27 Jun 2011

Ikhwan al-Muslimun dan Parti Hurriyah Wal A'dalah

Ikhwan Muslimin memimpin Pakatan Rakyat Mesir
MURSYIDUL AM Ikhwan Muslimin Mesir, Ustaz Dr Mohamad Badi’e Abdul Majid menyambut rombongan kami dengan penuh kemesraan.

Wajahnya penuh ceria, sambil bersalam dan memeluk kami semua, beliau mendoakan kesejahteraan kami serta kesejahteraan perjuangan Islam di Malaysia.
"Sampaikan salam hormat saya kepada pemimpin anda yang saya kasihi, Ustaz Abdul Hadi (Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang)," kata beliau kepada saya.

Pertemuan kami dengan beliau tidak lama, hanya sekitar 10 minit sahaja. Ianya pertemuan yang tidak dirancang, tiada temujanji dibuat dengan beliau.

Dr Mohamad Badi'e adalah Mursyidul Am ke sembilan Ikhwan Muslimin atau dikenali dengan nama Muslim Brotherhood. Ia diasaskan oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Imam Hassan al-Banna dibunuh tentera Mesir di bawah pemerintahan Raja Farouk pada tahun 1949.

Dalam kunjungan kami, rombongan saya bersama Yayasan Amal hanyalah untuk courtesy visit, sekadar membuat temujanji dengan Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin Mesir, Profesor Dr Mahmoud Hussein setelah mendapat amanah daripada Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad yang berkesempatan menemui Dr Mohamad Badi'e dan Dr Mahmoud sebelum ini.

Tetapi pertemuan dengan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin begitu menyentuh perasaan dan terlalu amat bermakna. Di sebalik ketenangan wajahnya, tidak ramai yang mengetahui beliau adalah antara tahanan politik yang bertahun-tahun terpaksa merengkok di sebalik tirai besi semata-mata kerana mahu menegakkan Islam.

Di sebalik kesibukan beliau menerima kunjungan ramai tetamu dalam dan luar negara, Dr Mohamad Badi'e sudi menerima kami selepas dimaklumkan kepada beliau, ada wakil dari Malaysia yang berkunjung ke Mesir, selain menghulurkan bantuan ke Libya dan Palestin.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, Dr Mohamad Badi'e menyatakan cukup berbangga dengan PAS yang begitu istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam di Malaysia.

sambung di sini: ASPIRASI

20 Jun 2011

Karikatur Utusan Malaysia Persenda Islam

Krew Komik Al-Fityan PMRAM mengecam sekeras-kerasnya tindakan kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia dengan penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.

Penyiaran karikatur tersebut mencemarkan dunia lukisan karikatur tanah air sekaligus membuatkan masyarakat akan memandang rendah terhadap bidang lukisan itu sendiri.

Dalam karikatur tersebut, memberi gambaran dengan mempersendakan hukum jenayah dalam Islam.

Krew Komik Al-Fityan PMRAM berharap agar isu ini tidak dipandang enteng bahkan perlu dipertimbangkan tindakan sewajarnya.

Sesungguhnya penghinaan kepada Islam melalui penulisan atau lukisan dan seumpamanya memberikan fahaman yang salah kepada masyarakat apatah lagi melalui akhbar harian tempatan .

Hakikatnya tingkah laku biadab  ini akan mencemarkan lapangan arena dunia lukisan tempatan yang kini semakin diterima masyarakat umum.

---------------------------------------------
 
Adakah Malaysia ingin melahirkan karikatur-karikatur menghina Islam dan memecah kesatuan umat Islam serta merosak fahaman mereka kepada agama itu? Adakah negara umat Islam ini menuju contoh akhbar negara Eropah dan Denmark?

Ulasan PUM ,lagi ulasan seorang blogger - Ammar, lagi di MStar ........

10 Jun 2011

Misi Kristianisasi

Tabsyir (dengan huruf shin) adalah kalimah yang digunakan pada zaman kini yang merujuk kepada penyebaran kristianisasi. Kadang-kadang digunakan lafaz tansyir (dengan huruf sod) iaitu seruan kepada Nasrani (kristian). Seperti dimaklumi bahawa dalam agama Kristian berlaku pelbagai penyelewengan samada pada rahib mereka, kitab dan fahaman. Bagaimanapun, kita tidak akan berbicara berkenaan sejarah mereka tetapi kita akan melihat kepada cara atau strategi penyebaran fahaman kristianisasi yang telah banyak sesat itu sehingga menyesatkan pemikiran sebahagian besar umat Islam khususnya.

Terdapat 3 lapangan utama yang digunakan oleh penyeru kristianisasi:
1- Pengaruh pemikiran
2- Bantuan perubatan
3- Hal ehwal kebajikan

1- Pengaruh pemikiran
   Di bawah gerakan mempengaruhi pemikiran ini beberapa cara dan anisiatif telah diambil:

A. Memburukkan gambaran Islam dengan melemparkan syubhat (keraguan) yang penuh penipuan  tentang agama Islam, hukumnya, adabnya dsb.

B. Menyelewengkan kefahaman terhadap al-Quran al-Karim.

C. Melemahkan kekuatan Al-Azhar (universiti di Mesir) dan kesannya dalam jiwa orang-orang Islam.

D. Memutuskan agama Islam pada jiwa orang-orang Islam dengan menghancurkan Islam pada hati-hati mereka dan melemahkan hubungan yang mengikat orang Islam dengan agamanya.

