9 Februari 2009

Moga ada keredhaanNya


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT yang menentukan segala pengaturan hidup kita. Tidak dapat tidak pergantungan kita terhadapNya sangat-sangat diperlukan. Tidak kira samada tika susah mahupun senang. sempit atau lapang.Moga-moga kita terdiri dari kalangan orang-orang yang sentiasa mengingati Allah Taala; samada tika kita berdiri, berjalan,bekerja,duduk diam, berbaring dan sambil merehatkan diri serta berfikir akan keagungan ciptaan Allah dengan pelbagai karenah pergerakan alam (termasuk karenah manusia).
Alhamdulillah, selesai sudah beberapa aktiviti/program yang sememangnya memenatkan badan dan otak.Sebuah program canaian minda kepada pelajar-pelajar baru sesi 2008/2009 dengan harapan mereka dapat memahami Islam dengan lebih mendalam dan meluas, Islam dan isu sekitar umatnya, Islam dan musuh-musuh yang ingin memadam cahayanya serta membunuh umatnya. Bukan mencabut nyawa mereka tetapi lebih zalim dari itu, mencabut fitrah insan yang mengesakan Allah SWT. Hingga menjadikan manusia umpama binatang dan lebih ditakuti apabila manusia lebih teruk daripada binatang. Semua jelas, terang benderang dalam Al-Quran Al-Karim. Sedarkah kita...??? Atau hanya melagukan Al-Quran di halqum dan kotak suara???
Moga Allah memberkati kami yang terlibat untuk menjayakan program tersebut dan peserta-peserta yang tidak jemu mengikutinya hingga selesai majlis. Aamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam persaudaraan, mencari kebenaran...