Orang-orang yang beriman tidak akan merasa terlalu bersedih pada hal dunia dan apa yang menimpa mereka pada perkara dunia serta terhadap tingkah laku para mad'u mereka.
ولا تهنوا ولا تحزنوا و أنتم الأعلون ان كنتم مؤمنين ) – آل الامران: 139)
Bermaksud: " Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sungguh) beriman".
Banyak ayat Allah Taala yang menjelaskan bahawa orang-orang beriman dan bertaqwa tidak gentar, takut dan berdukacita pada menghadapi kehidupan dunia dan musuh-musuh mereka. Tetapi mereka bersedih dan tangis pada perihal dosa-dosa, kelalaian mereka pada mengingati Allah SWT dan hari akhirat serta kekurangan amal soleh sebagai bekal di sana. Mereka terkesan apabila dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan disebut nama Allah. – Surah Al-Anfal, ayat 2.
Terdapat lebih kurang tujuh tempat di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan 'tangisan'. Dan di sini penulis bawakan beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan tajuk ini. Firman Allah SWT:
إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا ) – مريم: 58 )
Bermaksud: "….Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahman (Allah) mereka segera sujud serta menangis."
ويخرون للأذقان يبكون ويزيدهم خشوعا ) الاسراء : 109)
Bermaksud: " Dan mereka bersegera menumuskan muka mereka dengan sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyu' ".
"Mereka" ialah ahli kitab yang mendalam ilmu mereka dan mengetahui kebenaran Al-Quran lalu memeluk Islam.
"Mereka" ialah ahli kitab yang mendalam ilmu mereka dan mengetahui kebenaran Al-Quran lalu memeluk Islam.
أزفة الأزفة . ليس لها من دون الله كاشفة . أفمن هذا الحديث تعجبون . وتضحكون ولا تبكون .
وأنتم سامدون. فاسجدوا لله واعبدوا . – سورة النجم : 57-62
وأنتم سامدون. فاسجدوا لله واعبدوا . – سورة النجم : 57-62
Bermaksud: "Telah hampir masa datangnya saat yang hampir itu (akhirat). Tiada sesiapa pun selain Allah yang dapat menahan atau menghilangkan huru-hara kiamat itu. Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (kesalkan kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh lagi yang melalaikan kewajipan. Oleh yang demikian hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu) dan beribadahlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid)."
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. juga ada menyebut tentang 'tangisan'.
“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya. (HR Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin ٍSyikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak." (HR Abu Daud dan Tirmizi)
Oleh kerana itu, perlunya tadabbur tika membaca Al-Quran Al-Karim dengan memahami maknanya dan mengaitkannya dengan diri kita dan isu umat sekitar
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. juga ada menyebut tentang 'tangisan'.
“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (HR. Bukhari dan Muslim)
(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: - منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه)
Maksudnya:Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya. (HR Bukhari dan Muslim)
عن عبد الله بن الشخير قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء
Maksudnya:Abdullah bin ٍSyikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak." (HR Abu Daud dan Tirmizi)
ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون
Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu taidak boleh menangis buat-buatlah menangis (sehingga boleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak-anak sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan) اقرءوا القرأن وابكوا , فان لم تبكوا فتبا كوا
Maksudnya: Bacalah Al-Quran dan menangislah, maka jika tidak boleh menangis maka buat-buatlah menangis. (Riwayat Ibnu Majah - Dhoif)Oleh kerana itu, perlunya tadabbur tika membaca Al-Quran Al-Karim dengan memahami maknanya dan mengaitkannya dengan diri kita dan isu umat sekitar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam persaudaraan, mencari kebenaran...