Perbandingan Iblis dengan
Nabi Adam a.s.
Surah al-A’araf ayat
11-12:
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu,
kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam
golongan yang sujud.
Allah Taala berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada
sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik
daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau
jadikan dari tanah. "
Dari
ayat ini Allah Taala telah mengisahkan berkenaan keingkaran iblis terhadap
perintah Allah dan membandingkan dirinya dengan Adam a.s. Al- Imam Hasan al-Basri telah menyebutkan
bahawa: Iblis telah membuat perbandingan dan dialah makhluk pertama yang
membuat perbandingan. Manakala Muhammad bin Sirin berkata: makhluk pertama yang
membuat kiasan adalah iblis dan matahari itu disembah dan bukannya bulan tidak
lain adalah dengan sebab ada perbandingan (berbeza). Iblis telah memandang
bahawa dirinya lebih mulia dari Adam. Maka dia menolak untuk bersujud kepada
Adam a.s. sedangkan wujud perintah kepadanya dan seluruh malaikat untuk
bersujud (kepada Adam).
Dan al-qiyas
(kiasan/bandingan) itu apabila berlawanan dengan nas (al-Quran dan
as-Sunnah) maka ia menjadi suatu iktibar yang rosak. Kemudian ia menjadi fasad
(rosak) pula pada dirinya.
Maka sesungguhnya tanah itu
lebih bermanfaat dan bersifat baik dari api, kerana tanah itu padanya bersifat sopan
(bertakung air), lembut, tenang dan tumbuh. Dan pada api pula bersifat tidak
tentu arah/tujuan, berkilau, cepat (tergesa-gesa), dan membakar.
Kemudian Allah Taala
telah memuliakan Adam dengan menciptanya melalui tanganNya dan meniupkan pada
penciptaan itu dari ruhNya. Dan kerana inilah Allah Taala telah memerintahkan
malaikat sujud kepada Adam a.s.
Dalam kitab safwatu
tafasir, Syeikh Muhammad ‘Ali as-Sobuni menyebutkan bahawa sebab iblis menolak
perintah Allah Taala untuk sujud kepada Adam pada firman Allah Taala:
خلقتني من نار و خلقته من طين
Iaitu:
Aku (iblis) lebih mulia daripadanya (Adam) kerana kemuliaan unsurku
(kejadianku) melebihi darinya, kerana aku makhluk dari api dan api lebih mulia
dari tanah. Sedang iblis yang miskin itu tidak memerhati pada perintah/arahan
itu siapa yang telah memerintahnya supaya sujud, iaitulah Allah Taala (yang
telah menjadikan dia dan sekalian makhluk).
Pengajaran:
Sifat sombong dan membandingkan kelebihan diri dengan orang lain akan
memakan amalan baik kita dan diri sendiri (jatuh dalam kesalahan); kecuali membandingkan
dengan seseorang untuk mengikut contoh yang baik padanya.
Rujukan:
Qososul Anbiya': Ibnu Kathir, Safwah at-Tafasir: al-Imam as-Sobuni, terjemahan
Al-Quran-Darul Iman.
Muzakarah
Berkelompok Abu Dzar al-Ghifari, 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...