Sebagai sambungan dari tajuk berkenaan missionnary (ruj.), insyaAllah kali ini kita kenali pula serba sedikit tentang satu golongan yang memusuhi Islam. Golongan ini terdiri dari kalangan orang-orang Barat yang juga kebanyakkan mereka terdiri daripada rahib-rahib kristian. Mereka ini dikenali sebagai orientalis atau dalam bahasa Arab disebut mustasyrikhin.
Orientalis boleh didefinasikan sebagai orang-orang yang mengkaji dan menceduk ilmu-ilmu pengetahuan dari negara-negara timur Islam. Kajian mereka meliputi ilmu pengetahuan agama, adab, adat, bahasa, politik, ekonomi dan sebagainya. Tujuan kajian dan penyelidikan tersebut adalah demi membentuk perkembangan kemajuan Barat dalam menyaingi dunia Islam pada zaman kegemilangannya. Walau bagaimanapun, sebahagian kecil daripada mereka ada yang belajar dan mengkaji hanya untuk mencari pengetahuan dan kebenaran. Hatta, terdapat sebilangan kecil daripada mereka mendapat hidayah Allah Taala dan memeluk Islam.
Ahli-ahli bersejarah berselisih pendapat pada permulaan timbulnya golongan ini. Sebahagiannya berpendapat pada kurun 10 Masihi yang dimulai oleh pendita berbangsa Perancis iaitu Gerbect De Oraliac ( 938-1003 M ) yang telah pergi ke Andalus dan menuntut ilmu dengan beberapa orang guru (Islam) di Asybiliah dan Cordova. Dari itu, berkembanglah di zamannya ahli-ahli ilmu di Eropah dengan pengetahuan-pengetahuan Bahasa Arab, Matematik, ilmu Falak (kaji bintang) dan sebagainya. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pope di Rom dengan mendapat gelaran Silvester II (999-1003).
Sebahagian ahli bersejarah pula berpendapat, orientalis bermula pada awal kurun ke 11 masihi dan sebahagian pula berpendapat pada kurun ke 12 Masihi apabila telah sempurnanya pertejemahan makna-makna Al-Quran ke bahasa Latin dan terbitnya kamus Bahasa Latin-Bahasa Arab yang pertama, dan terdapat juga beberapa pendapat yang lain.
Walau bagaimanapun, tujuan kita di sini ialah untuk mengenali serba sedikit latar belakang mereka dan yang utama adalah peranan dan misi sebahagian besar mereka dalam merosakkan umat Islam.
Sebab-sebab muncul golongan orientalis
1- Agama Islam yang tersebar dengan cepat di Timur dan Barat
2- Pertembungan yang berlakui di antara dua dunia iaitu dunia Islam dan Nasrani (Kristian) di Andalus dan Sokhliah di Itali.
3- Peperangan-peperangan salib (yang berlaku berturutan)
4- Menjaga penganut Kristian dari memeluk Islam
5- Perluasan kawasan dunia Masihi
Matlamat golongan orientalis
1- Agama
2- Penjajahan (kuasa pemerintahan)
3- Perdagangan (ekonomi)
4- Politik
5- Ilmu pengetahuan
Sumber: al-Isytisyraq wa Tabsyir Fi Mizanil Islam:

Dr. Bidir Muhammad Bidir, Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar As-Syarif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...