1- Logik iman itu mewajibkan kita kembali
kepada Islam
Apabila kita memerhati pada sudut logik iman, kita mendapati bahawa
tidak mungkin kita menjadi orang-orang beriman jika kita tidak hidup dengan
cara Islam dan untuk Islam. Apabila Islam tidak menjadi suatu silibus kehidupan
kita, Al-Quran tidak menjadi perundangan dalam masyarakat kita, tidak berhukum
dengan syariat Islam dalam setiap lapangan hidup kita maka tiadalah iman
melainkan dengan perkara-perkara inilah satu tuntutan iman. Dan suatu tuntutan bahawa kita
beriltizam dengan “ Tiada Tuhan malainkan Allah, nabi Muhammad adalah utusan
Allah”. Tuntutan ini juga supaya kita memberikan kuasa kepada Islam, kita
kembali kepadanya dan melaksanakan semua tuntutan Islam itu sendiri. Adakah
mungkin dapat memiliki iman sedangkan tidak berhukum dengan apa yang Allah
Taala dan rasulNya telah tetapkan. Surah al-Ahzab: 36
“ Dan tidaklah
patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin,
apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pula bagi
mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai
Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata
”.
Kamu tidak boleh membuat pilihan apabila telah beriman. Kamu tidak
boleh mengatakan aku boleh menerima atau menolak; dengan sekiranya kamu mengetahui
bahawa arahan itu suruh buat atau suatu tegahan yang telah datang daripada
Allah dan RasulNya. Maka tiada keluasan untuk kamu selain menyatakan bahawa:
"Kami dengar dan Kami taat." (mereka berdoa):
"Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat
kembali." (Surah al-Baqarah: 285).
Inilah keadaan orang beriman
sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
“ Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil
kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka
bahawa mereka menyatakan "Kami mendengar, dan kami patuh", dan mereka
itulah orang-orang yang beruntung ”.
(Surah an-Nur: 51)
Perkara ini
berlainan dengan orang munafiq kerana mereka sering ragu-ragu. Mereka mengatakan
“kami dengar dan kami patuh” apabila perkara itu ada kebaikan (duniawi) untuk
mereka. Jika tiada kepentingan peribadi maka mereka menolaknya. Ini bukan jenis
orang yang beriman kerana iman itu menuntut supaya kembali kepada hukum Allah
dan RasulNya jika tidak maka iman itu ternafi dari dirinya. Allah Taala telah
bersumpah melalui firmanNya di dalam al-Quran:
“ Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga
mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,
kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan
yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (
Surah an-Nisa’ : 65 )
INILAH TUNTUTAN IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...