8 Februari 2013

Surah al-Kahfi ( Gua )

Surah al-Kahf adalah surah yang ke 18 dalam susunan mushaf rasm uthmani. الكهف (al-Kahfu) bermaksud gua. Surah ini mengandungi 110 ayat dan merupakan satu surah dari surah-surah Makkiyah.  Dikenali juga sebagai surah Ashabul Kahf ( Penghuni-penghuni Gua ).

Antara intipati yang terdapat di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah seorang yang kufur memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir a.s., dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam apabila berjanji, hendaklah mengatakan “insyaAllah” (jika Allah Taala menghendaki begitu).

Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahf ialah kerana Nabi SAW ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.

Beberapa kelebihan surah al-Kahf:

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat”.  – HR al-Hakim dan Baihaqi

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”      – Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355.

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” – HR Muslim 809.

4- Daripada riwayat Imam Ahmad, daripada Sahl Bin Mu'adz Bin Anas al-Juhni, daripada bapanya, daripada Rasulullah SAW, bahawa Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):         " Sesiapa yang membaca awal surah al-Kahf dan akhirnya adalah bagi dia satu cahaya dari kakinya hingga ke kepalanya, sesiapa membaca keseluruhan surah tersebut baginya cahaya antara langit dan bumi".

Menurut Syeikh an-Nadawi surah ini dari mula ayatnya hingga akhir sentiasa menyentuh berkaitan antara iman dan kebendaan (maddiyyah). Perkara ini dapat dilihat dalam beberapa kisah, contoh dan peringatan yang terkandung dalam surah al-Kahf ini.

JoM AMALkan membaca surah ini...

2 ulasan:

  1. saya suka surah nie..banyak kisah menarik dlm surah nie..banyak pengajaran yg boleh diambil..:-)

    BalasPadam
  2. yup...moga dgn amalkannya jd syafaat kpd kita ktika ksukaran nnti

    BalasPadam

Salam persaudaraan, mencari kebenaran...