29 Mac 2011

Persembahan moden di depan pengantin

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedang duk asyik ziarah blog-blog, terjumpalah satu entry yang agak menarik. Dengan tajuknya- Persembahan Tarian Shuffle untuk Pengantin Baru. Blogger tersebut telah add satu video dari you tube yang menunjukkan beberapa orang remaja mengaksikan tarian shuffle di hadapan sepasang pengantin baru. Wow! Silat moden Melayu ke?@ Silat Melayu moden? @ barangkali hendak menggantikan dengan joget lambak?

Anda boleh lihat apa komen blogger ini di link- Klik.
Anda juga boleh baca apa komen pelayar2 video tersebut di Youtube- Klik, yang kini sudah mencecah 15 pages. Sudah ada komen yang telah kena flag/remove.
Dengan itu, anda boleh menilai sendiri nasib budaya agama dan bangsa kita!

23 Mac 2011

Alhamdulillah....sambung semula perjuangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...Segala kesyukuran hanya kepada Allah Taala. Dengan segala rahmatNya dapat semula pelajar-pelajar Malaysia menyambung pengajian mereka di bumi Kinanah ini - Mesir. Dan luas lagi rahmat Allah Taala kepada kami apabila hampir seluruh pelajar Malaysia dibantu oleh kerajaan negeri masing-masing untuk menyambung semula pengajian di sini.

Semalam (22.Mac.2011) aku dan pelajar Perak yang lain bagi penerbangan ke 5 selamat sampai ke destinasi masing-masing. Aku dan seorang sahabat - Bob serta beberapa orang siswi selamat sampai di Mansurah pada jam labih kurang 12 pagi, 23 Mac.

Terima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu kami dan KPIPM serta mereka yang terlibat secara langung atau tidak. Semoga Allah Taala melimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada kita semua.

9 Mac 2011

PAS + PR tak sama UMNO + BN

Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN

Idris Haji Ahmad

1/3/2011

Isu Yang Timbul

Pas dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti China.

Persoalannya apakah Mca dan Gerakan bukan parti China?

Pas sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan PR.

Benarkah tuduhan itu?

Benarkah Pas rugi?

Hujah Pas

Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya , lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah saw telah bersabda,

“Daripada Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda”sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”.

Baca seterusnya di : Blog Us. Idris Ahmad