuh.
Al-Hajjaj Bin
Yusuf Ath-Thaqafi seorang pelampau lagi angkuh, yang terkenal (ketika
pemerintahannya) menangkap orang hanya dengan sebab berasa curiga dan menghukum
bunuh disebabkan ada keraguan. Al-Hajjaj pada suatu hari telah menahan seorang
lelaki sedangkan dia bukan seorang penjenayah atau ada membuat kesalahan. Tetapi sebahagian
kaum kerabatnya yang telah membuat jenayah itu. Maka lelaki itu telah
didatangkan ke hadapan Al-Hajjaj lalu dia bertanya kepada lelaki itu tentang
perihalnya. Maka lelaki itu berkata:
“ Seorang penjenayah telah melakukan jenayahnya kerana menceroboh
maruah kabilah itu sedangkan dia juga daripada kaum kerabat itu, maka saya
telah ditangkap dan dipenjara sebagai ganti daripadanya. Lalu Al-Hajjaj
berkata: “ Sesungguhnya seorang penyair telah mengungkapkan:
Kamu mendapat
tuduhan sebagai penjenayah kerana orang yang berbuat jenayah kepada kamu.
Kadangkala orang
yang sihat itu terkena jangkitan penyakit kulit ( kurap / sopak ).
Boleh jadi seseorang
itu mendapat kesalahan disebabkan perbuatan kaumnya.
Sedangkan si
pelakunya terselamat dari dijatuhi hukuman.
Iaitu manusia
kadangkala dihukum dengan sebab kesalahan orang lain, demikianlah kata
penyair”.
Maka lelaki itu
berkata: “ Bila penyair berkata sedemikian, sesungguhnya Allah Taala telah
berfirman melalui lidah Nabi Yusuf a.s. “ Dia (Yusuf) berkata, Aku memohon
perlindungan kepada Allah dari menahan
(seseorang), kecuali orang yang kami temukan harta kami padanya, jika kami
(berbuat) demikian, beerti kami orang yang zalim ”. [ Surah Yusuf: 79 ].
Dan inilah dia makna
yang Al-Quran telah kuatkannya tika Allah Taala berfirman yang bermaksud: “ … dan
seseorang itu tidak akan memikul beban dosa orang lain …” [ al-An’am : 164
],
tanggungjawab
individu atau peribadi. Tatkala al-Hajjaj mendengar ayat ini daripada lelaki
itu, dia berkata: Bebaskan perjalanan lelaki itu ! Allah itu benar dan penyair
yang menipu.