9 Mac 2011

PAS + PR tak sama UMNO + BN

Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN

Idris Haji Ahmad

1/3/2011

Isu Yang Timbul

Pas dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti China.

Persoalannya apakah Mca dan Gerakan bukan parti China?

Pas sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan PR.

Benarkah tuduhan itu?

Benarkah Pas rugi?

Hujah Pas

Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya , lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah saw telah bersabda,

“Daripada Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda”sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”.

Baca seterusnya di : Blog Us. Idris Ahmad