
3 Februari 2011
Keangkuhan dengan kuasa...

22 Januari 2011
Blogger, Facebook dsb: Peringatan Tok Guru
Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.
Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)
Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”
Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).
Firman Allah (al-Quran surah al-Mulk ayat 2)
Bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.”
Namun berapa ramai kalangan kita mengingati, bahawa kehidupan ini dan kematian kelak sebagai ujian yang perlu kita lulus sebelum kita berdepan dengan Allah di akhirat? Persoalan ini adalah asas kehidupan manusia. Ia perlu dijadikan prinsip kita sepanjang hidup di dunia ini. Walaupun kita sekarang berdepan dengan segala macam perkembangan baru, termasuk bidang kemajuan maklumat seperti yang kita alami sekarang. Hakikat inilah, dunia blog dan facebook atau apa-apa nama lagi yang menjadi landasan penyebaran maklumat alam siber, kita harus serasikan dengan prinsip hidup berteraskan kehendak Allah.
Oleh kerana itu, tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt.
Suatu peringatan
Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di
Justeru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7)
Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”
Ini suatu tuntutan untuk kita semua, atas tujuan kita dijadikan Allah sebagai penyampai dakwah Islamiah, maka harapan saya berpeganglah kepada amanah Allah agar kita semua ini, blogger dan facebooker dapat berkerjasama menyebar Islam demi kebaikan ummah.
Hotel Grand Seasons,
10 Safar 1432 H | 15 Januari 2011 .
19 Januari 2011
Ekonomi: Kembali kepada Islam

18 Januari 2011
Bila posting... Ke mana sasaran anda?

4 Januari 2011
Berjiwa besar
1. Saya terbaca kenyataan Yb. Sdr Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang menyatakan hasrat untuk berehat dan berundur dari pentas politik negara serta tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang. Sebelumnya saya terbaca dari laman twitter beliau yang menyatakan hasrat serupa.2. Saya terlebih dahulu menghormati hasrat peribadi beliau yang saya kira sebagai satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau .3. UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Yb Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO sebaliknya mengambil Yb Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO ke jawatan Timbalan Menteri. Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Yb Khairy Jamaludin .4. Yb. Khairy Jamaludin mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Yb Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun .5. Apa yang boleh saya katakan kepada beliau ialah , " Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam dan mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita ".6. Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh.7. Jika Yb Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman UMNO yang beliau hadapi . Sedang jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya. Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Yb Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar , pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.8. Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Yb Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar.