Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Antara sifat yang mulia bagi seorang mukmin dalam gerak kerja harian (ibadah) mereka ialah jihad (bersungguh2)dan tadhiah (korban). Sifat yang memerlukan kefahaman dan pemerhatian tinggi dalam langkah kehidupan kita seharian.
Banyak saranan-saranan daripada Al-Quran dan As-Sunnah untuk kita mengamalkan sifat-sifat ini. Tidak kurang juga contoh-contoh daripada sirah Rasulullah S.A.W. dan para sahabat a.s. yang boleh dijadikan sebagai pembakar semangat. Dan tidak kurang juga contoh tauladan yang boleh kita manfaatkan dari insan dan kehidupan sekeliling kita. Orang mukmin itu adalah cerminan bagi saudara mukminnya yang lain.
Sdr. Mahfuz Omar :
Pengalaman pahit saya ialah sewaktu berkempen rumah ke rumah dalam pilihanraya 1982 di Sungai Nibong Pulau Pinang dalam membantu Allahyarham Haji Yusuf Rawa calon DUN Sungai Nibong apabila kena “ligan” (kejar) dengan UMNO...
Us. Tuan Ibrahim :
Kenangan yang menarik semasa ingin meletakkan jawatan, saya beristikharah, memohon pertunjuk dari Ilahi; solat dan satu malam setelah niat solat istikharah saya bermimpi…
Saya sedang memandu kereta melalui satu persimpangan empat. Saya berhenti kerana lampu isyarat merah, setelah lampu hijau saya nak jalan, tiba-tiba ada dinding tinggi sampai ke langit yang menghalang saya daripada terus pergi ke depan....
Sdr. Salahuddin Ayub :
Perasaan tak menentu macam jiwa saya seolah-olah mencari suatu ketenangan dan suatu panduan yang saya ingin keluar daripadanya. Selepas itu saya berjumpa dengan seorang guru sekolah, saudara Hanizi Mohammad yang memperkenalkan PAS kepada saya....
Agak mengejutkan juga apabila mendapat mesej offline daripada YM beberapa orang kawan pada 14 Jun lalu berkenaan tokoh veteran PAS - Al-Marhum Ustaz Hassan Shukri yang telah kembali ke rahmatullah. 2 - 3 hari menatap berita-berita dan laporan berkaitan 'kronologi' pemergian beliau. Pelbagai jasa, sejarah dan kenangan lampau berkenaan beliau dan perjuangan Islam meniti di bibir-bibir mereka yang mengenali beliau serta pelbagai catatan yang tertera di media massa dengan pelbagai cerita.
Seingat penulis pada 8 atau 9 tahun yang lalu, sempat jua menjamah kedua tangan beliau dan mengenali beliau dengan dekat dalam satu majlis alumni sekolah (Maahad Al-Yahyawiah). Dan dimaklumkan bahawa beberapa senior maahad telah mengadakan sekali lagi REUNION ALUMNI MAAHAD AL YAHYAWIAH di HOTEL DE PALMA SHAH ALAM pada 01 MEI 2010. Al-Marhum Us Hasan turut hadir.
"Katakanlah: Inilah jalan (agama) ku. Aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah (S.W.T.), dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik". ( Yusuf :108 )
“ Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia[430]. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” ( S. Al-Maidah : 67 )
[430] Maksudnya: tidak seorang pun yang dapat membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat”. بلغوا عنى ولو أية
Tugas umat Islam tidak dapat lari dari tanggungjawab dakwah jika mereka benar-benar mukmin yang mengikut contoh tauladan Rasulullah S.A.W. Menyampaikan risalah Islam kepada semua lapisan masyarakat samada Muslim (yang masih dalam lembah kegelapan) atau non-Muslim perlu diperluaskan dari masa ke semasa. Sebagaimana dakwah itu terdiri daripada da’i, mad’u dan maudhu’ yang memerlukan kepada manhaj, wasilah dan uslub mengikut keadaan masa dan tempat dengan syar.
Perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog dan web yang menjadi pilihan umat untuk menyampaikan dakwah Islam merupakan satu alternatif yang baik bagi membantu mencapai matlamat:
“ Menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengannya”.
“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam”.
Oleh itu, kewajipan kita untuk memberikan penerangan dan menyatakan kebenaran berdasarkan bukti dan hujjah yang benar, bernas dan sihat perlu diperkasakan. Bukti dan hujjah itu boleh dikemukakan melalui sumber utama rujukan rasmi kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah; kemudian pendapat para sahabat r.a., salafus soleh rh, alim ulamak, logik akal (mantiq), kajian sejarah, fakta, sains dan sebagainya. Dan semestinya melalui pendekatan yang harmoni selagi berada dalam suasana yang sebegitu.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( S. An-Nahl: 125 )
Namun apa yang penting adalah iltizam dan istiqamah para pendakwah memberi kenyataan dan keterangan sebenar kepada masyarakat mengikut taraf akal dan corak kehidupan mereka. Gunakanlah pelbagai alternatif bagi membantu penyebaran Islam ini ke pelusuk dunia dengan mengikut suasana masing-masing.
Sikap menyerang dan mengadu domba hanya akan mengeruhkan keadaan dan meretakkan saf umat. Pandangan serong mad’u dan kurang kepercayaan kepada da’i akan menyebabkan penyampaian risalah dakwah hambar dan mungkin terputus di pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, prinsip dan disiplin masih perlu dipelihara mengikut neraca thawabit wa mutaghayyirat.
“ Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)". (Surah An-Nur ayat 19)
--------------------------------------------
Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita angkatan pemuda Islam ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.
Di samping itu, kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah kita itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.
Pegangan kita dalam semuanya itu ialah kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah S.A.W. dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.
Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.” [ Wahai Pemuda: As-Syahid Hassan Al-Banna rh. ]
“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadaNya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala amal dan makhlukNya.” ( Al-Ahzab:39)
“Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. (Surah Yasin ayat 65)
Kita bicara lagi berkenaan web blog. Ini kerana peranannya yang cukup memberahikan bagi kalangan penggemar penulisan; ahli perniagaan, ahli politik, pendakwah, pelajar, pendidik, pelawak, artis dan pelbagai lagi lapisan masyarakat. Tidak ketinggalan bagi mereka yang menjadikan web blog sebagai kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan dan menulis untuk ‘suka-suka’.
Namun demikian, dengan lambakan web blog sehingga kian sukar mendapatkan nama untuk url-nya, apa peranan kita sebagai penuntut ilmu Islam dalam mengharungi dan menyaingi laman-laman blog thaghut dan lagho? Adakahkah wajar kita berperanan seperti lapisan masyarakat lain? Jika bukan kita yang beperanan untuk menjelaskan keindahan Islam ini, kepada siapa lagi yang ingin kita harapkan?
Seharusnya kita sebagai penuntut ilmu Islam merasa terpanggil untuk melebarkan sayap dakwah. Apatah lagi dengan kemudahan yang ada kini; mudah, pelbagai, cepat, walau belum pasti tepat. Tidaklah hanya bercerita hal peribadi semata-mata, kisah-kisah lagho sahaja, perniagaan, pengiklanan semata, jiwang, ulasan-ulasan/sinopsis movie dan artis , bahasa emosi yang tidak menepati syariat dan sebagainya.Alangkah baik dan besar faedahnya, sebagai penuntut ilmu Islam jika pelbagai isi ilmiah dan pembelajaran dapat kita isikan dalam web blog masing-masing. Antaranya hukum-hakam syariat, Al-Quran, Al-Hadis, teori tarbiyah, saranan & motivasi, pengenalan Islam yang syumul, perbandingan agama dan sebagainya. Apatah lagi Islam amat kaya dengan sumber ilmiah samada duniawi dan ukhrawi. Kejayaan barat pada hari ini adalah sebahagian besarnya diciplak dari ilmu-ilmu Islam di zaman kegemilangannya. Tidak cukup dengan itu, penyampaian ilmu dan penulisan kita juga boleh dipelbagaikan pada sudut bahasa. Menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu suatu kepastian.. Namun kelebihan yang ada pada diri masing-masing, maka tampilkanlah Bahasa Arab, Inggeris, Mandarin, Tamil, Perancis dan sebagainya dengan kemampuan tersendiri. Dengan itu, web-web blog tersebut dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan muslim atau non-muslim.
Dengan pembaharuan yang semakin kehadapan ini, kita mungkin dapat menghalakan salah satu jalur globalisasi ke arah yang menguntungkan Islam dan menyemarakkan dakwah Islamiah. Pertarungan sekarang ialah bagaimana kita boleh memenuhkan sebanyak mungkin ruang siber dengan bahan-bahan yang berguna, mulia dan memenuhinya dengan kebaikan demi membangun jati diri umat dan memperkasa syahksiah Islamiah bahkan manusia seluruhnya agar mereka tidak tenggelam dan hanyut dalam arus pemodenan negatif serta globalisasi yang tidak menguntungkan diri, umat dan negara.
Walaupun begitu blog itu adalah hak milik peribadi anda. Penulis hanya mengutarakan pandangan dan pendapat supaya kita dapat melebarkan sayap dakwah Islamiah kepada setiap pelayar internet.
Negara dan rakyat kini ditimpa pelbagai masalah menakutkan. Jenayah seperti pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi termasuk kecurian enjin jet pejuang sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita.
Jenayah kejam yang tidak terfikirkan dulu seperti anak membunuh bapa dan anggota keluarga lain seperti tragedi di Gemenceh, perlu dimuhasabah; apa sebenarnya sudah menimpa masyarakat kita? Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda yang kita didik di sekolah-sekolah kita hari ini?
Gejala songsang ini dan masalah sosial lain seperti penagihan dadah tidak ada penamatnya. Semakin kerajaan bertindak membendungnya, jenayah semakin menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat dan teguran tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Tentulah masyarakat tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi. Di sini kita berharap masyarakat dapat membuka hati dan fikiran agar permasalahan ini dapat dilerai bersama. Bagi orang Islam beriman, ketidak barakahan dalam hidup ini adalah kerana undang-undang Islam tidak diguna pakai, sedangkan Allah SWT memberi jaminan bahawa dalam hukum-hakam-Nya ada kehidupan.
Apabila undang-undang Allah tidak terlaksana, porak-perandalah masyarakat..... sambungan (Dari Surat Pembaca di Harakahdaily)
Setiap diri kita adalah pemimpin, setiap daripada kita akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya, serendah-rendah tingkatan kepimpinan adalah memimpin diri menjadi hamba Allah yang taat.
ISLAM JALAN PENYELESAIAN, AL-QURAN & AS-SUNNAH JADI PANDUAN.