15 Oktober 2011
MUZAKARAH BERKELOMPOK PMRAM
13 September 2011
Usrah: Di mana kefahaman kita?
Apa itu usrah yang anda fahami? Perjumpaan untuk berukhuwah? Perbincangan ilmiah?
Kelas menadah kitab? Tempat tarbiyah diri?
Usrah membosankan? Tidak minat usrah-usrah? Malas nak berusrah?
Golongan usrah syadid? Golongan usrah skema? Golongan usrah jumud?
Naqib lembab? Naqib tiada ilmu? Naqib pulun cakap sorang? Naqib tidak tahu take care?
1- Fahamilah asal usul kita.
2- Fahamilah peranan kita.
3- Fahamilah apa itu usrah dan sejarahnya.
4- Fahamilah apa peranan dan kepentingan usrah.
5- Fahamilah ketua dan rakan usrah anda.
JOM KOREKSI MUZAKARAH BERKELOMPOK ! NANTIKAN KEMUNCULANNYA...!
Kelas menadah kitab? Tempat tarbiyah diri?
Usrah membosankan? Tidak minat usrah-usrah? Malas nak berusrah?
Golongan usrah syadid? Golongan usrah skema? Golongan usrah jumud?
Naqib lembab? Naqib tiada ilmu? Naqib pulun cakap sorang? Naqib tidak tahu take care?
1- Fahamilah asal usul kita.
2- Fahamilah peranan kita.
3- Fahamilah apa itu usrah dan sejarahnya.
4- Fahamilah apa peranan dan kepentingan usrah.
5- Fahamilah ketua dan rakan usrah anda.
JOM KOREKSI MUZAKARAH BERKELOMPOK ! NANTIKAN KEMUNCULANNYA...!
30 Ogos 2011
Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1432 H- Presiden PAS
Ditulis oleh Presiden PAS
Ahad, 28 Ogos 2011 14:29
Assalamualaikum. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.
Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.
Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini.
Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia.
Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya.
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
28 Ogos 2011.
28 Ogos 2011
Bagaimana Ramadhan Kita
Dua atau tiga hari lagi kita akan tinggalkan bulan mulia ini- Ramadhan al-Mubarak. Pada awal kedatangannya penuh kegembiraan hati menyambut. Pada hujungnya penuh sedih mahu tinggalkan. Pada hari-hari bersama Ramadhan penuh ujian dan dugaan untuk memenuhi tuntutannya.
Harap sambutan Syawal pada kali ini bertambah lagi sifat penghambaan kita kepada Allah Taala dan taqwa kepadaNya dengan keluarnya kita dari madrasah Ramadhan.
Bagaimana Ramadhan kita tahun ini? Lebih baikkah dari tahun lalu?
Pada hujung bulan mulia ini, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan menghitung amal baik dan buruk kita untuk kita perbaiki pada hari-hari yang berbaki ini. Mudah-mudahan masih ada kesempatan waktu untuk kita isi hari-hari itu dengan segala kebaikan dan menghindar dari segala kejahatan. Moga pimpinan Allah Taala sentiasa mengiringi kita.
Harap sambutan Syawal pada kali ini bertambah lagi sifat penghambaan kita kepada Allah Taala dan taqwa kepadaNya dengan keluarnya kita dari madrasah Ramadhan.
Firman Allah Yang Maha Pendidik Alam:
“Wahai orang-orang yang beriman difardhukan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa". -al-Baqarah: ayat 183.
Maksud hamba atau manusia bertaqwa ialah mereka yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
20 Ogos 2011
Ketua Dewan Ulama': Perutusan Badar Kubro
Alhamdulillah kita telah melepasi 15 hari pertama bulan Ramadhan dan menunggu hari terbaik yang dijanjikan oleh Allah s.w.t iaitu malam lailatul Qadar yang dijanji di dalam al-Quran seumpama seribu bulan beribadat.
Di kala kita mengejar amalan ibadat pada bulan Ramadhan, marilah sama-sama kita mengingati satu peristiwa besar yang berlaku bulan Ramadhan iaitu peristiwa Badar al-Kubra. Peristiwa di mana umat Islam dikekang dari segenap penjuru oleh rangkaian jahiliah yang menzalimi umat Islam.
Bulan Ramadhan telah membuahkan semangat juang yang sangat luar biasa ke atas para sahabat yang berada di sekeliling Rasulullah s.a.w. Ketika mana panas terik berpuasa, semangat untuk meninggikan kalimah Allah dan menghapuskan kezaliman mengatasi segal-galanya apatah lagi setiap titis perlu pasti akan ditimbang oleh Allah s.w.t di timbangan Mizan-Nya di hari akhirat nanti.Para pejuang Islam,
Meninggikan kalimah Allah s.w.t dan mencatas kezaliman bukannya suatu perkara yang ringan, ianya memerlukan kepada pendekatan diri kepada Allah s.w.t dalam erti kata yang sebenar tanpa dicemari dengan pergantungan selain daripada Allah. Itulah di antara cirri-ciri yang dimiliki oleh para sahabat yang terlibat dalam peperangan badar al-kubra. Akhirnya mereka diberikan pertolongan oleh Allah s.w.t. Kita hendaklah berusaha supaya kezaliman terus ditentang habis-habisan sehingga ke akar umbi!
Kita mahu tahun ini merupakan tahun terakhir kita berpuasa di bawah sistem dan kerajaan yang zalim! Ayuh kita bangkit memperkuatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t dan seterusnya berpuasa pada tahun hadapan dengan kemenangan ke atas kebatilan dan kezaliman. Kemenangan bukan suatu yang mustahil ! Peperangan Badar al-Kubra telah membuktikan bahawa sahabat yang hanya terdiri daripada satu pertiga kekuatan musuh dengan segala bentuk kekurangan berbanding kekuatan musuh akhirnya telah berjaya memperolehi kemenangan yang sangat bererti kepada perjuangan Islam dengan bantuan Allah s.w.t !
Sumber: Harakahdaily
Langgan:
Catatan (Atom)

