7 Februari 2015

Mengapa ISLAM 3

1- Logik iman itu mewajibkan kita kembali kepada Islam

Apabila kita memerhati pada sudut logik iman, kita mendapati bahawa tidak mungkin kita menjadi orang-orang beriman jika kita tidak hidup dengan cara Islam dan untuk Islam. Apabila Islam tidak menjadi suatu silibus kehidupan kita, Al-Quran tidak menjadi perundangan dalam masyarakat kita, tidak berhukum dengan syariat Islam dalam setiap lapangan hidup kita maka tiadalah iman melainkan dengan perkara-perkara inilah satu tuntutan iman. Dan suatu tuntutan bahawa kita beriltizam dengan “ Tiada Tuhan malainkan Allah, nabi Muhammad adalah utusan Allah”. Tuntutan ini juga supaya kita memberikan kuasa kepada Islam, kita kembali kepadanya dan melaksanakan semua tuntutan Islam itu sendiri. Adakah mungkin dapat memiliki iman sedangkan tidak berhukum dengan apa yang Allah Taala dan rasulNya telah tetapkan. Surah al-Ahzab: 36
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pula bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata ”.

Kamu tidak boleh membuat pilihan apabila telah beriman. Kamu tidak boleh mengatakan aku boleh menerima atau menolak; dengan sekiranya kamu mengetahui bahawa arahan itu suruh buat atau suatu tegahan yang telah datang daripada Allah dan RasulNya. Maka tiada keluasan untuk kamu selain menyatakan bahawa:
"Kami dengar dan Kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."   (Surah al-Baqarah: 285).

            Inilah keadaan orang beriman sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
“ Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka bahawa mereka menyatakan "Kami mendengar, dan kami patuh", dan mereka itulah orang-orang yang beruntung ”.  
 (Surah an-Nur: 51)
Perkara ini berlainan dengan orang munafiq kerana mereka sering ragu-ragu. Mereka mengatakan “kami dengar dan kami patuh” apabila perkara itu ada kebaikan (duniawi) untuk mereka. Jika tiada kepentingan peribadi maka mereka menolaknya. Ini bukan jenis orang yang beriman kerana iman itu menuntut supaya kembali kepada hukum Allah dan RasulNya jika tidak maka iman itu ternafi dari dirinya. Allah Taala telah bersumpah melalui firmanNya di dalam al-Quran:
Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.    ( Surah an-Nisa’ : 65 ) 

INILAH TUNTUTAN IMAN.