E. Pemutusan (menggagalkan) ke atas penyatuan dunia Islam.

F. Perlaksanaan menyekat penyebaran Islam.

G. Penciptaan (alat2 moden) juga satu jenis ketewasan jiwa di kalangan orang-orang Islam.
   (Orang-orang Islam memandang hebat dengan ketamadunan Barat sehingga melupakan kehebatan Islam itu sendiri)

H. Bantuan penjajah dan perisik ke atas dunia Islam dan penyebaran fitnah serta pergerakan freemason antarabangsa.

I. Gerak kerja (proses) menyediakan mubaligh-mubaligh Kristian supaya mereka dapat bertugas ke setiap pelusuk dunia.

J. Menyatakan atau melaungkan slogan-slogan yang meragukan. Contohnya slogan 'toleransi' dan 'dialog'.
(Slogan-slogan ini dapat menyebabkan kekeliruan dan pemecahan kesatuan di kalangan  umat Islam antaraa contohnya seperti apa yang berlaku d Indonesia)

K. Seruan kepada kebangsaan dan perkauman.

L. Membina sebanyak mungkin gereja-gereja di tempat-tempat awam.
   ( Di antara lain ialah membina sekolah-sekolah dan kelab-kelab)

2- Bantuan perubatan

1. Gerakan ini telah mewajibkan kepada doktor-doktor yang menyampaikan bantuan perubatan yang juga bertugas sebagai mubaligh tidak lupa walau sebentar pun bahawa dia adalah seorang mubaligh (missionary) kristian sebelum sesuatu perkara. Kemudian barulah dia memikirkan bahawa dia adalah seorang doktor.
( Mereka mengutamakan christian missionary dari kerjaya mereka)

2. Dalam masa tugas mereka menyampaikan bantuan perubatan mereka mengajak pesakit mengiktiraf bahawa yang menyembuhkan mereka adalah al-Masih (yang didakwakan sebagai Nabi Isa a.s.). Selain itu, menggalakkan pesakit-pesakit memohon kesembuhan dari al-Masih.

3- Hal ehwal kebajikan
-Secara ringkasnya, peranan mubaligh-mubaligh kristian ini dalam masyarakat adalah:

1. Pemungutan/pengambilan anak-anak orang Islam.
   -Program anak angkat
   -Memberi bantuan pelajaran dan keperluan kehidupan harian
   -Menyediakan sekolah mubaligh

2. Penumpuan ke atas golongan wanita
    -Menjaga dan membentuk wanita-wanita untuk menggunakan mereka pada menghancurkan masyarakat
      -Akan lahirnya wanita-wanita yang bercampur gaul dengan lelaki (yang bukan muhram), berpakaian menjolok mata dsb.

3. Merosakkan pemuda dan menggoncang aqidah mereka
    - Menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris dan mengeluarkan buku-buku yang bersifat Barat sehingga mereka merasa susah untuk mendalami pengajian agama terutama Al-Quran.

[ Daripada kitab At-Tabsyir: Bahagian Dakwah, Kuliah Usuluddin Mansurah ]

5 Jun 2011

Berita Harian- Jangan kelirukan masyarakat

PMRAM mengingatkan bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan melalui media terutamanya perkara yang melibatkan isu keagamaan perlu diteliti terlebih dahulu agar tidak mengelirukan kefahaman masyarakat awam.

Hal ini ekoran terdapat satu kenyataan di Berita Harian yang bertarikh 30 Mei 2011 berkenaan penjelasan kes penceraian yang berlaku di tanah air.

Bagi pihak PMRAM, kenyataan dan ulasan yang dilontarkan boleh mengelirukan masyarakat awam berkaitan penceraian. Bahkan menjadikan penceraian sebagai jalan mudah dalam menyelesaikan kes yang melibatkan rumah tangga.

Apa yang sepatutnya ditekankan ialah sikap dalam mendirikan rumah tangga Islam supaya tidak menganggap bahawa perkahwinan hanya semata-mata menyalurkan nafsu secara fitrah dan bercinta. Akan tetapi kesedaran mengenai perkahwinan merupakan tuntutan agama dalam mengembangkan risalah Islam dan menjamin kelangsungan Islam mesti ditekankan oleh setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. Sebab itulah, Nabi SAW meletakkan ciri utama dalam calon ialah beragama.

Selain itu, penceraian bukanlah sebagai jalan 'biasa' dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Akan tetapi ia merupakan jalan terakhir apabila tiada jalan yang lain melainkan dengan cara bercerai. Sebab itu, kenyataan yang ditimbulkan bahawa “Perceraian pasangan Islam setiap 15 minit di negara ini menggambarkan satu kesedaran bahawa banyak kes yang tidak menemui jalan penyelesaian sebelum ini, sudah diselesaikan melalui lunas undang-undang" adalah mengelirukan masyarakat.

Ia seolah-olah akan memudahkan masyarakat awam untuk bercerai apabila ditimpa masalah dalam rumah tangga. Apa yang perlu difahami, penceraian adalah jalan terakhir sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan akan mendatangkan mudharat yang besar. Sebab itu adanya medium penceraian. Bukannya penceraian adalah sebab jalan penyelesaian yang nampak mudah. Disebabkan itu dalam syariat, walaupun isteri yang nusyuz bukan disyariatkan cerai serta merta bahkan perlu didik dan ditarbiyah dengan jalan yang terbaik.

PMRAM mengharapkan mana-mana pihak selepas ini yang mahu mengeluarkan kenyataan khususnya berhubung dengan soal keagamaan tidak begitu mudah dikeluarkan supaya masyarakat awam tidak terkeliru dan mempermudah-mudahkan agama. Justeru, peranan media juga sangat penting dalam  menyebarkan kecantikan agama supaya masyarakat lebih mendekati agama dan mendepat penjelasan yang terang.

Muhammad Zuhaili bin Saiman
Presiden
Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.

Sumber: Web PMRAM